Lagu Hatiku kau guris luka
kembali semula dengan Aira dan Aurel. Terima kasih pada yg setia pada Aira dan Aurel...❤️
Tan Sri Alias memanggil pembantu di banglonya , Ratna dan Aida . Dia memperkenalkan Aira kepada kedua pembantu itu. Sementara Datin Nani sudah pergi dari situ dengan alasan ada kerja di butik yang perlu diuruskan.
"Aida, tolong bawakan Aira ke bilik yang saya suruh awak siapkan semalam. Tolong layan Aira dengan baik. Awak pula Ratna, tolong sediakan makan tengahari buat kami."
"Baik Tan Sri..." jawab Aida.
"Pa... Aira naik ke bilik dulu ye? Nanti Aira turun jumpa papa lagi."
"Ye sayang... Nanti jangan lupa turun makan." Aira mengangguk. Dia mencium tangan Tan Sri Alias dan naik ke tingkat atas dibawa oleh Aida. Senyuman sentiasa terukir di bibir Tan Sri Alias.
Danish hanya memandang Aira yang memang kelihatan cantik dan bergaya. Tapi itu bukan sebabnya dia memandang gadis itu. Dia cuma memerhatikan wajah Aira yang serupa dengan wajah Datin Nani. Hatinya sempat berkata-kata. Betul ke gadis ini anak Tan Sri Alias?
"Danish!" Tersentak Danish bila dia ditegur oleh Tan Sri Alias.
"Ye Tan Sri..."
"Tolong panggilkan Salwa turun makan. Dia tak turun dari tadi. Masih demam ke Salwa tu?"
"Baik Tan Sri. Saya panggilkan Salwa." Danish mendaki anak tangga untuk naik ke tingkat atas bilik Salwa. Dia juga risau dengan gadis itu yang tidak nampak muka hidung sedari pagi.
Sementara di bilik tidur Aira, dia terpegun melihat suasana biliknya yang amat besar dan mewah . Semuanya tersedia dengan lengkap di dalam bilik tidur itu. Lebih besar, mewah dan lengkap dari bilik tidurnya di banglo daddynya. Tersenyum licik Aira.
"Jadi inilah bilik tidur kepunyaan Aurel. Kesiannya kau Aurel. Aku yang sesuai berada dalam bilik tidur ini. Bukannya kau yang serupa monyet itu."
"Siapa Aurel tu cik? Kenapa cik kata ini bilik dia?" Aida yang masih ada di dalam bilik itu bertanya pada Aira. Dia terdengar ucapan Aira. Jelas di pendengarannya.
Terkejut Aira dengan pertanyaan itu. Kenapalah dia tidak sedar yang pembantu itu masih ada di situ sedang mengemaskan pakaiannya.
"Kau jangan sibuk boleh tak? Takde apa-apapun. Aurel tu monyet peliharaan mama aku. Maksud aku, mama angkat aku. Dah! Keluar kau dari sini. Muak aku tengok muka kau. Orang gaji penyibuk!"
Aida keluar dari bilik tidur Aira. Dia sempat mengutuk Aira yang padanya sombong dan berlagak. Jauh sekali dengan perangai arwah isteri Tan Sri Alias. Wajah pun langsung tidak mirip Tan Sri Alias dan arwah isterinya. Mungkin sebab itu, perangai pun macam apa aje, fikir Aida.
"Baru kenal sekejap dah kata muak tengok muka aku. Kalau tiap-tiap hari mesti dia suruh aku pakai topeng pula nanti. Sombong nak mampus!"
"Siapa yang sombong nak mampus tu kak Aida?" Terkejut Aida bila Danish yang beriringan dengan Siti Salwa menegurnya.
"Errr, takde sesiapa Encik Danish. Tadi malam akak tengok drama tv. Sombong anak orang kaya dalam cerita tu."
"Oo. Lain kali tengok drama jangan sampai terbawa-bawa dalam kerja. Ada yang salah faham pula nanti."
"Baik encik. Kak Aida minta diri ke bawah dulu ye?" Cepat-cepat Aida turun dari tangga meninggalkan Danish dan Siti Salwa.
"Aduh! Macam mana boleh bertembung dengan Encik Danish pula ni! Dah lah handsome. Buat aku berdebar bila kena tegur dengan encik handsome tu. Nasib dia tak tahu aku kutuk siapa. Kalau tak habis aku kena pecat kalau Encik Danish beritahu Tan Sri Alias aku kutuk anak dia. Selamat aku," omel Aida.
YOU ARE READING
Aira dan Aurel .
RandomKisah Aurel dan Aira dua adik beradik kembar yang dilahirkan berbeza warna kulit dan wajah. Aira si kakak yang berkulit putih dan cantik. Manakala Aurel berkulit hitam manis tapi kelihatan buruk. Kerana perbezaan warna kulit dan kecantikan , Aira m...