十匕 : 17

887 60 0
                                    

                Kereta Rayden memasuki perkarangan villa mewah milik keluarga nya. Kereta diparking betul-betul di tepi kereta yang agak asing.

Tak pernah kelihatan langsung sebelum ini. Siapa pula yang datang ni?

Rayden terus keluar dari kereta diikuti dengan Adriel "Ada orang datang ke?" Dia berjalan mengelilingi kereta tersebut.

"Kau tanya aku kenapa? Mana lah aku tahu rumah kau." Berkerut dahi Adriel saat itu. Bukan rumah dia.

Rayden diam. Otaknya masih ligat berfikir. Siapa? Takkan lah mommy dia beli kereta baru? Ke daddy dia? Mustahil sangat.

Persoalannya siapa yang datang? Selalunya, orang tu akan call mommy atau daddy dia terlebih dahulu sebelum datang. Yelah, buat apa nak datang kalau tuan rumah ada hal?

Yang ada dekat rumah hanya lah Adel kerana Mak Leha baru je balik rumah dia. Ada hal katanya.

Adel... Eh wait, Adel? Dia duduk sorang-sorang dekat rumah kan? Tanpa sepatah kata, Rayden terus berlari masuk ke dalam Villa meninggalkan Adriel yang terpinga-pinga sedari tadi.

"Aik, laju betul setan ni." Rungut Adriel sebelum bangkit dari duduknya. Dia mengikut langkah Rayden dari belakang. Sedari tadi, dia elok berteleku di atas rumput sambil merenung Rayden.

"Adel! Adeline?" Panggil Rayden berkali-kali. Dia masih berada di ruang tamu.

Prang!

Bunyi kaca pecah mengejutkan Rayden. Turut membuatkan Adriel melatah. Kus semangat. Bunyi kaca pecah itu dari dapur. Laju Rayden berlari ke dapur.

Pemandangan pertama yang dia nampak ialah ruang dapur yang agak berselerak. Ada pinggan pecah dan yang lebih mengejutkan, ada dua orang perempuan yang duduk dilantai. Aulia menangis di lantai manakala Adeline diam tidak berkutik.

"Adel?... Aulia?! Kau buat apa dekat sini?" Terhinjut bahu Aulia mendengarnya. Takut-takut dia memandang wajah Rayden yang mula ketat.

"I- "

"I apa?!"

"I rindu you! Sebab tu lah I datang sini. Tapi perempuan ni cakap you tak ada and dia nak pukul I tadi!" Berkerut dahi Rayden. Pukul? Lawak apakah yang Aulia tengah lakukan sekarang ni?

"Bukan kau ke yang pukul dia?" Dia bercangkung di depan Aulia. Macam lah dia tak kenal perangai gadis itu.

"T- tak... Dia yang pukul I! Padahal I nak jumpa dengan boyfriend I sendiri. Bukan nya orang lain." Bela nya. Air mata palsu dilap lembut. Dia memegang lengan Rayden dengan erat.

"You percaya I kan sayang?"

"Puih! Drama je lebih kau ni. Sejak bila Abe Ray aku jadi boyfriend kau? Kau cakap dengan cermin ke? Dahlah hodoh macam beruk." Celah Adriel di sebalik pintu. Suara nya sahaja yang kedengaran. Member tengah sibuk push rank.

"Hey! You siapa ha? Ayden tengok lah kawan you tu!" Bentak Aulia tak puas hati. Sakit hatinya mendengar kata-kata Adriel.

"Kau pergi balik lah Aulia. Aku tak pernah suka kan kau. So please, behave yourself." Dia menarik lengan nya dari pegangan Aulia. Tangan dihulurkan ke arah Adeline yang masih dekat lantai "Come."

Terkebil-kebil gadis itu sebelum menyambut. Dia bangun dengan perlahan-lahan. Bukan nya dia tak perasan jelingan tajam Aulia terhadapnya.

Macam nak telan dia hidup-hidup.

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now