Lagu Insan
"Kurang ajar kau!" Datin Nani cuba mengangkat tangannya untuk menampar Afiz, tapi ada tangan lain yang menghalang tangannya. Dia menoleh gerangan yang cuba menahannya dari menampar Afiz.
"Kau?" Terkejut Datin Nani.
"Ye, saya!"
"Ayah!" Afiq dan Afiz menghampiri Ayaz dan memeluk pehanya.
Datin Nani terkebil-kebil memandang Ayaz. Panggilan ayah oleh kembar, tahulah Datin Nani yang kedua kembar itu anak Ayaz.
"Hidup lagi rupanya aunty ye? Berani- berani aunty nak naik tangan busuk aunty tu pada anak saya. Kalau sekali lagi aunty buat macam ni, taulah nasib aunty."
Datin Nani ketawa seolah-olah ucapan Ayaz suatu jenaka padanya. Ayaz mengetap giginya kuat. Kalau tidak dikenangkan Datin Nani orang tua, sudah ditumbuk mulut wanita itu sampai bertabur giginya.
"Kau nak ugut aku? Kau tau tak aku ni siapa? Menantu aku jutawan . Kau tu pula anak pembantu. Ada hati nak ugut aku."
"Saya peduli apa menantu aunty hartawan, jutawan atau wartawan. Untuk pengetahuan aunty, saya dulu memang anak pembantu tapi sekarang saya bukan anak pembantu lagi. Tapi semua tu saya tak kisah. Apa yang saya kisah, jangan sesekali berani nak sentuh kulit anak saya. Saya tak izinkan!"
"Anak kau ni kurang ajar! Jadi biar aku yang ajar."
"Anak saya kurang ajar atau aunty yang kurang ajar. Saya kenal siapa auntyndan saya juga kenal anak saya. Aunty dari dulu memang kurang ajar. Sebelum nak ajar anak orang, ajar diri sendiri tu dulu."
"Hish, malas aku nak layan kau. Jom, Ayu kita balik!" Datin Nani menarik tangan cucunya ke kereta BMW yang sedang menunggunya.
Ayaz hanya memandang kepergian Datin Nani.
"Dah senang rupanya orang tua tu. Ingat dah jadi gelandangan. Siapalah yang bernasib malang menjadi menantu orang tua tu,"batin Ayaz.
"Jom sayang ayah. Kita pergi makan dulu. Lepas tu, ayah hantar Afiq dan Afiz balik."
______________
"Boss... Kita langsung tak dipelawa makan oleh boss Queen Global Holding. Perut saya dah lapar ni boss." Amir pelik bila tiada pelawaan makan tengahari dari Aurel. Padahal setiap kali berurusan dengan syarikat manapun, pasti mereka diajak makan tengahari.
"Awak lapar ke Amir?"
"Boss tak lapar ke? Dah waktu makan tengahari ni boss."
Sebenarnya perut Danish langsung tidak rasa lapar selepas berjumpa dengan Aurena. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja ditarik Aurena dan minta penjelasan siapa sebenarnya dia.
"Boss, nak pergi makan tak?"
"Jomlah, kita makan di restoran Aneka Rasa." Akhirnya Danish mengalah.
Amir meluncurkan kereta mewah Danish ke restoran Anika Rasa. Masuk sahaja ke restoran Aneka Rasa, mereka mencari tempat untuk duduk. Pelayan datang mengambil pesanan. Beberapa minit kemudian, pelayan tadi menghantar pesanan makanan dan minuman ke meja Danish dan Amir.
Amir yang memang sudah lapar, tunduk menghadap makan tengaharinya. Sementara Danish termenung melihat makanan di depannya. Tiada nafsu makan dalam dirinya.
Bayangan Aurena saat menarik tangannya dan menafikan dirinya Aurel sentiasa bermain di mindanya. Wajah itu memang sangat cantik, tapi bukan kerana itu dia mengharapkan wanita itu isterinya. Dia cuma kenal suara dan lenggok isterinya. Dia tengok ada persamaan wanita itu dengan Aurel kesayangannya. Baru nak ingat sayang Danish ye?
YOU ARE READING
Aira dan Aurel .
RandomKisah Aurel dan Aira dua adik beradik kembar yang dilahirkan berbeza warna kulit dan wajah. Aira si kakak yang berkulit putih dan cantik. Manakala Aurel berkulit hitam manis tapi kelihatan buruk. Kerana perbezaan warna kulit dan kecantikan , Aira m...