Pintu bilik Adeline dibuka selepas mendapat persetujuan dari gadis itu.
"Mommy menganggu ke?" Dia duduk di birai katil milik gadis itu. Kelihatan Adeline sedang melipat baju yang sudah dibasuh.
Gadis itu menggeleng sebelum tersenyum. Almari baju ditutup setelah selesai mengemas "Tak ganggu pun mommy. Kenapa? Ada benda yang mommy nak bagitahu Adel ke?" Dia duduk disamping wanita separuh abad itu.
"Mommy selalu dengar Adel sebut mak ngah dalam mimpi Adel sewaktu dekat hospital dulu. Adel taknak jemput dia?" Mengeras tubuh Adeline saat itu. Terkelip-kelip matanya memandang Datin Rosella.
"M- mak ngah?" Anggukan Datin Rosella dibalas dengan senyuman tawar. Dia bukan taknak jemput tapi dia takut akan penerimaan mak ngah nya.
Dia telah dibuang jauh dari keluarga itu malah dirinya hampir sahaja mati akibat ulah keluarga mak ngah nya itu. Dia rasa diorang pun tak tahu sama ada dia masih bernyawa ataupun tidak.
"Maafkan mommy sebab buka topik tentang dia. Tapi seeloknya, Adel kena lah bagitahu dia ataupun jemput dia nanti ke majlis kahwin tu. Sejahat mana pun dia, dia tetap seseorang yang pernah menjaga Adel dulu." Gadis itu terdiam. Tangan Datin Rosella digenggam lembut.
"Adel jahat ke mommy kalau tak boleh nak maafkan dia lagi?" Tanya nya perlahan. Tak mudah untuk memaafkan bila hati masih terasa sakit.
Dia mungkin boleh memaafkan suatu hari nanti tapi kalau untuk melupakan mungkin mengambil masa yang agak lama.
"Tak sayang... Adel tak jahat. Adel cuma perlukan masa untuk terima apa yang sudah berlaku. Mommy tak ada dekat tempat Adel jadi mommy takkan tahu apa yang Adel rasa. So , take your time dear. Bakal menantu mommy ni kuat orangnya." Pipi Adeline diusap perlahan sebelum hidung gadis itu dicuit manja. Cuba untuk memberi semangat kepada Adeline.
Adeline tergelak kecil. Dia melabuhkan kepala nya pada bahu wanita separuh abad itu. Tangan Datin Rosella kembali digenggam.
"Terima kasih sebab terima Adel. Terima kasih jugak sebab dah selamatkan Adel dulu." Kepala nya terasa dibelai lembut. Tanpa sedar membuatkan dirinya tersenyum.
"Adel akan jemput dia." Empat patah perkataan yang keluar dari bibirnya membuatkan tangan Datin Rosella berhenti membelai rambut nya.
"Are you sure? Kalau Adel taknak jemput pun tak apa. Mommy tak paksa." Muka nya menjadi serba salah.
"Mommy taknak Adel sedih." Sambungnya lagi. Adeline menegakkan tubuhnya. Badan dipusingkan menghadap wanita separuh abad itu.
"It's okey mommy. Dia kena tahu yang Adel akan berkahwin walaupun dia tak peduli tentang itu. It's up to her nak datang ataupun tidak. Janji kita dah jemput dia." Dia cuba untuk tersenyum walaupun hatinya terasa berat untuk berjumpa dengan mak ngah nya lagi.
Hope everything is fine.
***
Laju Rayden turun dari tangga. Jam di tangan nya ditilik buat seketika. Nasib dia tak terlambat.
Hari ini hari pertama dia akan bekerja di syarikat daddy nya. Itu semua atas permintaan Dato Dariel sendiri. Dia tak mampu nak membantah lagi. Lagipun nanti dia akan berkahwin, takkan lah dia nak bagi anak bini dia makan pasir walaupun keluarga sendiri kaya. Penat jadi penganggur tak bertauliah.
"Awak... Taknak sarapan dulu?" Tegur Adeline saat melihat jejaka itu turun dari tangga. Rayden melihat ke arahnya.
"Hm, kau masak apa? Aku dah lambat." Sempat dia menjenguk makanan yang berada di atas meja. Nampak menyelerakan.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ]
Romance[ 𖥻1 : 𝗨𝗇𝖽𝖾𝗋 𝗠𝗋𝗌 𝗦𝖾𝗋𝗂𝖾𝗌 ] Rayden Damien | Adeline Hailey Adeline Hailey. Nama seindah rupanya. Tetapi bukan hidupnya. Hidupnya menjadi semakin sengsara apabila terpaksa tinggal bersama dengan keluarga mak ngah nya selepas kematian ib...