Sekarang ini sedang berlangsung majlis tahlil atuk.
Entahlah. Aku tak tahu nak bagi ekspresi macam mana sebab aku ini jenis orang yang tak kisah. Rasa sedih pun tak rasa.
Aku melihat ibu di sebelah. Mukanya kelihatan tenang. Ish, ibu pun tak sedih ke? Tapi persoalan itu sudah terjawab dahulu sebelum majlis ini bermula.
"Ibu tak sedih ke?"
Ibu memandang aku. "Ibu sedih sebenarnya tapi ibu yakin setiap yang berlaku mesti ada sebabnya," balasnya dengan senyuman nipis.
Aku hanya memandang bawah.
Imbas kembali tamat. Aku melihat jenazah atuk. Mukanya tenang seperti masa dia hidup tetapi disebabkan aku fikir bukan-bukan ia terus bertukar jadi seram. Tumpuan aku terus beralih pada buku hitam atuk.
Aku gelarkan buku ni Buku Raksasa sebab isi kandungannya banyak fasal raksasa. Buku ini menyeronokkan sebab dipenuhi dengan illustrasi dan tulisan-tulisan yang pelik tapi aku faham maksudnya.
Tiba-tiba aku merasakan sesuatu bergesel di kaki. Aku melihatnya. Seekor kucing hitam sedang bergesel di kaki. Dia mengiau sebelum beredar ke dapur.
Aku menghantarnya dengan pandangan sahaja. Bila aku toleh semula ke Buku Raksasa, aku ternampak sesuatu yang pelik pada bayang-bayang atuk. Ia memanjang dari kaki atuk ke satu sudut yang gelap. Ia sangat jelas tapi tiada sesiapa perasan.
Pelik.
Aku pandang sudut gelap itu.
Aku terkedu. Bukan sebab jenazah atuk terbangun semula. Kalau macam tu semua orang dah lari lintang-pungkang.
Aku terkejut sebab terdapat sepasang mata bewarna merah bersinar sedang merenung tepat mataku macam nak tembus kepala aku. Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan ke bawah.
Benda apa tadi tu?! Raksasa dalam buku ni ke?
"Tak."
Aku terdengar suara bergema di dalam kepala. Aku toleh ke arahnya.
"Aku bukan raksasa dalam buku tu."
Dia baca fikiran aku ke?
"Yup. Aku baca fikiran kau."
Ini tak OK. Aku memandang ibu. "Ibu, Raz pergi tandas sekejap."
Aku bangun dan segera ke tandas. Di sana, aku memandang singki. "Shoot! Betul ke apa aku nampak tadi? Ke imaginasi je?!"
"Tak," kedengaran satu suara di belakang. Aku memandang pantulan cermin. Pantulannya mununjukkan satu raksasa hitam yang saiznya lebih besar daripada aku. Dia sedang melihat aku sambil bersandar pada pintu tandas. Tangannya disilangkan di dada. Aku berpusing ke belakang. Jantung aku terus berdegup kencang.
"Hai," katanya.
Pandangan aku terus menjadi gelap.
****
Aku tersedar. Sekarang ni aku tengah baring di atas katil atuk dan terdengar bunyi tangisan di sebelah. Aku menoleh.
"Eh, ibu, Haz, kenapa menangis ni?"
Aku terus duduk dan melihat mereka menangis. Ada sesuatu dah terjadi ke?
Aku goncangkan badan Haz. "Wei, Haz. Dah kenapa kau menangis ni? Jarang tengok kau macam ni." Sebabnya ialah adik aku ini jenis tak kisah macam aku juga.
Pelik pula tengok mereka seperti ini. Aku pegang tangan ibu. "Ibu, kenapa ni?"
"Tadi atuk... sekarang kamu pula..." menangis ibu.
Aku terdiam. Apa ibu merepek ni?
"Kenapalah abang tinggalkan kami..." menangis Haz.
Aku memandang Haz. Aku tinggalkan mereka? Aku dah mati ke?
"Ibu! Raz kat sinilah! Raz belum matilah! Tengoklah!" Aku mengharapkan ibu memandangku tapi ibu hanya menunduk. Aku memandang Haz pula. " Woi Haz! Takkanlah kau pun tak nampak aku juga?! Aku kat sini kot!" Aku menampar pipinya berulang kali. Dia tak balas dan hanya menunduk sahaja.
Aku terkedu. Ke... ini prank je?
Aku memandang mereka dan dapat merasakan sesuatu yang aneh. Aku tengok Haz. Dia... dari dulu memang pelik kalau buat benda-benda macam ini. Ini bukan karakter dia.
Aku mengeluh.
"Ibu, dah-dah la tu. Kantoi." Aku memandang Haz. "Kau pun sama."
Ibu berhenti menangis dan ketawa. "Alamak, kantoi."
Haz pun berhenti berlakon dan bukanmya nak minta maaf pada aku tetapi sebaliknya. "Hoi! Sakitlah! Kau fikir pipi aku ni bantal nak tepuk-tepuk macam tu je?!" marah dia.
Yup. Dia memang macam tu. Aku dah biasa dah.
Aku malas hendak melayannya dan memandang ibu. "Ibu, apa jadi? Kenapa baju Raz basah?"
"Tadi Raz pengsan kat tandas. Nasib baik ada orang jumpa. Kalau tak sampai esok kamu kat situ."
"Kenapa abang pengsan kat situ? Dalam banyak-banyak tempat, rumah setan tu jugak abang nak pengsan," sampuk Haz. Budak ini memang mulut laser.
Aku termenung sekejap. Memikirkan apa yang baru terjadi tadi. "Tadi Raz kena kacau."
"Ha? Siapa kacau Raz?" tanya ibu, risau.
"Benda tu... hitam... besar... mata dia warna merah..."
"Tak tau pula setan pun berminat dengan kau," sampuk Haz. Aku jeling dia. Ish, budak ini. Nasib baik kau adik aku. "Ibu jangan risau. Raz OK je sekarang ni."
"Betul ni?" soal ibu, risau.
"Yup."
Ibu memandang aku atas bawah. "OK."
"Atuk dah dikebumikan ke?"
Ibu menggeleng. "Belum. Esok baru buat sebab tadi hujan lebat. Jalan pun berselut. So, malam ni kita temankan atuk."
Aku dan Haz terkedu. Kami berdua serentak memandang ibu.
"Seriuslah?" soal kami.
"Ya," balas ibu. Aku mengeluh panjang.
Aku dan Haz menjenguk jenazah atuk dari bilik ini dan menelan air liur.Harap tak ada apa-apa yang buruk terjadi.
****
YOU ARE READING
MAKHLUK 01
AventuraBersama-sama dengan Bro, Raz memulakan misi pertamanya iaitu dengan menangkap Pontianak yang cuba menyerang mereka. Namun Pontianak tersebut melakukan perkara demikian bukan atas kehendaknya. Jadi, apa yang berlaku sebenarnya? [Jilid 1 merangkumi Be...