Laju tangannya memotong bawang serta sayuran untuk dimasukkan ke dalam tomyam. Dia yang menawarkan dirinya sendiri untuk membuat hidangan tengahari.
Kalau nak diikutkan, Datin Rosella ingin membantu nya tetapi ditegah keras oleh Puan Carine. Bahkan, mereka berdua telah keluar ke kedai untuk membeli sesuatu.
Baru dua hari berada di sini, mereka sudah kelihatan akrab. Entah kenapa, dia tak suka melihat mereka rapat sebegitu. Risau mak ngah meracun apa-apa yang tidak diingini dan membuatkan hubungan nya dengan Datin Rosella musnah.
Nafas dihela kasar. Kepala digelengkan perlahan. Otaknya asyik berfikir yang bukan-bukan sahaja. Tak salahkan kalau dia menyimpan syak wasangka terhadap mak ngah nya sendiri? Dia sendiri tak dapat nak memaafkan lagi apa yang sudah terjadi.
"Kacak juga bakal suami kau kan. Tapi sayang, bakal dapat bini yang teruk macam kau. Slut..." Satu suara hinggap di telinga nya.
Dia hanya diam. Makin laju tangannya memotong bawang dek kerana geram.
"Sentap ke? Kau patut sedar kedudukan kau dekat mana. Kau tak ada keluarga. You have nothing to compare with me. Ayah pun tak tahu wujud ke tak. Entah-entah anak luar nikah! Ops." Laju tangan nya melepaskan pisau yang berada di dalam pegangan nya.
Dia berpaling ke belakang "Apa masalah kau hah?! Apa yang kau tak puas hati dengan aku? Kau patut cermin diri kau dulu sebelum mengata orang! At least, aku tak tergedik-gedik dengan bakal suami orang. Not like you. Dengan semua orang pun kau nak rembat. You're the one yang layak pegang title slut or should I call you, cheap girl?" Penuh sinis dia berkata. Rambut dikibaskan ke belakang.
Best woman wins.
Laju nafasnya saat itu. Panas hatinya mendengar ayat gadis itu "Kau jangan rasa hebat sangat lah! Dalam sekelip mata je aku boleh rampas orang yang kau sayang. Just wait and see." Gigi diketap geram. Sesekali matanya melirik ke arah ruang tamu, ingin melihat samada mereka sudah turun ataupun tidak.
Boleh lah dia melakukan rancangan yang dia sudah rancang dari semalam.
"Try then. Dia tak hadap cheap girl like you." Selamba sahaja dia membalas. Walhal dalam hati, dia rasa nak tarik rambut Qistina kuat-kuat. Baru puas hati dia.
Cool girl needs to rest her mind, especially from stupid witch.
Tomyam yang sudah separa masak dikacau-kacau. Sedikit pun dia tak menoleh ke arah Qistina yang mula mengeledah sesuatu. Apa yang dia cari pun, tak tahu lah.
"Ouch! Adel, please let me go! It's hurt..." Raung Qistina tiba-tiba. Berkerut dahi Adeline mendengarnya sebelum menoleh ke belakang.
Terbuntang matanya melihat darah yang mula menitik di atas lantai. Lagi terkejut melihat gadis itu yang terduduk di atas lantai dengan tangan yang sudah mengeluarkan darah. Kaca yang dipegang oleh Qistina mula dilempar perlahan pada tepi kaki Adeline.
"W- what...?" Dia kelihatan blur. Apa yang sudah jadi? Tidak sampai dua saat, ketiga-tiga jejaka yang baru turun ke ruang tamu mula melangkah ke dapur. Mungkin terkejut mendengar suara jeritan Qistina.
"What's going on? D- darah?" Masing-masing menoleh ke arah tangan Qistina yang tidak habis-habis mengeluarkan darah.
Gadis itu mula menunjukkan lakonan nya. Tersedu-sedu dia menangis menahan rasa sakit dari tangan nya.
"Apa yang kau dah buat, Adel?!" Tanpa sedar, suara nya mula meninggi. Terhinjut bahu Adeline mendengarnya. Dia menggeleng perlahan.
"I- it's not me..." Betul. Dia tak buat apa-apa pun. Dari tadi dia hanya sibuk memasak. Sekarang pun dia masih bingung apa yang dah terjadi.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ]
Romance[ 𖥻1 : 𝗨𝗇𝖽𝖾𝗋 𝗠𝗋𝗌 𝗦𝖾𝗋𝗂𝖾𝗌 ] Rayden Damien | Adeline Hailey Adeline Hailey. Nama seindah rupanya. Tetapi bukan hidupnya. Hidupnya menjadi semakin sengsara apabila terpaksa tinggal bersama dengan keluarga mak ngah nya selepas kematian ib...