Bau ubat-ubatan yang kuat menyedarkan dirinya dari lena yang panjang. Berkerut dahinya menahan rasa sakit yang menyengat kepalanya. Mata cuba untuk dibuka perlahan-lahan. Cahaya terus menerobos masuk ke dalam matanya. Terpejam matanya buat seketika.
Matanya dibuka kembali. Pandangan pertama yang dia nampak ialah hospital. Terkelip-kelip matanya cuba untuk mengingati apa yang jadi.
Apa yang jadi? Ayat itu terlintas difikirannya.
"Hey, zombie..." Pap! Berkerut dahi Rayden apabila mendapat tamparan dari mommy nya. Dia menggosok lengannya yang terasa sakit. Garang betul.
Terjegil mata Datin Rosella setelah mendengar ujaran anaknya. Boleh pulak dia cakap macam itu.
"Diam Ayden. Jangan sampai mommy sepak bontot kamu sampai afrika." Rayden mencebik. Dia cakap benda betul kut. Muka perempuan tu dah macam zombie. Pucat semacam.
Dia menjeling gadis itu sekilas. Termenung pula minah ni.
"Dahlah. Ayden nak cari makanan. Mommy jaga lah zombie tu baik-baik. Takut kena gigit pula nanti." Dia terus berlari keluar dari ward tersebut apabila bantal hampir melayang ke arahnya. Rayden tergelak jahat.
"Buu tak kena!" Dia terus pergi ke cafeteria dekat bawah. Datin Rosella menggelengkan kepalanya melihat telatah anaknya itu. Geram.
Dia terus mendapatkan gadis itu. Bahu Adeline dipegang. Dia tahu nama gadis itu kerana dirantai nya tertulis nama 'Adeline Hailey' Memang sah-sah lah nama dia.
"Ada rasa sakit mana-mana ke? Ke kamu nak air? Bagitahu jer aunty." Dia menggosok bahu Adeline dengan lembut. Kesian dia melihat Adeline. Banyak sangat luka dekat badannya. Kepala dia juga telah dibalut oleh doctor.
Nasib lah, dia tergerak hati untuk lalu dekat kawasan yang gelap itu. Kalau tak , macam mana lah nasib gadis ini agaknya.
Adeline diam. Sepatah kata pun tak keluar dari mulutnya saat itu. Dia hanya memandang wanita yang menegurnya.
Datin Rosella tersenyum tipis apabila soalannya tidak dijawab. Dia faham akan keadaan Adeline. Mungkin gadis itu masih trauma.
Klak!
Bunyi pintu ward dibuka. Suara kecoh mula kedengaran apabila masing-masing mula berebut nak masuk.
"Woii tepi lah! Aku sampai dulu!!"
"Diamlah gay! Baik kau bagi aku masuk dulu."
"Tumpah lah air ni nanti bangsat! Nak gaduh, pergi gaduh dalam zoo sana!"
"Nak mati ke?" Luca menolak kesemua setan yang menghalang pintu masuk itu. Dengan selamba nya dia masuk tanpa muka bersalah.
Langkah diaturkan ke arah Datin Rosella. Dia tersenyum kecil "Assalamualaikum aunty." Tangan wanita yang sudah dianggap ibu itu terus diambil lalu dikucup mesra. Dia menunduk hormat.
Datin Rosella tergelak " Waalaikumusalam Luca. Makin handsome aunty tengok kamu ni yer." Sungguh. Penampilan nya sederhana tapi nampak bergaya. Cara dia bawa diri pun berbeza. Nampak macho walaupun muka sentiasa ketat.
"Tak ada lah aunty. Biasa je." Luca terbatuk kecil. Dia menggaru kening yang tak gatal. Segan pula.
"Eleh, perasan lah tu! Riel lagi hensem kan aunty?" Datin Rosella mengangguk. Layan kan aje lah, anak syurga ni. Kembang hidung Adriel apabila dipuji.
Boleh nampak lubang hidungnya yang makin besar itu. Daniel menolak kepala Adriel ketepi. Mula lah tu nak angkat bakul sendiri.
"Tepi lah tenuk. Dahlah busuk..." Dia duduk dekat kerusi yang sudah tersedia. Fhone dikeluarkan lalu membuka Mobile Legends. Masa untuk beraksi.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ]
Romance[ 𖥻1 : 𝗨𝗇𝖽𝖾𝗋 𝗠𝗋𝗌 𝗦𝖾𝗋𝗂𝖾𝗌 ] Rayden Damien | Adeline Hailey Adeline Hailey. Nama seindah rupanya. Tetapi bukan hidupnya. Hidupnya menjadi semakin sengsara apabila terpaksa tinggal bersama dengan keluarga mak ngah nya selepas kematian ib...