四 : 04

1.2K 70 12
                                    

               Peluh yang menitik turun dari dahinya, dilap dengan kain bersih. Berkerut mukanya menahan kepanasan yang melanda. Cuaca pada hari ini agak panas.

"Nah, air!" Air tin Pepsi dibaling kearahnya. Rayden pantas menyambut air tersebut. Tin dibuka lalu diminum dengan rakus. Penat.

"Dah ke? Aku malas nak main dah. Penat." Punggung dilabuhkan ke atas kerusi kosong. Tuala kecil disangkutkan pada bahunya.

Adriel tergelak. Dia duduk disamping Rayden. Air tin pepsi dibuka lalu diteguk dengan laju. Lega sedikit tekak nya.

"Takkan main sekejap, dah penat kut? Kata nak badan sado lagi." Usiknya sebelum mencucuk-cucuk biceps Rayden.

Rayden mendengus lalu menepis tangan gatal Adriel yang makin liar ke dada nya. Aku tampar satgi budak ini, tercabut kepala.

"Orang tengok lah gila! Baik kau pergi raba Luca sana." Luca yang terasa terpanggil mula menoleh ke belakang. Dipandangnya Adriel dan Rayden dengan kerutan di dahi.

"Pehal?"

"Riel nak raba kau." Rayden bangun dari duduknya. Luca membuat muka toya. Penumbuk ditayangkan ke arah Adriel.

"Try lah try. Penumbuk ni hinggap dekat otak kau yang sengal tu." Adriel mencebik. Matanya digulingkan ke atas. Macamlah aku nak raba badan papan kau tu. Kalau badan sado macam Rayden tak apa lah jugak. Pala dia papan, badan si Luca pun berketak jugak.

"Sorry you. But I setia dengan Dani."

"Dasar gay."

"Gurau je bodoh!"

Rayden menggelengkan kepala nya. Macam budak-budak. Baju T-shirt nya dibuka sebelum dicampak ke atas kerusi. Dia berlari ke arah bola yang berada di tepi tiang goal.

Bola diambil. Dia berundur sepuluh tapak ke belakang dari jaring tersebut. Bola dilantunkan untuk beberapa kali sebelum disumbat ke dalam jaring dengan tekniknya yang tersendiri.

Masuk. Jarang lah, bola dia tak masuk walaupun kedudukan dia jauh. Rambut yang basah diraup kasar.

"Wuhuuu! Mantap abe Ray. Aum hotnya!" Adriel menjerit di bawah pokok yang teduh itu. Dia melompat-lompat keriangan, macam dah menang lottery berjuta. Nasib lah si Daniel tak ikut serta. Kalau tak, memang hancur dunia bila dua ekor tenuk itu bergabung.

"Eh... aku nak join lah!" Adriel berlari ke arah Rayden. Bajunya sudah dibuka awal-awal.

Luca pula hanya memandang sepi. Dia penat nak larang. Biarlah dia, asalkan bahagia sudah. Dia mengeluh perlahan. Matanya memerhati dua orang gadis yang ralit memandang kawan baiknya itu. Eh salah, seorang sahaja. Seorang lagi, macam tidak berminat.

Siap amik gambar lagi. Wah, ni dah melampau. Privacy kut.

Dia berjalan ke arah mereka. Gadis yang sibuk mengambil gambar itu terus menggeletis macam ulat bulu.

"Hey handsome boy, alone hm? " Sapa gadis itu. Bibir digigit manja. Dia melirik Luca atas bawah sehingga membuatkan jejaka itu tidak selesa.

Hot.

"Eh tak ada lah. Tak nampak ke satu taman ni?" Perlinya dengan senyuman sinis. Raut wajah gadis itu terus berubah. Mungkin terasa kut.

"Hm anyways, you mesti tertarik dengan I kan ? Sebab tu you datang sini . It's okey honey , you tak perlu nak cakap pun sebab I dah tahu." katanya lagi. Rambut dipintal-pintal manja. Badannya terliuk macam sotong dari tadi.

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now