Lagu Tiada yang lain
Sudah dua minggu Danish mendiamkan diri. Katanya seminggu outstation tapi ini sudah lebih dari janjinya pada kembar. Aurel seringkali menjadi mangsa buli kedua anak kembarnya. Mana tidak, Aurel sentiasa membuat kesilapan setiap hari. Memang angau jadinya si Aurel. Tapi hari ini si kembar pula merengek. Rindu pada daddynya.
"Mommy, daddy kenapa tak datang lagi?. Dah lebih seminggu ni. Afiz rindu kat daddy. Mommy call lah daddy. Afiz dan abang Afiq nak cakap dengan daddy," rengek Afiz sambil menggoyangkan tangan Aurel .
"Sayang. Kita jangan kacau daddy dulu ye? Daddy tengah sibuk dengan kerja. Nanti daddy dah tak sibuk lagi, daddy balik jumpa anak mommy. Hari ni, mommy cuti. Kita pergi mall. Makan-makan, beli mainan , lepas tu kita pergi taman permainan. Nak tak?"
"Betul ke mommy? Afiq suka. Afiq suka. Kita pergi sekarang ye mommy?"
"Ye, sayang. Pergi tukar pakaian dan kita boleh gerak cepat."
"Ke mana pula dia pergi ni? Takkan outstation tak balik lagi. Hish, kau ni Aurel, kenapa pula risau pasal dia. Biarlah seminggu ke, dua minggu ke, atau sebulan pun lantak dia lah!"
Ketiga beranak menyusuri mall sambil bergandingan tangan. .
"Mommy, Afiq dan Afiz pergi main dulu ye?" ujar Afiq sambil menarik tangan adiknya.
"Baik. Hati-hati. Mommy ke dalam kedai Habib Jewels tu. Kalau dah main , tunggu mommy di kerusi ni."
"Okey mommy." Kembar terus masuk ke tempat permainan dan Aurel pula masuk ke kedai Habib Jewels yang ada di situ.
Berlenggang masuk ke dalam kedai barang perhiasan ,Aurel berhenti melangkah. Kakinya terkaku bila melihat dua susuk tubuh yang dikenalinya berada di dalam kedai itu. Secepatnya Aurel bersembunyi di sebalik dinding kedai itu sambil melihat kedua makhluk Allah yang sedang duduk di atas kerusi sambil memilih cincin.
"Ini rupanya kerja dia. Penipu. Kata outstation. Rupanya berdating dekat sini. Lelaki gatal! Tak sedar diri! Aku rasa nak ramas-ramas muka dia." Aurel yang kelihatan marah dan bengang meramas beg tangannya, seolah meramas lelaki yang sedang dilihatnya.
Ketawa riang kedua orang yang dikenalinya merobek hati yang sudah boleh menerima sang suami. Aurel meremas hujung bajunya menghilangkan rasa resah.
Hatinya berdetak lebih kencang bila matanya jelas melihat Danish sedang menyarungkan cincin di jari manis Siti Salwa. Matanya berkaca-kaca melihat pandangan itu.
"Mommy!!" teriak Afiz kuat . Cepat-cepat Aurel mengesat sudut matanya yang berkaca-kaca itu.
Aurel terkejut bila kembar datang dan meneriaknya dengan kuat. Begitu juga Danish dan Siti Salwa. Mereka berdua menoleh ke arah suara kembar. Aurel yang tidak mengharapkan Danish sedar kehadirannya dan kembar , pantas menarik kembar. Dia cuba menarik kembar pergi dari situ. Namun Afiz yang perasan akan daddynya di dalam kedai Habib Jewels itu sebaliknya menarik tangannya dari pegangan Aurel. Dia berlari mendapatkan Danish. Aurel terkaku tanpa dapat melarang Afiz. Afiq pula tercengang melihat daddynya.
"Anak daddy." Danish bangun dari duduk dan membongkokkan tubuhnya separas ketinggian Afiz. Dia mencempung Afiz. Mengucup pipi anak kecil itu melepaskan rindu. Afiq yang melihat adiknya dan daddynya turut menghampiri mereka.
"Aunty Wa?" tegur Afiq ramah.
"Hai anak aunty ..." ucap Siti Salwa sambil mencuit pipi Afiq.
Aurel yang mendengar dan melihat suasana itu menahan rasa.
"Itu bukan anak kau lah! Itu anak aku. Aku tak izinkan anak aku jadi anak kau." Hanya dalam hati , Aurel berkata-kata.
"Kenapa daddy dah lama tak datang jumpa Afiq dan Afiz? Daddy dah balik outstation ke?" tanya Afiq dengan pandangan rindu ada Danish.
YOU ARE READING
Aira dan Aurel .
RandomKisah Aurel dan Aira dua adik beradik kembar yang dilahirkan berbeza warna kulit dan wajah. Aira si kakak yang berkulit putih dan cantik. Manakala Aurel berkulit hitam manis tapi kelihatan buruk. Kerana perbezaan warna kulit dan kecantikan , Aira m...