Lagu meniti suratanTan Sri Alias tidak dapat tidur lena. Dia sering memikirkan apa yang dikatakan oleh doktor Rajesh padanya di majlis anniversary Puan Mona seminggu lepas.
"Apa maksud doktor Rajesh tu? Pembedahan plastik? Aku kena jumpa doktor Rajesh pagi ni."
Dia bangun menunaikan solat subuh. Selepas berdoa, dia bersiap-siap. Mengambil tongkatnya dan keluar dari bilik.dengan langkah perlahan. Masuk ke dalam lif untuk ke tingkat bawah. Tan Sri duduk di ruang tamu. Sementara menunggu pukul 8.30 seperti yang dijanjikan dengan doktor Rajesh.
Doktor Rajesh sudah membuka klinik dan sesekali dia akan dipanggil ke hospital untuk membantu operasi pesakit. Semalam Tan Sri sudah menelefon doktor Rajesh , memberitahu untuk berjumpanya dan doktor Rajesh menyuruh Tan Sri Alias bertemunya pukul 8.30 pagi di sebuah cafe berdekatan kliniknya.
Risau dan gelisah hatinya untuk mengetahui kebenaran dari doktor Rajesh.
Tepat pukul 8 pagi, Tan Sri Alias keluar dari banglonya menuju ke garaj kereta. Pak Abu sudah menunggu.
"Selamat pagi Tan Sri..."
"Selamat pagi Abu. Kita ke cafe cepat saji kepunyaan Danish."
"Baik Tan Sri...," Pak Abu membukakan pintu kereta buat Tan Sri Alias. Kemudian dia ke tempat pemandu dan meluncurkan kereta mewah itu, ke destinasi yang dituju.
Selama 30 minit pemanduan, akhirnya kereta mewah itu berhenti di tepi sebuah cafe cepat saji. Pak Abu keluar untuk membukakan pintu kereta buat Tan Sri Alias.
"Terima kasih Abu."
"Nak saya bawakan Tan Sri ke dalam cafe ke?"
"Tak mengapa. Saya masuk ke dalam sendiri. Awak parking kereta dan nanti masuklah ke dalam cafe untuk sarapan."
"Baik Tan Sri..." Pak Abu masuk semula ke dalam tempat pemandu dan meluncurkan kereta mewah itu ke tempat parking yang disediakan.
Tan Sri Alias yang bertongkat , masuk ke dalam cafe cepat saji. Dia memerhatikan di sekitar cafe. Kelihatan ada tangan yang menggamitnya. Tan Sri Alias berjalan perlahan menuju ke sudut cafe tempat doktor Rajesh berada.
"Doktor Rajesh!"
"Tan Sri... Selamat pagi..." Doktor Rajesh bangun menghulurkan tangannya pada Tan Sri Alias."Duduklah Tan Sri..." Tan Sri Alias menarik kerusi di hadapan doktor Rajesh .
"Dah lama ke doktor sampai?"
"Baru sekejap saya sampai," jawab doktor Rajesh. Tan Sri Alias mengangguk.
Seketika kemudian, muncul seorang gadis pelayan untuk mengambil pesanan.
"Doktor ... Selamat pagi..."
"Eh, Aurel! Selamat pagi. Aurel sihat pagi ni?"
"Alhamdulillah! Sihat doktor."
Tan Sri Alias menoleh pada Aurel. Tersentak keduanya. Aurel cepat-cepat mengalihkan pandangannya pada doktor Rajesh. Senyuman yang sempat terukir di bibirnya buat Tan Sri Alias segera dilenyapkan dari bibirnya.
"Doktor nak buat pesanan seperti biasa ke?"
"Pandai awak. Saya buat pesanan macam biasa ."
Aurel mengangguk dan cuba untuk pergi dari situ, tapi di dipanggil oleh doktor Rajesh.
"Aurel, awak lupa ambil order Tan Sri.'
Sebenarnya memang sengaja Aurel tidak mengambil pesanan dari Tan Sri Alias. Bila terpandang orang tua itu, terimbas kembali hinaan dan cercaan yang dibuat oleh Tan Sri Alias padanya dan Dato' Kamarul. Kalau boleh dia tidak mahu bertemu muka dengan Tan Sri Alias sekalipun.
YOU ARE READING
Aira dan Aurel .
RandomKisah Aurel dan Aira dua adik beradik kembar yang dilahirkan berbeza warna kulit dan wajah. Aira si kakak yang berkulit putih dan cantik. Manakala Aurel berkulit hitam manis tapi kelihatan buruk. Kerana perbezaan warna kulit dan kecantikan , Aira m...