Bab 16 Daddy

701 68 45
                                    


"Aurel!" Berlari anak Ayaz mengejar Aurel yang menuju masuk ke pintu lobi syarikat. Aurel menoleh dan tersenyum manis. Cantiknya terserlah dengan lekuk yang ada di kedua pipinya.

Nasiblah Ayaz abang susuannya. Kalau tidak sudah lama Ayaz jadikan Aurel milik abadinya.

"Yess! Akhirnya aku tahu juga perempuan cantik itu memang Aurel isteri aku. Sayang dah tak boleh mengelak lagi. Abang akan buat sayang mengaku siapa sayang. " Bersorak riang Danish.

Dia yang sudah keluar dari keretanya berdiri statik di tepi kereta.  Danish sengaja datang ke syarikat Queen Global Holding seawal pagi bertujuan untuk berjumpa Aurel. Walaupun meeting di syarikat itu bermula pukul 9 pagi tapi dia sengaja hadirkan diri secepat itu. Tidak sia-sia niatnya kerana berhasil mendapat tahu boss Syarikat Queen Global Holding memang sah isterinya. Sekarang dia perlu masuk ke dalam kereta semula dan bersandar di kusyen kereta. Melelapkan matanya sejam sebelum meeting bermula. Mesej dihantar kepada Amir PA nya.

Amir, kalau sampai di Syarikat Queen Global Holding tolong kejutkan saya. Saya tidur dalam kereta sekejap. Awak pula jangan lupa bawa dokumen yang diperlukan...

Baik boss...

Amir pelik bila bossnya tidak masuk ke syarikat dulu, sebelum ke Syarikat Queen Global Holding untuk menghadiri meeting di sana. Sepatutnya bossnya itu akan datang bersamanya.

"Mesti sebab boss syarikat Queen Global tu. Boss, boss. Dulu sape suruh abaikan si isteri. Sekarang dah macam orang angau," batin Amir.

Ayaz bergandingan dengan Aurel masuk ke dalam office Aurel. Para staf yang ada di office Aurel memandang pasangan adik abang susuan itu.

"Encik Ayaz dan Puan Aurena memang sepadan kan?" omel salah seorang staf yang memerhatikan kedua adik abang itu.

"Sepadan pun nak buat apa? Kan boss kita tu, adik beradik. Maksud aku adik beradik susuan yang haram bernikah."

Aurel yang terdengar desas desus gosip dari stafnya, menoleh ke arah mereka. Mereka yang bergosip itu pantas tunduk memandang komputer dan kertas kerja di atas meja. Hampir hendak tergelak Aurel. Ayaz yang tidak ambil pusing dengan gosip staf di situ membukakan pintu bilik office Aurel. Mereka masuk ke bilik office Aurel dan duduk di kerusi yang ada di meja kerja Aurel.

"Abang, boleh Aurel tanya sikit?"

"Boleh, tapi sikit aje tau?"

Aurel mengibaskan helaian dokumen di depan Ayaz. Tersengih Ayaz menampilkan giginya yang tersusun cantik.

"Bila nak kenalkan Aurel dengan tunang abang?"

"Oo, pasal tunang abang rupanya. Tunggu tunang abang tak sibuk dengan tugas dia."

"Tunang abang tu polis atau askar ke? Sampai sibuk dengan tugas."

"He he... Tunang abang biasa-biasa aje. Nantilah abang kenalkan dengan adik abang ni. Kembar dah pernah jumpa tunang abang. Cuba risik dengan Afiz atau Afiq."

Aurel menganggukkan kepalanya. Pasti dia tidak akan melepaskan peluang bertanya pada Afiz atau Afiq nanti.

Tok! Tok! Pintu bilik officenya diketuk. Raudah muncul di muka pintu.

"Maaf Cik Aurel. Lagi 20 minit kita akan meeting dengan pengurus besar D&A Holding."

"Oo, ye. Terima kasih ingatkan saya, Raudah. Sekejap lagi saya keluar. "

Raudah menutup kembali pintu  bilik Aurel.

"Abang tak meeting sama ke?"

"Of course lah nak hadir meeting. Abang nak jumpa adik ipar abang. Dah lama tak jumpa dia."

Aira dan Aurel .Where stories live. Discover now