Aku terjaga pukul 3 pagi dan tidak boleh tidur balik.
Jadi, aku ambil keputusan untuk berjalan-jalan sekitar dalam rumah ini supaya mengantuk semula.
"Argh!"
Aku terus tutup mulut. Takut-takut ada yang terjaga. Aku menjerit sebab ternampak jenazah atuk di ruang tamu. Lupa pula fasal tu.
Jenazah atuk nampak pelik. Bila lama-lama melihatnya, rupanya ada sepasang mata merah bersinar sedang memerhatikan aku di sebalik bayang-bayangnya. Meremang semua bulu aku.
Aku buat-buat tak nampak dan terus beredar. Rasa menyesal keluar bilik pun ada. Harap benda itu tak ikut.
"Hoi," satu suara memanggil aku.
Benda tu ikut aku! Aku terus berjalan laju.
"Hoi, sekejap!" dia panggil aku lagi. Aku buat-buat tak tahu.
"HOI!" Tiba-tiba dia muncul di hadapan aku. Aku terkedu dan terus menumbuk mukanya.
Dia menepisnya ke tepi. "Kejap. Tunggu-"
BUK!
Aku terus menendang mukanya. Kepalanya terus terteleng ke tepi dan tidak bergerak.
Aku sendiri pun terkejut dengan refleksi sendiri.
Tidak beberapa lama kemudian, dia menoleh ke arah aku dengan perlahan-lahan. Mata merahnya bersinar. "Kau..."
Aku terus memasang kekuda. Kedua-dua penumbuk diangkat.
"Oh, kau nak lawan aku?" kata raksasa hitam itu.
Aku gugup tetapi badan aku berkata sebaliknya. Aku hendak melawan dia.
Tumbukan dilepaskan ke mukanya namun dia hanya menyambutnya secara bersahaja dan menepisnya ke tepi. Kemudian aku terus menumbuknya lagi dan tiba-tiba dia menghilang.
Tiba-tiba lagi, dia muncul di sebelah aku. "Serangan kau lemah sangat," katanya sebelum tangannya diangkat dan dihayunkan ke tengkuk aku.
Serangannya tepat kena pada tengkuk dan aku jatuh rebah ke atas lantai.
Raksasa tadi hanya melihat aku yang telah rebah. Pada masa yang sama, dia ingin mengangkat aku. Tangannya dihulurkan ke kolar baju aku. "Lemah. Aku expect ada benda yang best sejak kau merupakan anak Hi-"
Aku terus berpusing menghadapnya sambil menepis tangannya. Dia terkejut. Aku ambil kesempatan itu untuk menendang bawah dagunya.
Tendangan itu terlalu kuat sehingga menyebabkan kepalanya terteleng ke belakang lalu berundur ke belakang sebanyak 3 tapak. Serentak dengan itu, aku segera bangun dan menjauhkan diri daripadanya. Aku ingin larikan diri tetapi malangnya aku sudah berada di hujung koridor.
Raksasa hitam tadi menyapu bawah dagunya berulang kali. "Adededehhh. Kenapa kau- Tak! Yang penting sekarang ni macam mana kau boleh tak pengsan?! Kuat kot aku hentak tengkuk kau! Ke aku ter-miss?" Kemudian dia menggeleng laju. Dia mula bergerak menghampiri aku. "Ah! Tu tak penting!. Yang penting sekarang ni..."
YOU ARE READING
MAKHLUK 01
AventuraBersama-sama dengan Bro, Raz memulakan misi pertamanya iaitu dengan menangkap Pontianak yang cuba menyerang mereka. Namun Pontianak tersebut melakukan perkara demikian bukan atas kehendaknya. Jadi, apa yang berlaku sebenarnya? [Jilid 1 merangkumi Be...