Lagu Bila waktu telah Berakhir
Pagi lagi Aurel sudah bangun. Walaupun hari ini Allah bagi cuti padanya, dia sudah biasa bangun waktu subuh. Membersihkan diri dan ke ruang dapur untuk membuat sedikit sarapan . Dia perlu mengisi perutnya sebelum ke bandar mencari kerja.
Dia berserah pada takdir andainya bekerja sebagai cleaner sekalipun , dia redha. Asalkan kerjanya halal , itu sudah memadai.
Selepas bersarapan nasi goreng, dia keluar dari rumah sewanya untuk ke kubur Dato' Kamarul . Dia rindukan daddynya.
Tiba di tanah perkuburan, hatinya menjadi sayu. Dengan memberi salam , lafaz Bismillah dan Fatihah untuk ahli kubur, dia menuju ke kubur Dato' Kamarul.
Berteleku Aurel di tepi kubur daddynya.
"Assalamualaikum daddy... Aurel datang ... Aurel rindukan daddy... Aurel tak pernah lupakan daddy... "
Surah Yassin dibuka. Dia membaca surah Yassin untuk disedekahkan kepada roh arwah daddynya. Khusyuk Aurel membaca surah Yassin hingga selesai. Lama dia memandang kubur daddynya. Setiap kali datang ke situ, hatinya dipagut rasa sedih. Bergenang air mata di kelopak matanya.
"Daddy...hari ni Aurel akan cari kerja. Daddy doakan Aurel berjaya mendapat kerja ye? Aurel pergi dulu. Nanti Aurel datang menziarah kubur daddy lagi."
Dia keluar dari tanah perkuburan Islam dengan langkah kaki yang berat sekali. Namun dia perlu teruskan kehidupan yang masih panjang. Misi seterusnya mencari kerja.
Sudah separuh hari Aurel berada di bandar mencari pekerjaan. Lebih dari lima buah syarikat dia meminta pekerjaan. Bukan sebagai manager atau executive, tapi hanya sebagai cleaner pun mereka tidak mahu menerimanya. Betullah kata orang, paras rupa juga yang dipandang. Kalau takde paras rupa macam Aurel lupakan saja. Mungkin rezekinya takde dekat bandar . Kalau di kampung pun kerja apa yang boleh dia buat. Berkebun , kerja di kedai runcit atau mengambil upah jahit baju. Entahlah! Semua itu bukan kemahiran Aurel.
Tekak yang dahaga membuatkan Aurel menghentikan langkah kakinya di sebuah cafe yang ada dalam sebuah bangunan. Dia masuk ke dalam cafe itu. Mencari tempat duduk yang sedikit jauh dari pandangan orang lain. Mata Aurel tertancap pada iklan kecil yang diletakkan di tepi sudut mejanya.
Pencuci pinggan mangkuk, pembantu tukang masak dan pelayan cafe dikehendaki. Kelayakan SPM. Gaji boleh dibincang.
"Ya Allah! Mungkin rezeki aku ada di sini. Aku cuba dulu. Pelayan mungkin tak sesuai dengan aku yang tak cantik ini. Pembantu tukang masak atau pencuci pinggan mangkuk memang sesuai dengan wajah aku."
Seorang pelayan datang mengambil pesanan di meja Aurel. Aurel membuat pesanan.
"Kak, boleh saya tanya sikit tak kak?"
"Ye, boleh dik. Kenapa,?"
" Cafe ni nak pakai pekerja ke? Ini kat meja ni ada tulis jawatan kosong."
"Ada dik. Adik berhajat ke nak kerja kat sini?"
"Saya memang sedang cari kerja. Kalau boleh saya nak minta jawatan cuci pinggan mangkuk."
"Adik tunggu sekejap ye? Akak tanya pada boss akak dulu. Hari ni nasib adik baik sebab boss akak ada dalam pejabat."
"Terima kasih kak."
Akak pelayan yang bernama Yati, berlalu untuk bertemu bossnya. Aurel berdoa agar dia dapat diterima di situ.
Beberapa minit kemudian, pelayan yang bernama Yati datang berjumpa Aurel.
"Adik, boss akak suruh adik jumpa dia. Pejabat dia di sebelah kanan. Ada lorong dan di pintu sebuah bilik ada tulis pengurus cafe. Adik pergilah jumpa dia."
YOU ARE READING
Aira dan Aurel .
RandomKisah Aurel dan Aira dua adik beradik kembar yang dilahirkan berbeza warna kulit dan wajah. Aira si kakak yang berkulit putih dan cantik. Manakala Aurel berkulit hitam manis tapi kelihatan buruk. Kerana perbezaan warna kulit dan kecantikan , Aira m...