Selepas sahaja selamat mengebumikan jenazah atuk, kami terus pulang ke rumah. Jarak kampung dengan rumah dekat sahaja. Satu jam dah sampai.
Selepas mengangkat beg baju, aku terus baring atas katil di bilik.
Ah, selesanya.
Di rumah ini cuma ada aku, Haz dengan ibu sahaja. Tapi mulai hari ini akan tambah lagi seorang - Seorang? Macam seekor lagi sesuai sebab dia bukan manusia.
Yup, aku cakap fasal raksasa hitam pagi tadi. Dia masih di dalam bayang-bayang aku.
Bilik aku ini tak adalah besar mana. Kecil sahaja. Cuma ada katil bujang, meja belajar, almari baju dan rak buku kecil. Akhir sekali ruang suka-suki yang terletak di penjuru bilik.
Ruang suka-suki sebenarnya tempat timbunan bantal dan toto yang tak digunakan dan dikumpulkan di situ. Ia juga merupakan katil kedua aku.
Kenapa nama dia ruang suka-suki?
Entah.
Aku tengok ruang tersebut. Mata aku terbeliak. Bukan sebab terkejut, tetapi pelik. Raksasa hitam tadi sudah baring di situ.
"Yo!" sapa dia.
Bagus juga dia ada di sini. Boleh aku soal siasat dia. "Yo!"
"Eh? Kau dah tak takut dengan aku? Pagi tadi macam nak terkencing bila jumpa aku."
Sedap dia menganjing aku.
"Tu tadi, sekarang tak. Aku ni jenis tak kisah. Lepak-lepak and steady je."
"Oh." Dia terkejut. "Kau jauh beza dengan atuk kau."
"Huh?"
"Masa first time aku jumpa atuk kau, dia gelabah gila. Setiap kali aku jumpa dia, dia membisik something. Tak pun kadang-kadang lari sambil peluk satu buku tebal."
Aku faham apa yang dia maksudkan.
"Tapi, lepas aku bagitau benda yang sebenar, dia dah tak takut. Kami jadi BFFFFFFF sampai dia serahkan aku kat kau."
Panjang dia tarik F tu.
"Kalau kau pula masa first time kita jumpa kat tandas, kau gelabah sampai pengsan. Lepas tiga kali jumpa baru kau OK. Kau percayakan aku, eh?"
"Nope. Kau saka kot. Haram untukku membela kau."
"Kan aku dah cakap aku bukan saka."
"Habis tu apa? Kucing? Jarang kucing besar ni."
"Aku makhluk."
Aku terdiam sekejap. "Saka pun makhluk gak."
"Tu makhluk halus. Aku ni makhluk tak halus. Senang cerita aku ni makhluk mitos tapi tak famous."
"Kau ni jenis yang mana satu? Mungkin aku boleh teka?"
Dia terdiam sejenak. "Aku pun tak tau."
Aku tepuk dahi. "Kau tak kenal siapa diri kau?"
Dia geleng.
"Habis tu atuk panggil kau macam mana selama ni?"
"Im cuma akan cakap 'hei' atau 'wei' je," balas dia.
Aku mengeluh. Tak tahulah nak cakap atuk ni malas ke apa nak bagi nama kepada raksasa ini atau atuk tak terfikir langsung nak bagi nama. Nak kutuk atuk tak boleh. "OK, aku bagi kau nama."
Raksasa hitam itu terus bangun dengan keterujaan di mukanya. Dia punya teruja tu macam dapat telefon baru.
"OK, nama kau ialahhhhh..." Aku sengaja tarik panjang-panjang bagi suspens. "... Bro. Nama kau Bro."
YOU ARE READING
MAKHLUK 01
AventuraBersama-sama dengan Bro, Raz memulakan misi pertamanya iaitu dengan menangkap Pontianak yang cuba menyerang mereka. Namun Pontianak tersebut melakukan perkara demikian bukan atas kehendaknya. Jadi, apa yang berlaku sebenarnya? [Jilid 1 merangkumi Be...