十四 : 14

948 60 1
                                    

               Terkejut Datin Rosella mendengarnya. Bukan setakat dia, Rayden dan Dato Dariel turut terperanjat dengan kedatangan gadis itu.

"Eh Aulia.. Bila balik?" Tegur Datin Rosella lembut. Dia menarik kerusi disebelah nya yang kosong untuk Aulia.

"Kelmarin Aunty. Terus datang sini sebab rindu Aunty dan Uncle sangat-sangat." Meleret suara nya berkata. Sempat dia mengenyitkan mata ke arah Dato Dariel. Berubah sedikit riak wajah Datin Rosella melihat nya.

Dia tak duduk di tepi Datin Rosella, dilabuhkan punggung nya disebelah Rayden. Ditarik kerusinya merapat dengan jejaka itu.

"And I miss you more, baby." Dagu Rayden cuba untuk dipegang tapi ditepis kasar oleh jejaka itu. Dingin riak wajah Rayden saat itu.

"Behave Aulia!" Balas Rayden mendatar. Dia bangun mengejut. Bergerak sedikit kerusi yang diduduki oleh Aulia ke belakang. Berkerut dahi gadis itu bila melihat balasan jejaka kesayangannya.

Dia turut bangun "You dah kenapa? Tak happy ke tengok I dah balik!" Tekan nya kasar. Geram pun ada. Dia datang ke sini semata-mata untuk Rayden. Tak sangka pula yang dia dapat layanan teruk dari jejaka itu.

"Aku lagi happy kalau kau tak balik..."

"Aulia... Jangan ambil hati sangat dengan Ayden ye nak. Macam lah Aulia tak tahu perangai dia macam mana." Celah suara Datin Rosella memujuk, dia taknak berlaku sebarang pergaduhan. Perangai Aulia sukar untuk ditafsirkan. Sikap panas baran nya mampu merosakkan suasana.

Rayden mendengus kasar. Tak habis-habis nak bela perempuan tu. Dia melanggar kasar bahu Aulia sebelum ke sinki. Sempat dia bertembung dengan Adeline yang turut ke arah yang sama.

"Err.. Encik lalu lah dulu."  Adeline memberi ruang untuk jejaka itu. Rayden terus meletakkan pinggan nya ke dalam sinki sebelum keluar dari dapur. Tiada Sepatah kata pun yang keluar dari bibirnya. Dia terus naik ke biliknya.

Aulia menghentak kasar meja sebelum duduk. Mencuka wajahnya saat itu. Dato Dariel berdehem sebelum bangun. Beg kerja nya dicapai "Ella, abang pergi kerja dulu. Takut terlambat." Dia tak pernah nak ngam dengan Aulia. Entah lah kenapa, sikap Aulia yang membuatkan dirinya tak suka.

"Okey abang, hati-hati." Tangan suami nya disalam. Dia tahu yang suami nya tak suka dekat Aulia tapi apa yang dia boleh buat? Dia berkawan rapat dengan mommy Aulia. Takkan lah dia nak layan anak kawan dia kasar walaupun dia tak berapa nak suka dengan perangai gadis itu.

Dato Dariel terus berlalu pergi. Tinggal lah Aulia dan Datin Rosella sahaja dekat meja makan. Adeline pula masih di dapur. Wanita separuh abad itu menggosok lembut bahu Aulia untuk menenangkan nya.

"Bibik! Sini kejap!" Panggil Aulia tiba-tiba. Datin Rosella turut terkejut mendengar suara kuat Aulia. Kus semangat.

Tajam mata gadis itu memandang Adeline yang datang ke arahnya. Dia memeluk tubuh.

"Buatkan hot chocolate untuk aku. Cepat sikit!" Lebih kepada arahan. Adeline mengangguk sebelum membuat apa yang disuruh.

Tak sampai lima minit, air dah siap dihidang. Diletakkan dihadapan Aulia " Ada apa-apa lagi, cik?" Tanya nya. Aulia menggeleng, tangan diayunkan tanda menyuruh gadis itu untuk pergi.

Adeline menunduk sedikit sebelum ke dapur semula. Dia mengambil mop sebelum mengemop lantai yang sedikit kotor.

Hot chocolate disisip sedikit. Berkerut dahinya menahan rasa panas di lidah "Weh perempuan! Kau nak bunuh aku ke?!" Memetir suara nya menjerit. Laju dia bangun dari duduk. Seperti ingin menerkam Adeline. Datin Rosella terus memegang lengan Aulia untuk menghentikan nya.

"Maafkan dia ye? Jangan lah Macam ni." Pujuk Datin Rosella lembut . Nafas dihela kasar. Macam-macam benda yang jadi kalau Aulia bertandang ke rumahnya.

Aulia mendengus. Maaf-maaf? Memang tak ada ayat lain ke? " Sini kau perempuan. Aku cakap datang sini tu datang lah!!" Menikus Adeline dekat dapur. Dia memandang Datin Rosella, wanita separuh abad itu mengangguk. Tanda menyuruh datang ke arah mereka. Perlahan-lahan dia mendekati Aulia.

"S- saya..."

Pang!

Tak sempat dia berkata-kata, pipinya terlebih dahulu dilempang kuat oleh Aulia. Berkerut dahi gadis itu menahan rasa sakit di pipi nya.

"Aulia! Apa yang Aulia buat ni?!" Tegas suara Datin Rosella berkata. Dia menarik Aulia untuk menjauhi Adeline. Dah melampau baginya. Aulia memeluk tubuh, tak kisah langsung. Kerek muka nya saat itu.

"Tenang Aunty. Perempuan ni kena ajar sikit baru tak naik kepala! Buat air pun tak reti!" Sembur Aulia tak puas hati. Puas hati dia melihat riak wajah Adeline yang mula merah.

Adeline menunduk ke bawah. Pipi yang rasa sakit, dipegang. Pijar pipinya saat itu.

"Sudah-sudah lah Aulia. Kau tak penat ke nak buat masalah?" Suara Rayden kedengaran. Tajam matanya menatap wajah tidak bersalah yang ditayangkan oleh Aulia sebelum tertancap ke arah Datin Rosella.

"Jangan nak back up perempuan gila tu sangat lah, my." Dia berjalan ke arah Adeline sebelum lengan gadis itu yang berlapik, di tarik untuk mengikutinya "Ikut aku."

Membulat mata Aulia melihat Rayden. Kaki dihentak kuat "You! Hey, you nak bawa perempuan tu pergi mana?!" Jerit dia kuat.

Rayden memekakkan telinga nya. Laju dia berjalan bersama dengan Adeline. Gadis itu hanya mengikut tanpa bersuara. Menunduk sedari tadi. Mereka keluar dari rumah sebelum masuk ke dalam kereta milik Rayden. Laju memecut keluar dari perkarangan rumah.

"Aunty! Tengok lah Ayden tu!" Datin Rosella mengeluh. Pening kepala dia nak handle Aulia ni. Serabut.

"Diam! Aunty nak naik... Pandai-pandai lah Aulia balik sendiri." Dia tak betah lagi untuk duduk dekat situ. Pandai-pandai lah Aulia balik sendiri. Malas dia nak melayan.

"Mak Leha! Kemas meja makan ni." Panggil Datin Rosella kuat sebelum naik ke biliknya. Terkocoh-kocoh Mak Leha berlari ke dapur "Baik Datin!" Dia tahu apa yang jadi tapi dia tak berani pula nak datang dekat.

Aulia menghentak kasar kakinya sebelum berjalan keluar dari rumah. Merah muka nya menahan marah "Bodoh! Arghh, kau tunggu lah perempuan! Mampus kau aku kerjakan." Panas hatinya melihat jejaka kesayangannya membela gadis itu.

Dia berdiri di depan rumah. Phone dikeluarkan. Ditekan nombor driver nya. Tak sampai dua minit, panggilan tersambung "Datang ambil aku. Cepat sikit!" Laju dia matikan panggilan. Nafas dihela kasar. Rambut yang terikat kemas, dikusutkan.

Pelbagai sumpah seranah terbit dibibirnya saat menunggu driver nya datang. Bila terkenangkan Adeline, makin membara perasaan marahnya. Macam mana kalau gadis itu merampas jejaka kesayangannya?

Dia tak akan benarkan perkara itu terjadi. Bertahun-tahun dia berjuang untuk memenangi hati Rayden tapi sedikit pun jejaka itu tak berpaling ke arahnya. Apa kurangnya dia?

Dia ada segalanya. Pangkat. Rupa. Pekerjaan. Dia juga terlahir dari keluarga yang kaya raya. Semua cukup! Apa lagi yang tak cukup?

"Kalau aku tak dapat dia. Kau pun takkan dapat lah."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

❗Date : 3 May 2022❗

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now