Lagu kerana Cinta aku turutkan
"Arghhh!!! Aurel! Bangun! Cepat Aurel... Rumah kita terbakar!"
____________
Tolong!!!! Suara keempat orang penghuni saling bergema meminta tolong. Kerana jam menunjukkan pukul 5 pagi, tiada yang dapat mendengar jeritan mereka, kecuali jiran terdekat yang mungkin sudah bangun untuk mengerjakan solat sunat.
Beberapa orang jiran cuba masuk, untuk menyelamatkan Aira dan Datin Nani. Mereka sekarang berada di luar laman rumah. Sempat Datin Nani tersenyum sinis bila Siti Salwa dan Aurel masih di dalam. Jiran yang hendak masuk semula untuk menyelamatkan Aurel dan Siti Salwa dihalang oleh kedua beranak itu. Kononnya keadaan sedang dalam bahaya. Jiran itu sempat menelefon bomba dan ambulan.
"Ya Allah Nish... Rumah Aurel terbakar..." Ayaz dan Danish sengaja ke rumah sewa Aurel kerana tiba-tiba Ayaz berasa tidak sedap hati. Dia mengajak Danish ke rumah sewa Aurel, walaupun jam menunjukkan pukul 5 pagi. Tidak disangka rupanya bencana menimpa rumah sewa Aurel.
"Aurel cepat! Kita kena keluar dari sini." Siti Salwa cuba menarik Aurel untuk keluar dari situ.
Aurel dan Siti Salwa sama-sama keluar dari rumah tetapi bila tiba di pintu, Aurel teringat akan beg galasnya yang menyimpan segala dokumen tentang dirinya tertinggal di dalam bilik.
"Salwa, awak keluar dulu. Aurel tertinggal barang Aurel. Aurel ambil dulu. Awak keluar dulu , cepat keluar!"
"Tak! Saya ikut awak!"
"Jangan degil lah Salwa. Awak keluar sekarang! Kalau apa-apa terjadi pada Aurel, tolong jaga papa Aurel baik-baik." Entah kenapa dia teringat Tan Sri Alias di kala ini.
Aurel masuk semula ke dalam dan Siti Salwa mengikut Aurel. Mereka dapat mengambil beg galas Aurel. Kemudian mereka bersama-sama keluar dari bilik semula. Tetapi nasib tidak menyebelahi Aurel bila palang kayu jatuh dan mehempapnya.
"Arghhh!!!" Aurel menjerit kuat. Siti Salwa cuba untuk membantu Aurel, tetapi tenaganya tidak cukup kuat untuk mengangkat palang kayu yang agak besar.
"Tolong keluar Salwa. Keluar sekarang."
"Tak, aku takkan tinggalkan kau." Siti Salwa masih cuba untuk mengangkat kayu itu tetapi gagal. Keduanya menangis dan menyerah pada takdir andainya ini adalah akhir kehidupan mereka.
"Aurel! Salwa!" Danish dan Ayaz meneriak keduanya. "Ini abang Nish dan Ayaz."
"Abang Nish, abang Ayaz, kita orang ada kat sini," jerit Siti Salwa
Sebenarnya dekat sahaja tempat Aurel dan Siti Salwa berada. Kerana asap dan api yang semakin marak, membuatkan kedua pemuda itu tidak nampak mereka.
Ayaz terdengar suara erangan dan suara meminta agar Aurel bertahan, dekat sangat dengan mereka. Dia menuju ke arah suara itu. Danish mengekorinya.
"Ya Allah! Aurel! Salwa!"
"Tolong selamatkan Aurel..." Siti Salwa yang sudah menangis teresak-esak sambil terbatuk-batuk.
Cepat-cepat Danish dan Ayaz menghampiri mereka. Ayaz dan Danish mengangkat kayu yang menghempap Aurel. Kayu itu dapat mereka alihkan. Ayaz mendekati Siti Salwa dan membawanya keluar. Tapi Siti Salwa tidak mahu meninggalkan Aurel. Ayaz tetap menarik kuat Siti Salwa. Sementara Danish yang lebih tegap dari Ayaz, mengangkat Aurel. Dia mengendong Aurel yang telah pengsan kerana kecederaan teruk yang dialaminya. Keadaan amat sukar buat mereka untuk keluar tetapi digagahkan juga tenaga mereka untuk menyelamatkan diri. Dua orang anggota bomba masuk membantu mereka keluar dari rumah yang hampir terbakar separuh itu.
YOU ARE READING
Aira dan Aurel .
RandomKisah Aurel dan Aira dua adik beradik kembar yang dilahirkan berbeza warna kulit dan wajah. Aira si kakak yang berkulit putih dan cantik. Manakala Aurel berkulit hitam manis tapi kelihatan buruk. Kerana perbezaan warna kulit dan kecantikan , Aira m...