Di meja belajar, aku tenung Buku Raksasa lama-lama.
Aku akan cedera teruk macam atuk ke? Kalau ikutkan logik, semua makhluk dalam buku ni berbahaya. Antara peringkat pertengahan dengan peringkat tinggi semuanya kecuali ponti tadi. Mungkin dia dalam kategori peringkat rendah.
"Pahal kau tak tidur lagi?" soal Bro. Tiba-tiba dia muncul di belakang aku.
"Bro, kenapa kau malu dengan ibu?" Aku menukar topik.
"Sebab dah lama sangat tak jumpa. So rasa awkward lagi-lagi dia dah ada anak," balasnya. "Kenapa kau tak baca memori aku je? Kan senang."
Yup, Bro betul. Tapi aku ada sebab tersendiri.
"Aku tak nak kacau privasi kau."
Bro terdiam. "Awwwww.... Thanks, Raz." Dia usap kepala aku dengan kasar sampai rambut aku serabai. "So, untuk adil, aku padam segala memori fasal kau dari kepala aku."
"Eh, no! Stop, stop, stop!" jerit aku. "Nanti kau lupa siapa aku dan kita kena start dari scratch!"
"Haah. Yalah."
Aku sambung merenung Buku Raksasa sambil membetulkan rambut. Sebenarnya aku nak buka page ponti tapi termengelamun pulak. Tabiat.
Lupa pula.
Sepatutnya aku kena tengok telefon sebab page ponti tiada dalam Buku Raksasa.
Tiba-tiba aku terbau sesuatu yang harum. Aku menoleh ke belakang. Ada 'sesuatu' sedang duduk atas katil. Mukanya tidak kelihatan sebab dilindungi oleh rambutnya yang hitam lurus. Dia mengangkat mukanya. Riak wajahnya sedih.
"Jadi, awak dah tahu fasal saya?" soal Mira.
"Berdasarkan page kau, kau ni baik. Tapi kenapa nak bunuh aku?"
"Saya marah sebab awak cakap saya buruk."
Oh ya, lupa fasal tu. Ehek!
"Dan saya nak minta pertolongan daripada awak," sambungnya.
"Pertolongan apa?"
"Saya nak jumpa abang saya. Lepastu, baru saya masuk semula ke dalam buku tu." Dia memandang Buku Raksasa di tanganku. Ini berita baik sebab dia serahkan diri nak masuk dalam buku ini semula.
Masalahnya aku kena cari abang dia.
"Err... siapa abang kau?"
"Saya pun tak ingat."
Aku facepalm.
Aduh! Boleh pula tak ingat abang sendiri. Bro yang dari tadi diam di sebelah hanya menggeleng sambil membuat bunyi 'tch, tch, tch...'
"Saya cuma tak ingat nama je, tapi saya ingat personaliti dia!" kata Mira, teruja. "Tinggi dia lebih kurang macam ni..." Dia angkat tangan lebih kurang 2 inci di atas kepalanya. "Dia pakai spek... dan hensem!"
Perlu ke sebut personaliti yang last tu? "Lagi?"
"Kejap..." Dia mendagu. Kemudian jari telunjuknya diangkat ke langit macam budak dapat idea baru. Comel. "Aha! Saya ingat IC dia!"
Bro tersembur air liur. "IC?!"
"Betul!" Mira mengangguk bersungguh-sungguh.
Aku dan Bro saling berpandangan. Kami mengangguk. Aku memandang Mira semula. "Rasanya kitorang boleh tolong kau."
****
YOU ARE READING
MAKHLUK 01
PertualanganBersama-sama dengan Bro, Raz memulakan misi pertamanya iaitu dengan menangkap Pontianak yang cuba menyerang mereka. Namun Pontianak tersebut melakukan perkara demikian bukan atas kehendaknya. Jadi, apa yang berlaku sebenarnya? [Jilid 1 merangkumi Be...