Tajam pandangan mata Rayden terhadap Adeline sehingga membuatkan gadis itu tidak selesa. Dia memerlukan penjelasan tentang hal yang berlaku tadi.
Adeline menunduk ke bawah. Bibir digigit tanda gugup "M- maaf... Saya terpaksa gunakan awak untuk cemburu kan dia supaya dia tak kacau hidup saya. Saya minta maaf sangat-sangat kalau menyusahkan awak tadi." Bersungguh-sungguh dia meminta maaf. Bimbang jejaka itu memarahi nya.
Rayden merenung wajah Adeline yang menunduk sedari tadi. Dia mengangkat dagu gadis itu sebelum mata mereka bertaut rapat. Mata gadis itu sudah berkaca.
"I'm just asking for explanation. Aku tak marah pun. Yang kau beria nak menangis ni dah kenapa?" Adeline terus mengelap air matanya yang sudah jatuh setitik. Dia pun tak tahu kenapa dia sensitif sangat sekarang ni.
Cengeng.
Rayden bangun. Songkok dipakai kembali "Kau tercegat apa lagi kat situ? Tak reti nak balik ke? Banyak lagi kerja yang aku kena buat." Kata Rayden mendatar. Dingin balik perangai nya. Sekejap sahaja boleh berubah. Dia pantas beredar dari situ tanpa menghiraukan langsung riak wajah gadis itu yang sudah berubah.
Terkocoh-kocoh Adeline mengikut langkah Rayden yang dah kedepan. Laju betul jejaka itu berjalan. Jauh dirinya ketinggalan.
Mereka keluar dari hospital. Langkah ditujukan ke arah kereta yang sudah diparking di tepi pokok. Rayden membuka pintu kereta disebelah pemandu sebelum meloloskan dirinya ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan.
Adeline masih tercegat di luar. Dia keliru sama ada nak duduk dekat belakang ataupun ditepi Rayden. Nanti Rayden tak selesa pula kalau dia duduk dekat sebelah lelaki itu.
Rayden menekan hon apabila melihat gadis itu seperti patung. Tak reti nak masuk ke? Dia mengeluh kecil. Tingkap diturunkan sedikit.
"Cik adik. Kau nak aku dukung kau bawak masuk dalam kereta ke?" Terkejut Adeline mendengar hon yang ditekan oleh Rayden. Lagi terkejut mendengar ayat yang dilontarkan oleh jejaka itu.
Kalau Rayden mengotakan ayat tadi, memang habis lah hidup dia. Adeline pantas membuka pintu kereta seat belakang. Dia masuk ke dalam kereta. Baru sahaja dia nak memakai seatbelt, suara Rayden kedengaran lagi.
"I'm not your driver. So, duduk sebelah aku." Berkerut dahi Adeline. Duduk sebelah dia?
"Taknak."
"Aku cakap duduk sebelah aku, duduk je lah. Payah sangat ke nak ikut?" Cermin belakang dipandang. Adeline mengeluh sebelum keluar dari kereta. Banyak songeh betul.
Dihempas perlahan pintu belakang sebelum duduk disebelah Rayden. Pintu ditutup rapat. Dia hanya berdiam diri. Rayden asyik nak marah dia je. Period lah tu.
"Good." Kereta nya keluar dari perkarangan hospital. Laju memecut di atas jalan raya. Adeline mengenggam seatbelt nya kuat, takut pula melihat cara lelaki itu membawa kereta. Macam pelesit.
Rayden kelihatan tenang sekali tetapi tidak bagi Adeline. Roh nya seakan ingin keluar dari badan apabila lelaki itu sempat drift di atas jalan raya yang kebetulan tiada orang. Berdegup laju jantungnya saat itu.
"A- awak... Tak boleh drive perlahan sikit ke?" Dari tadi lagi dia nak bersuara tapi takut dimarahi oleh Rayden. Kali ni, dia tak kisah kena marah ataupun maki hamun Dia kesah kan nyawa nya sahaja.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ]
Romance[ 𖥻1 : 𝗨𝗇𝖽𝖾𝗋 𝗠𝗋𝗌 𝗦𝖾𝗋𝗂𝖾𝗌 ] Rayden Damien | Adeline Hailey Adeline Hailey. Nama seindah rupanya. Tetapi bukan hidupnya. Hidupnya menjadi semakin sengsara apabila terpaksa tinggal bersama dengan keluarga mak ngah nya selepas kematian ib...