Tangan dipanjangkan untuk memeluk 'bantal' yang berada sedikit jauh darinya. Sedikit pelik baginya tetapi dek kerana mengantuk lebih menguasai, dia abaikan sahaja perasaan pelik tersebut.
Tidur lagi penting.
Rayden membuka matanya perlahan apabila terasa badan nya seperti dipeluk erat. Tak cukup dengan peluk, terasa ada sesuatu yang menindih kedua-dua belah kakinya.
Tanpa berfikir panjang, selimut terus diselak laju. Terpampang susuk tubuh Adeline yang tengah enak dibuai mimpi sambil memeluk dirinya. Muka isterinya pula berada rapat pada dada nya.
Nak kejut tapi tak sampai hati. Tapi dia pula yang rimas. Nak bergerak pun susah.
"Adel?" Bahu isterinya digoyangkan berkali-kali sambil matanya ralit memandang jam yang berada di atas meja.
Sudah hampir masuknya waktu subuh. Pandangan nya kembali beralih pada Adeline. Terasa makin erat pula gadis itu memeluknya. Haih.
Kepala digelengkan sedikit sebelum mukanya sengaja dirapatkan dengan isterinya. Ditiup lembut telinga Adeline untuk mengusik. Dia mengulang perkara yang sama berkali-kali sehingga tuan punya badan tersedar.
Adeline mengerutkan kening nya saat merasa terganggu. Dia nak tidur pun tak tenang. Perlahan-lahan matanya terbuka.
"Handsome nya." Gumam nya perlahan tanpa sedar. Samar-samar dia nampak bayangan seseorang di hadapan nya. Bibir automatik tersenyum lebar.
Dia tengah mimpi ke ni?
"Mesti lena kan tidur kau dapat peluk aku?" Dahi Adeline dijentik agak kuat bagi menyedarkan gadis itu.
Automatik luas matanya memandang Rayden sambil memegang dahi. Dia cuba mentafsir apa yang sudah terjadi sambil tangan nya masih meggosok dahi yang sakit. Berkerut dahinya saat itu.
Sekejap memandang Rayden, sekejap matanya memandang sekeliling sebelum matanya terhenti pada tangan nya yang erat memeluk jejaka itu. Laju dia meleraikan pelukan tersebut.
Takkan lah dia tidur dengan aku semalam?!
Spontan matanya memandang kearah badan nya. Lega sedikit bila melihat dia masih berpakaian.
"E- Err kenapa awak tidur dekat sini ? Awak nak apa-apa kan saya ke?!" Serta merta dia bangkit dari baring. Bersedia untuk lari jika jejaka itu ingin berbuat sesuatu kepadanya.
Rayden yang mendengar kata-kata gadis itu mula mengerutkan kening sebelum bibirnya menjungkitkan senyuman nakal. Dia semakin merapatkan badan nya dengan Adeline sehingga gadis itu tersandar pada kepala katil. Kedua-dua tangan nya mula memerangkap Adeline.
"A- awakk.."
"Kau rasa aku nak buat apa dekat kau? Takkan lah aku nak lepas kan kau macam tu je? Rugi lah." Tangan nya dilarikan pada pipi Adeline sebelum jatuh ke bahu gadis itu. Gelak cuba untuk ditahan bila melihat wajah cuak Adeline.
Macam nak menangis pun ada.
"A- awak.. Lepaslah! A- awak tak boleh buat saya macam ni." Dia mula meronta-ronta untuk melepaskan diri. Setitik demi setitik air mata mula jatuh ke pipi nya yang gebu itu.
Rayden pantas melepaskan isterinya bila mendengar suara tangisan itu. Cengeng.
"Kau memang dah lupa ke yang kita ni dah kahwin? Kau cuba tengok cincin dekat jari kau tu sekarang. Buat penat je aku akad nikah semalam." Kepala disandarkan pada kepala katil. Mata masih merenung sepasang mata yang masih basah itu sebelum beralih pada hidungnya yang merah.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ]
Lãng mạn[ 𖥻1 : 𝗨𝗇𝖽𝖾𝗋 𝗠𝗋𝗌 𝗦𝖾𝗋𝗂𝖾𝗌 ] Rayden Damien | Adeline Hailey Adeline Hailey. Nama seindah rupanya. Tetapi bukan hidupnya. Hidupnya menjadi semakin sengsara apabila terpaksa tinggal bersama dengan keluarga mak ngah nya selepas kematian ib...