弐つ : 02

1.3K 86 21
                                    

               "Adeline!" Suara Puan Carine kuat kedengaran di telinga nya. Spontan tangannya terus melepaskan kuali yang sedang dibasuh akibat terkejut.

Terkocoh-kocoh dia berlari ke ruang tamu. Pinggan, mangkuk yang masih tidak dicuci dibiarkan begitu sahaja.

"K- kenapa?" Ujarnya termengah-mengah akibat kepenatan. Penat berlari dari dapur.

"Kau masak apa ni sampah? Sardin dengan sup sayur? Aku nak makan pun tak lalu lah betina!" Sudu dihempaskan ke atas meja makan. Menyinga wajah nya saat ini.

Terhinjut bahu gadis itu mendengarnya. Dia menunduk takut "T- tapi Qis yang suruh Adel masak makanan tu untuk lunch." Tuturnya perlahan. Salah dia ke? Dia hanya mengikut perintah.

Qistina yang mendengar terus gugup sebelum menarik muka masam. Dia menggelengkan kepalanya untuk menidakkan perkara tersebut.

"Adel. Aku tahu kau tak puas hati dengan aku... Tapi perlu ke kau fitnah aku sampai macam ni? Aku tak pernah suruh kau untuk masak sampah macam ni. Haish, aku tengok pun tak lalu lah nak makan!" Dia tersenyum sinis dalam diam apabila melihat riak terkejut Adeline. Mampus kau betina.

Puan Carine tersenyum mendengarnya. Lebih kepada sinis "Adel sayang... Kau lapar tak?" Lembut sahaja kedengaran suara nya. Tersentak gadis itu. Dia menggeleng kepala nya laju sebelum berundur ke belakang "T- tak..."

"Aku tahu kau lapar. Lapar sangat kan?" Makanan yang dimasak oleh Adeline diambil sebelum melangkah mendekati gadis itu dengan perlahan.

"A- adel tak lapar..." Ujarnya ketakutan. Takut melihat sikap Puan Carine yang tiba-tiba berubah.

Pandangan yang lembut tadi bertukar tajam "Aku tahu kau lapar. Apa tunggu lagi? Makan lah! Habiskan semua sampah yang kau buat ni..." Kuat suara nya menengking. Makanan terus dilempar tepat pada muka gadis itu.

Tak cukup dengan itu, dia menyumbat kasar nasi kosong ke dalam mulut Adeline "Makan lah. Makan aku kata!" Sup sayur turut dituangkan ke atas kepala Adeline.

Meronta-ronta gadis itu di atas lantai "U- umph t- taknak mak ngah!" Dia terbatuk kecil selepas Puan Carine melepaskan nya. Habis kotor muka dan rambut nya disebabkan makanan tadi. Sakit.

Dia penat nak menangis lagi. Tetapi air mata sentiasa mengalir tanpa diundang. Dia gelak kecil dalam tangisan.

Hidup seorang anak yatim piatu memang macam ini ke?

"Tak payah nak menangis sangat lah. Kau kena bersyukur yang aku masih benarkan kau untuk tinggal kat sini. Kalau nak diikutkan hati aku ni. Memang meringkuk kau dekat kelab malam!"

Puan Carine tersenyum puas. Dia memandang anaknya pula. Bagai memberi arahan untuk menyambung. Dia duduk di atas kerusi, kaki disilang. Mahu melihat adegan anaknya pula.

"Nasib mak tak lupa Qis." Qistina membuat muka sedih sebelum bangkit dari duduknya. Dari tadi lagi dia memerhati. Puas hati dia melihat keadaan Adeline. Sangat puas. Dia berjalan mengelilingi Adeline sebelum berhenti betul-betul di hadapan gadis itu.

Dia bercangkung di hadapan Adeline "Kau nak tahu tak kenapa aku tak suka kau, Adel?" Tangan nya turun ke dagu gadis itu yang sedikit comot sebelum dicengkam kasar.

Terdongak kepala gadis itu "Nak tahu tak?!" Adeline terpaksa mengangguk. Merah muka nya menahan sakit. Berkaca matanya memandang Qistina.

"Well, semua orang suka kau. Kau cantik. Kau baik. Kau pandai. Sampai kan arwah Izzat pun suka kau! Dan disebabkan engkau lah dia mati. Dia mati Adel... Kau nak tahu tak, apa perasan aku masa tu?" Dia melepaskan dagu Adeline. Tajam matanya memandang gadis itu.

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now