Bab 12 Keputusan Aurel

540 67 54
                                    

Lagu Muhasabah Cinta

Tidak semua hal yang merugikan disebabkan oleh musuhmu. Lihatlah teman-temanmu lebih dekat, mereka mungkin menyebabkan kamu terluka parah.







Indahnya hidup berumahtangga yang selalu diimpikan oleh setiap gadis, termasuklah Aurel. Gembira sudah pasti kerana dapat hidup bersama dengan lelaki yang dicintainya dalam diam. Namun Aurel tidak tahu ada yang terluka dalam kebahagiaannya. Hati lelaki yang sudah menjadi suaminya dan gadis yang terlalu baik dengannya.

Tiada malam pertama buat Aurel dan Danish. Aurel terima keputusan yang dibuat oleh Danish.

"Maaf Aurel. Saya nak Aurel sembuh dari luka operasi. Lagipun muka Aurel masih dibalut. Kita bersabar dengan malam pertama kita yang tertunggak." Sengaja Danish berkata begitu agar Aurel tidak mengharapkan malam pertama mereka sekarang ini. Danish belum lagi bersedia untuk menjalankan tanggungjawab yang satu itu pada Aurel.

Aurel mengangguk tanda faham dengan apa yang dikatakan oleh Danish.

Sementara ada hati lain yang sedang merasa resah dan sedih di dalam biliknya. Dia tidak tahu harus berbuat apa-apa. Walaupun hatinya redha dengan perjodohan kekasih hati dengan kawan baiknya sendiri, tapi tetap perasaan perempuan masih ada rasa cemburu bila teringat malam ini adalah malam pertama buat kekasih dan kawan baiknya.

"Aku kena redha. Tak boleh ada rasa cemburu pada Aurel dan abang Danish. Jodoh abang Danish bukan buat aku. Jodoh abang Danish dah ditentukan oleh Allah SWT buat Aurel," batin Siti Salwa.

Siti Salwa menarik nafas dalam-dalam. Dia akan hilangkan rasa cintanya pada Danish. Dia kena jadi Siti Salwa yang baru. Tapi boleh ke dia lupakan orang yang dicintai selepas Allah dan arwah kedua orang tuanya?

Danish menoleh Aurel di sebelah yang sedang tertidur pulas. Dia merenung siling bilik. Mengeluh. Seharusnya di sebelahnya adalah gadis yang sangat dia cintai , bukannya Aurel yang menjadi isterinya sekarang.

"Astaghfirullahalazim..." Cepat-cepat Danish beristighfar. Sepatutnya fikirannya tidak sampai ke situ. "Perlu ke aku terima Aurel dan lepaskan Siti Salwa dari hati aku. Ye, aku perlu lupakan Siti Salwa. Allah sudah jodohkan aku dengan Aurel. Aku kena redha dengan ketentuan Allah."

Masing-masing cuba untuk melupakan cinta mereka. Hanya Allah yang menentukan hati mereka benar-benar ikhlas dengan apa yang berlaku atau Allah akan menduga bertapa iman mereka tidak bolak balik.

Danish berpusing memandang Aurel. Terasa bersalah pada gadis itu. Hatinya sempat menafikan Aurel sebagai isterinya tadi.

"Maafkan abang. Abang akan cuba menyintai Aurel. Aurel amanah dari Allah buat abang." Danish mengusap wajah Aurel yang hanya nampak mulut dan biji mata sahaja kerana balutan yang masih belum dibuka.

Dengan lembut, tangannya mengelus kepala Aurel. Dia mengangkat kepala Aurel dan meletakkannya ke dadanya. Kemudian Danish memejamkan matanya sehingga terlena.

________________

Azan subuh berkumandang di surau berdekatan. Baik Danish dan Aurel bersamaan membuka mata. Terkejut Aurel bila kepalanya melekap di dada Danish. Tangannya pula memeluk Danish. Begitu juga dengan tangan Danish yang memeluk pinggangnya.

"Astaghfirullahalazim... Maaf abang... Aurel tak sengaja peluk abang..."

Danish tersenyum nipis . Padahal dia yang memeluk Aurel.

"Aurel solat subuh dengan abang. Abang imamkan Aurel," ujar Danish.

Aurel tersenyum. Hatinya berbunga riang kerana Danish sudah menggelarkan dirinya abang .

Aira dan Aurel .Where stories live. Discover now