Pintu Cafe ditolak oleh Datin Rosella. Kedua-duanya terus masuk sebelum mengambil tempat duduk yang kosong.
Beberapa minit kemudian, waiter terus datang ke meja mereka bersama dengan note di tangan nya.
Dia menunduk sopan "May I take your order? " Datin Rosella melihat menu ditangan nya.
"Wait a minute... Adel nak makan apa?" Menu ditunjukkan ke arah gadis itu. Adeline menggeleng. Dia tidak berasa lapar.
"Adel tak lapar... So, I'll have an orange juice." Senyuman tipis dihadiahkan ke arah waiter tersebut.
"Alright... So, one seafood spaghetti with two orange juice. Thank you." Menu diserahkan kembali.
Waiter itu mengangguk sebelum mengambil menu tersebut "One moment, please." Dia terus berlalu pergi.
Datin Rosella bersandar pada kerusi. Matanya melilau kesana kemari sebelum terlihat kelibat Aulia yang kebetulan ingin masuk ke dalam Cafe yang sama.
Dia cuba untuk sembunyikan muka tapi terlambat apabila Aulia sempat melihat wajahnya. Berkerut dahi Adeline melihat tingkah laku Datin Rosella itu.
"Kenapa mommy?" Tanya nya pelik. Seperti nampak hantu aje.
Belum sempat Datin Rosella ingin menjawab, suara Aulia terlebih dahulu kedengaran.
"Hye Aunty!" Bala sudah sampai. Dia duduk disebelah Datin Rosella. Muka tiada rasa bersalah langsung.
"Long time no see... Eh your maid pun ada, hm no class la keluar dengan maid. Kampung sangat." Dipandang Adeline atas bawah. Beg Gucci nya diletakkan atas meja. Kuku nya yang baru siap manicure sengaja ditunjukkan ke arah mereka.
"She's not my maid anymore." Datin Rosella senyum tipis. Taknak lah kelihatan sombong walau hakikat nya dia geram dengan kelakuan Aulia tersebut.
"Then? Oh i knew it! Mesti dia jadi madu Aunty kan? Oh, poor you Aunty!" Lancang sekali dia berkata. Berubah terus air muka Adeline dan Datin Rosella.
"Wah impressive. Muka you nampak je cantik tapi mulut macam puaka. Ni mesti tak pernah kena cili kan?" Adeline tiba-tiba bersuara. Kedengaran sinis di telinga Aulia. Sempat dia tergelak kecil.
Datin Rosella tersenyum dalam diam. Dia tak sangka yang mulut Adeline pun boleh tahan jugak.
"Hey! You siapa nak cili I? Jangan nak berlagak sangat lah perempuan... You tu budak kampung. Ada hati nak lawan I. Tak dapat Rayden, dapat bapak nya pun jadi lah kan? Well spesies sundal memang macam ni. Murah!"
Pang!
Lima jari melekat dekat pipi tepung milik Aulia. Terkunci terus mulut gadis itu dengan mata yang terbeliak. Lebih kepada terkejut.
Terketar-ketar tangan nya memegang pipi sendiri yang kelihatan sedikit merah. Adeline menarik nafas dalam. Tajam matanya memandang wajah Aulia.
"Siapa yang murah sekarang ni? Siapa yang cari pasal dulu? Siapa yang kejar siapa? It's you, Aulia. Stop blame others if you're the one who's did it! " Tekan nya kuat. Tak hiraukan langsung pandangan orang lain. Tangan nya turut terketar menahan perasaan. Matanya tak lepas dari memandang Aulia.
Datin Rosella yang melihat keadaan itu terus memeluk Adeline dengan erat untuk meredakan kemarahan nya. Belakang badan gadis itu diusap lembut.
"You- !"
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ]
Romance[ 𖥻1 : 𝗨𝗇𝖽𝖾𝗋 𝗠𝗋𝗌 𝗦𝖾𝗋𝗂𝖾𝗌 ] Rayden Damien | Adeline Hailey Adeline Hailey. Nama seindah rupanya. Tetapi bukan hidupnya. Hidupnya menjadi semakin sengsara apabila terpaksa tinggal bersama dengan keluarga mak ngah nya selepas kematian ib...