#5

9 1 0
                                    


Hari ini sudah bermula cuti penggal dan aku bosan.

"Raz!" ibu memanggil aku. "Hari ni hari apa?"

"Sabtu? Kenapa?"

Ibu hanya bercekak pinggang sambil memandang aku. Aku temenung sekejap. "Oh... OK. Baru ingat." Aku segera bergegas ke bilik. Ibu cakap hari ini dia nak bakar sampah. Maknanya aku kena keluarkan semua sampah di dalam bilik untuk dibakar.

"Cari kat bilik Haz sekali!" jerit ibu dari bawah.

"OK!"

Budak tu tak ada hari ini sebab ada kelas tambahan.

"Bro, boleh tolong tak?"
"Boleh, kejap," Tiba-tiba dia menyalakan mancis dan mencampakkannya ke katil aku. Aku apa lagi, cepat-cepat sambut mancis itu sebelum ia menyentuh tilam.

"HOI! AUUUCH! Panasss!" jerit aku sambil mengibas-ngibaskan tangan. "Apa kau buat ni?!"

"Bakar sampah. Bilik kau ni kan sampah," balas dia, selamba.

"Tch! Aku tahulah bilik aku bersepah..." Aku meniup-niup tangan. "Tolong ambilkan kotak kat tepi tu."

"Kotak apa ni?" soal Bro. Dia meletakannya di atas meja.

"Kotak yang kadang-kadang aku letak barang berharga atau sampah. Jadi, kita kena asingkan barang-barang dalam ni."

"Kita?"

"Yes. Kita berdua. Kenapa? Ada problem?"

"Kenapa aku kena buat sekali? Bukan ibu suruh kau je ke?" merungutnya.

"Aku tuan kau. So, kau kena dengar cakap aku."

"Tapi..."

"Ini satu arahan."

Dia mendengus. "Fineee."

Kami terus mengeluarkan barang dari dalam kotak. Suasana menjadi sunyi. Janggal gila.

"Sorry. Rasa macam aku ni mempergunakan kau pulak," aku mulakan perbualan. "Kalau kau tak nak buat tak-"

"Tak, aku tolong kau," pintas Bro. "Sebagai tanda terima kasih sebab bagi nama," sambungnya sambil menepuk perlahan belakang kepala aku. Aku hanya senyum.

"Woah Raz! Siapa ni?" tiba-tiba Bro teruja. Dia tengah pegang sebingkai gambar. Aku tengok gambar tu.

"Oh, tu ayah aku."

"Ayah kau? Kenapa tak pernah nampak dia?"

Aku ambil gambar itu. "Dia... dah hilang. Masa aku kecil." Sejujurnya aku tak suka cakap fasal ni sebab boleh buat aku rasa nak menangis.

"Oh, sorry," kata Bro. "Lepas ni aku dah tak tanya apa-apa fasal ayah kau."

Sah dia baca fikiran aku.

Akhirnya, kami selesai mengasingkan sampah. Gambar ayah diletakkan di sebelah lampu meja. Berhampirannya terdapat Buku Raksasa. Aku ambil buku itu. Baru sahaja mahu selak, tiba-tiba perut memulas. Aku terus letak buku tadi atas timbunan sampah.

"Kau OK tak?" soal Bro.

"Aku... nak melepas."

"Dah tu pergilah tandas."

"Kalau aku gerak... semuanya akan terkeluar sebab.. dah ada kat hujung b-"

"OK. Aku faham. Takyah detail sangat. Menjijikkan," pintas Bro.

"Bro, tolong aku... Kau boleh teleport...kan? Kau teleportkan aku ke tan-"

ZUP!

"-das... Wow, cepat gila," teruja aku sebab tiba-tiba dah sampai tandas. "OK, kau boleh keluar sekarang," kata aku kepada Bro yang sedang menghadap aku.

MAKHLUK 01Where stories live. Discover now