Bab 5 Semangat dan kekuatan Aurel

336 53 44
                                    

Lagu ayah ku kirimkan doa





Aurel terkejut bila Pak Mat bercerita tentang Tan Sri Alias yang menarik semua aset Dato' Kamarul. Jadi sekarang ini, tiada lagi harta yang tinggal buat Dato' Kamarul. Dia boleh dikatakan muflis kerana dalam tempoh dia sakit , hutang piutangnya pada Tan Sri Alias tidak dapat dibayar semula. Memang Tan Sri Alias sengaja memberi tempoh bersamaan waktu sakit Dato' Kamarul. Lagipun memang tiada yang dapat lagi membantu Dato' Kamarul membayar hutang piutangnya disebabkan dirinya yang sudah menjadi orang kurang upaya.

Wajah sugul Dato' Kamarul yang sedang tidur, dipandang sebak oleh Aurel. Terlalu sedih dia melihat daddynya yang ditimpa musibah setelah sakit. Aurel tidak tahan hati melihat wajah tua itu bersedih.. Selepas menunaikan solat Asar, Aurel keluar dari biliknya yang didiami sebelum ini di rumah Pak Mat.

Dia ke ruang dapur. Dilihatnya Pak Mat sedang menolong Mak Intan membungkus nasi lemak dan kuih untuk dihantar ke surau.

"Abah, ibu... " Lembut Aurel memanggil kedua orang tua itu.

"Ada apa Aurel...?" tanya Mak Intan.

"Aurel nak minta tolong abah tengokkan daddy sekejap. Aurel ada hal sikit." Pak Mat dan Mak Intan memandang Aurel.

"Aurel nak ke mana nak?" tanya Mak Intan.

"Aurel nak jumpa kawan Aurel. Abah boleh kan, tolong Aurel jagakan daddy."

"Baiklah. Kami akan jaga Dato'. Aurel hati-hati. Balik cepat sikit," pesan Pak Mat.

Aurel menyalam kedua orang tua itu sebelum dia meninggalkan rumah Pak Mat dan Mak Intan.

"Kesian saya tengokkan Aurel tu. Dia masih muda , tapi terpaksa menempuh macam-macam dugaan. Sekarang dia pula yang menjaga Dato' Kamarul. Datin pun dah lama tak kelihatan. Aira pula dah pulang ke rumah Tan Sri Alias. Tentu dia takkan ambil tahu lagi pasal Dato'" ujar Pak Mat. Sedih melihat anak angkatnya yang terpaksa menanggung segala masalah.

"Kita nak buat macamana? Kita pun bukan ada duit. Tunggu Ayaz dapat kerja. Itupun entah cukup atau tidak nak tolong Dato'." balas Mak Intan pula.

"Kita tolong Dato' yang mana kita mampu. Dato' dah banyak berjasa dengan kita. Keluarkan wang untuk pelajaran Ayaz dan banyak bantu kita bila susah dulu. Sekarang kita tolong Aurel jaga Dato'." Pak Mat nekad untuk menjaga Dato' Kamarul. Lagipun rumah yang mereka diami pun atas pertolongan Dato'. Sekarang Dato' susah jadi sudah sampai masanya mereka membantu Dato' Kamarul pula.

❤️❤️

Aurel yang turun dari grab, melangkah kaki masuk ke dalam kawasan banglo mewah Tan Sri Alias. Entah kenapa dia tidak seperti anak gadis lain yang teruja jika melihat banglo mewah tiga tingkat di depannya. Tujuan Aurel hanya satu. Berjumpa Tan Sri Alias dan merayu agar dapat memulangkan banglo daddynya. Dia tidak mahu terus menerus menyusahkan hidup abah dan ibu angkatnya dengan menumpang di rumah mereka. Cukuplah dia sudah tinggal di rumah kedua orang tua itu selama 17 tahun. Hari ini hari Ahad, pasti Tan Sri Alias ada di banglonya. Dia perlu bersemuka dengan Tan Sri Alias.

Aurel menuju ke pintu utama banglo Tan Sri Alias.

"Assalamualaikum..." Aurel menjenguk ke pintu masuk yang terbuka itu.

"Waalaikumussalam..." Ratna menjawab salam dari Aurel. Kebetulan dia sedang berkemas di ruang tamu. Dia memerhatikan Aurel dari hujung rambut ke hujung kaki.

"Akak... Tan Sri ada...? Saya nak jumpa dia... Ada hal penting..."

"Adik ni datang nak minta sedekah ke? Sekejap akak panggilkan Tan Sri."

"Akak , bukan." Baru Aurel hendak mengatakan dia bukan peminta sedekah, Ratna sudah berlalu untuk memanggil Tan Sri Alias.

Seketika, Tan Sri Alias ditolak kerusi rodanya oleh Danish ke ruang tamu. Ratna berjumpa semula Aurel dan menyuruhnya masuk ke dalam.

Aira dan Aurel .Where stories live. Discover now