三十二 : 32

890 37 4
                                    

Dua minggu berlalu...

           
Tangan nya yang sudah dipenuhi dengan inai, dipandang sepi. Tak tahu nak gembira ataupun sedih saat ini. Dia tak tahu apa yang dia tengah rasakan sekarang.

Hidupnya bagai terumbang-ambing.

Dah macam kena kahwin paksa pun ada walaupun dia sendiri yang setuju. Sekarang baru nak menyesal ke? Bibir spontan mencebik.

Dia menyesal sebab takut dirinya dilayan teruk. Tapi pada masa yang sama, dia gembira sebab jejaka itu bakal menjadi miliknya.

Walaupun dia akan dapat jasadnya sahaja, bukan hatinya.

"Adel... Dah kering ke inai tu?." Tegur Puan Rania, selaku adik kepada Datin Rosella. Punggung nya dilabuhkan di atas katil.

Dia sempat berkenalan dengan adik Datin Rosella dan juga yang lain. Nasiblah semuanya melayan dia dengan baik. Lega sikit hati ni.

Adeline mengangkat bahu. Rasa macam dah kering. Terasa kebas pula tangan nya dari tadi.

"Dah boleh basuh ke tangan ni maklang? Rimaslah. Nak garu hidung pun susah ni." Rungutnya perlahan.

Puan Rania tergelak kecil "Eip sabar dulu. Tunggu inai ni betul-betul kering dulu baru boleh basuh. Nanti tak lawa lah." Tisu yang dibawa nya tadi, disapu pada tangan Adeline yang sedikit comot.

"Tunggu lima minit lagi. Maklang nak pergi tengok apa yang dah jadi kat luar tu. Riuh semacam." Laju dia bangun. Tadi rasa macam senyap je, tiba-tiba bising pula.

"Adel nak ikut sekali boleh tak? Bosan lah duduk kat sini." Dari tadi lagi dia duk bertapa kat bilik. Semua orang tak bagi dia keluar. Dia pun nak tengok persiapan kat luar tu macam mana.

"No, tak boleh. Maklang bukan taknak bagi tapi tak elok untuk bakal pengantin. Adel rehat je dekat sini okey? Kalau nak apa-apa, boleh panggil maklang ataupun mommy." Tanpa rela dia mengangguk.

Bila pintu bilik ditutup, spontan dia mengeluh. Bosan nya! Memang macam ni ke kalau nak kahwin? Tak boleh buat kerja? Kena duduk je diam-diam?

Masam mencuka wajahnya saat itu.

***

Riuh sekali suasana di dalam rumah Datin Rosella. Masing-masing tengah sibuk buat kerja. Kedengaran juga mercun di luar rumah.

Tak lain tak bukan, memang ulah si Adriel dengan Daniel. Orang lain sibuk buat kerja, diorang sibuk main mercun.

"Woi! Bak sini sikit mercun tu. Aku punya dah habis..." Dah habis dua kotak dia main mercun tapi tetap tak puas lagi. Best dia lain macam. Lagi-lagi bila kawan dia nak kahwin, lagi lah exited member.

"Banyak cantik muka kau. Kau dah rembat aku punya pastu kau nak mintak lagi? Jawapan dia memang tak boleh lah sial." Laju dia bawak lari kotak mercun dia dari Adriel. Banyak cekadak betul.

Lain kali beli banyak sikit. Baru lah tak menyusahkan orang.

"Nak dua je! Aku janji tak minta dah." Janji kelaut. Bila habis, dia akan mintak lagi.

"No... Kau pergi beli yang lain kalau nak main lagi. Jangan minta dengan aku." Jangan harap aku nak bagi. Daniel terus mengeluarkan lighter dari poket seluarnya.

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now