Setengah hari mengambil masa bersama kembar adalah hari paling menyeronokkan. Danish gembira. Lima tahun kehilangan detik bersama anak-anaknya membuat Danish rasa ingin bersama kembar sepanjang masa."Happy tak sayang , hari ni?"
"Happy sangat. Afiq dan adik Afiz rasa taknak balik je. Nak jalan-jalan dengan daddy sampai esok hari."
Danish tersentak dengan panggilan Afiq padanya.
"Daddy?"
"Boleh tak Afiq dan Afiz panggil uncle daddy?" pinta Afiq.
Danish mengusap rambut Afiq. Afiz pula hanya leka dengan mainan yang dibeli oleh Danish. Terharu dan mata Danish mula berkaca-kaca. Air mata akhirnya tumpah juga. Afiq tercengang.
"Daddy nangis?" Air mata Danish dilap oleh Afiq.
Danish tidak menjawab dan air mata asyik tumpah.
"Daddy janganlah nangis . Penat tangan Afiq nak lap air mata daddy. "
"He he... Sorry sayang... Daddy tak nangis lagi..." Tersenyum Danish bila Afiq mengeluh dan menjatuhkan tangannya kerana lenguh.
Telefon bimbit Danish berbunyi dan panggilan dari Amir.
Assalamualaikum Amir...
Waalaikumussalam boss...
Ada apa Amir...
Saya dah periksa. Nama pekerja syarikat manager kewangan tu adalah Encik Rustam. Boss nak saya buat apa pada dia?
Tak perlu buat apa-apa. Saya akan uruskan dia nanti. Awak baliklah. Dah lewat ni...
Baik boss...
Danish akan meminta boss syarikat Encik Rustam memindahkan Encik Rustam ke Sabah. Sesiapa sahaja yang menghina anak kembarnya, dia akan ambil tindakan. Kerana ada rasa simpati, Danish tidak akan meminta Encik Rustam diturunkan pangkat. Itu adalah pengajaran buat isterinya yang menghina dan mencederakan anaknya. Biar suaminya bekerja jauh. Bila melihat pipi Afiz kebiruan ditampar puan Zaiton, Danish menjadi marah dan kesal.
"Daddy akan buat apa aje demi anak-anak daddy," batin Danish.
Aurel sekejap-sekejap berdiri di muka pintu sambil menjenguk ke luar . Runsing bila kembar tidak pulang lagi. Tan Sri Alias yang duduk di sofa sambil membaca surat khabar pening melihat Aurel yang seperti ulat beluncas. Tidak tahu duduk diam sedari tadi.
"Kan Nish tu daddy dia orang. Tak perlulah Aurel susah hati sangat," tegur Tan Sri Alias.
"Tapi pa... Dah nak maghrib, kenapa tak balik lagi? Dia orang ke mana ni? Kenapa abang Nish tak call Aurel? Lagipun Aurel takut, abang Nish ambil kembar dari Aurel."
"Laaa, kan dia dah call papa beritahu bawa kembar makan dan ke mall. Lagipun mana Nish tahu nombor telefon baru Aurel. Papa pun tak beri dia nombor Aurel."
"Geram betul lah dengan dia tu. Saja lah tu nak tunjuk baik dekat kembar. Kembar tu pun boleh ikut je. Macam tak ingat dekat Aurel."
Tan Sri Alias tiba-tiba ketawa. Aurel terkebil-kebil memandang papanya. Kenapa papa ketawa?
"Aurel cemburu ye?"
"Cemburu? Papa ni. Masakan Aurel cemburu kembar dengan abang Nish."
Tan Sri Alias hanya mampu menggelengkan kepalanya. Keras hati dan keras kepala anaknya seorang ini.
"Aurel taknak beritahu Nish tentang kembar ke?"
"Pa, abang Nish dah tahu siapa Aurel dan dia dah tahu siapa kembar. Sebab tu dia jumpa kembar di tadika."
Masakan Aurel beritahu papanya yang mereka sudah berciuman di ruangan bilik mesyuarat.
YOU ARE READING
Aira dan Aurel .
عشوائيKisah Aurel dan Aira dua adik beradik kembar yang dilahirkan berbeza warna kulit dan wajah. Aira si kakak yang berkulit putih dan cantik. Manakala Aurel berkulit hitam manis tapi kelihatan buruk. Kerana perbezaan warna kulit dan kecantikan , Aira m...