十三の : 13

978 64 2
                                    

               "Mula-mula tumiskan bawang besar, bawang putih, chili flakes dan tomyam paste. Lepastu, kacau sahaja sampai sebati." Adeline mengangguk faham. Dia mengikut sahaja apa yang disuruh oleh Mak Leha.

Menu untuk sarapan pagi ialah Tomyam Spaghetti, Roti bakar dan sedikit buah-buahan.

Semerbak bau tomyam sewaktu dia mengacau tumisan tersebut. Wangi. Tiba-tiba berkeroncong pula perutnya. Dia mengintai Mak Leha yang sibuk mengupas kulit udang.

"Lepas tu kena buat apa?" Tanya Adeline, dia bercekak pinggang di hadapan kuali. Rambut disanggul tinggi. Sekejap matanya memerhati Mak Leha, sekejap dia memandang tumisan nya. Takut hangit pula nanti.

"Nah, masukkan udang ke dalam tumisan tadi. Lepas tu, tambahkan tomato paste dan air pasta yang Adel dah rebus tadi. Bila bau dah naik, masukkan chili sauce, perasa dan pasta yang telah direbus. Faham?" Jelas Mak Leha satu persatu sambil menghulurkan udang yang telah dikupas kulitnya.

"Faham-faham." Adeline membuat satu persatu. Matanya tertancap ke arah tomato yang dah dihiris dan sedikit sayuran sambil tangan nya tak habis-habis mengacau spaghetti yang sudah separuh masak.

"Selebihnya letak sekarang kan?" Kepala ditolehkan ke arah Mak Leha yang berada disampingnya. Wanita tua itu mengangguk. Dia ralit mengacau air coffee.

Tomato dan sedikit sayur yang telah dipotong ditaburkan ke atas spaghetti. Siap! Senyuman terbit dibibirnya apabila semuanya sudah siap.

"Mak Leha masak Tomyam Spaghetti ke?" Tegur Rayden yang baru turun ke bawah. Dia masih tak perasan lagi akan kelibat Adeline yang ralit memindahkan spaghetti ke dalam mangkuk besar.

Mak Leha menoleh ke arah Rayden, dia tergelak kecil sebelum meletakkan coffee panas di atas meja "Ye.. tapi Adel yang masak. Mak Leha ajar cara buat je." Rayden menoleh ke arah Adeline. Baru perasan. Dia berdehem.

"Ouh , okey." Datar sahaja suara nya berkata. Kerusi ditarik sebelum melabuhkan punggung nya di atas kerusi. Berasap lagi spaghetti yang baru siap tu. Spaghetti diletakkan ke dalam pinggan nya sebelum memulakan suapan. Dia makan dengan diam.

Adeline melihat wajah Rayden sekilas. Sedikit terasa melihat respon ringkas jejaka itu tetapi mukanya tetap dimaniskan. Dia mengeluh kecil sebelum membasuh pinggan. Takkan sebab semalam kut? Kenapa dia marah sangat?

Keluhan nya mendapat perhatian Mak Leha. Wanita tua itu mendekat sebelum menepuk perlahan bahu Adeline "Adel taknak makan dulu ke?" Gadis itu menggeleng. Tiba-tiba rasa kenyang "Tak apa lah Mak Leha. Adel tak lapar" Perlahan sahaja suara nya tapi tetap didengari oleh Mak Leha.

Wanita tua itu menggosok belakang badan Adeline lembut. Mesti ada sesuatu yang menganggu fikiran gadis muda ini. Dia dah anggap Adeline macam anak dia sendiri. Baik budak nya.

"Sedap nya bau. Mak Leha ke Adel yang masak?" Datin Rosella berjalan beriringan dengan suaminya, Dato Dariel. Beg kerja suaminya diletakkan di atas meja sebelum kedua-dua nya melabuhkan punggung di atas kerusi, berhadapan dengan Rayden yang diam dari tadi.

"Adel yang masak, Datin." Adeline tersenyum sedikit. Dia menoleh ke arah meja makan "Tapi Mak Leha yang ajarkan." Balas nya. Betul lah. Dia hanya ikut apa yang Mak Leha suruh je. Main campak-campak.

Pinggan yang telah dibasuh disusun rapi. Tangan dilapkan dekat kain bersih.

"Mesti sedap ni. Tengok Ayden makan pun, dah tahu makanan tu sedap. Lagi sedap bila orang tu yang buat, kan Ayden?" Hampir tersedak Rayden mendengar usikan daddy nya. Dia tahu yang daddy nya hanya bergurau. Tapi jangan lah libatkan dia.

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now