Rayden turun ke bawah dengan pakaian sukan nya. Sekejap lagi, dia ingin berjogging bersama-sama dengan Daniel dan Adriel. Luca tak dapat ikut serta kerana ada kerja yang perlu diselesaikan.
Dia bersiul-siul sebelum ke dapur. Kelibat seorang gadis yang ralit membasuh pinggan menghentikan langkahnya. Dia berhenti betul-betul di depan pintu dapur. Tak berkelip matanya memandang gadis itu.
Siapa tu? Itu yang terlintas difikirannya. Setahu dia, dia tak ada adik perempuan ataupun kakak.
Gadis itu berpaling sebelum mengemas meja. Dia langsung tak perasan akan Rayden yang ralit menatapnya. Ternyata ianya adalah Adeline. Gadis itu sangat cantik dengan rambut yang diikat messy bun. Secalit make up pun tak ada dekat mukanya. Wajah natural nya makin berseri-seri.
Rayden baru teringat tentang gadis itu. Macam mana dia boleh lupa pula? Dia berdehem untuk mendapatkan perhatian Adeline. Peti sejuk dibuka sebelum mengambil susu fresh dutch lady. Gelas juga dicapai dan susu dituangkan ke dalam gelas.
Adeline berpaling. Terkejut dia apabila melihat Rayden yang elok bersandar dekat peti sambil meneguk susu.
"Ye, encik? Encik nak makan ke?" Tegur Adeline dengan senyuman. Pagi-pagi kena lah murah dengan senyuman. Baru lah berkat hidup lagipun dia kena hormat anak majikan nya.
Rayden menggeleng. Gelas diletakkan di dalam sinki setelah selesai minum "Mommy aku dah pergi kerja ke?" Tanya nya. Baru perasan tiada langsung kelibat Datin Rosella.
"Dah. Datin dah bertolak awal pagi tadi." Jelas Adeline. Gelas yang digunakan oleh Rayden tadi dibasuh lalu diletakkan di atas rak yang tersedia.
Hari ini adalah hari pertama dia bekerja sebagai maid dekat rumah Datin Rosella. Tugas nya hanya lah untuk memasak dan mengemas dapur manakala tugas Mak Leha pula adalah untuk membasuh baju dan menyapu halaman rumah.
Mereka berdua juga harus bergilir-gilir untuk menyiram tanaman dan bunga.
"Oh.. Kau sambung lah kerja kau. Aku nak keluar." Rayden berlalu dari situ. Dia sudah berjanji dengan kawan-kawan nya.
Adeline hanya memandang sebelum menyambung kembali kerjanya. Hari ini dia hanya membuat bihun goreng dan juga roti bakar untuk sarapan pagi. Tetapi, sedikit pun tak terusik. Masih panas lagi.
Penat juga jadi maid ni.
"Eh, Ayden. Nak keluar ke?" Tegur Mak Leha di depan pintu rumah. Dia baru sahaja selesai menyiram pokok bunga. Rayden mengangguk sebelum memakai kasut.
"Ayden nak exercise sikit Mak Leha. Lemak dah banyak sangat dalam badan ni." Seloroh Rayden sambil menepuk lembut perutnya. Padahal tak ada beza pun. Tetap sama. Dia bangun setelah selesai memakai kasut.
Mak Leha menggeleng "Macam macam lah kamu ni Ayden. Mak Leha masuk dulu yer." Melihat anggukan Rayden, dia terus ke dapur. Terasa lapar pula perut ni. Dia tak menjamah apa-apa lagi sebab terlalu ralit menyiram pokok bunga.
Rayden keluar dari rumah. Nanti panas pula nak jogging kalau matahari dah naik atas kepala.
***
Matahari terpacak atas kepala. Panas dia lain macam. Rayden mengibas mukanya dengan surat khabar. Mereka telah selesai jogging lima pusingan. Bukan jogging sebenarnya, lebih kepada kejar mengejar. Habis berpeluh mereka bertiga."H- huh letih betul... Menyesal aku kejar korang. Kemain laju lari macam kena kejar dengan anjing." Rungut Adriel tak puas hati. Dia meneguk air mineral yang dibelinya tadi.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ]
Romance[ 𖥻1 : 𝗨𝗇𝖽𝖾𝗋 𝗠𝗋𝗌 𝗦𝖾𝗋𝗂𝖾𝗌 ] Rayden Damien | Adeline Hailey Adeline Hailey. Nama seindah rupanya. Tetapi bukan hidupnya. Hidupnya menjadi semakin sengsara apabila terpaksa tinggal bersama dengan keluarga mak ngah nya selepas kematian ib...