Sepatutnya aku kena jalan terus untuk ke hutan belakang rumah, tetapi aku belok ke kanan. Sekolah aku tak jauh pun, hujung jalan ini sahaja.
"Hoi. Kau nak pergi mana?" soal Bro.
"Pergi sekolah sekejap."
"Kau sakit ke? Tiba-tiba je nak pergi sekolah time cuti ni." Bro tiba-tiba keluar dan menyentuh dahi aku. "Tak panas punnnnnn."
"Woi! Masuk balik cepat!" tegur aku. Dia pun akur. "Entahlah, Bro. Tiba-tiba je rasa nak pergi."
"Hmm... yelah," balas dia acuh tak acuh.
Aku jalan sampai depan pintu pagar sekolah dan berhenti. "Nak tau something tak-"
"Tak," balas dia, laju. Memang sengaja cari fasal.
"Ah! Mampos! Kau nak tau ke tak, aku nak cerita jugak. Dulu sekolah ni pernah ada kes."
Bro tak balas.
Dia memang serius betul-betul tak berminat. Tetapi aku teruskan juga. "Belakang sekolah ni ada hutan dan pernah ada kes kat situ. Diorang kata dalam hutan tu banyak makhluk... buas. Ada yang cakap ada serigala, anjing besar dan makhluk apa lagi entah. Aku tak sure sangat sebab dengar dari mulut orang. Tapi yang bestnya, majoriti daripada yang kena kacau ni ialah pelajar sekolah ni dan diorang semua kena kacau masa form 4."
"Kenapa form 4?" soal Bro. Akhirnya dia berminat juga.
"Sebab setiap tahun sekolah ni akan adakan camping untuk form 4 sahaja. Tiga hari dua malam. Terhad kepada 20 pelajar je."
"Jadi apa kaitannya dengan aku?" soal Bro lagi.
"Tahun ni aku form 4. Aku harap aku terpilih sertai camp tu. Mungkin salah satu makhluk dalam Buku Raksasa ada kat situ."
"Tapi kes hutan ni dah lama, kan? Jadi macam mana diorang boleh ada kat situ sedangkan diorang terlepas kelmarin?"
Aku terdiam. Tak terfikir fasal tu langsung pun. "Mungkin makhluk dalam hutan tu dah memang lama wujud dan tak pernah ditangkap oleh generasi sebelum aku?"
"Ataupun diorang cuma haiwan buas biasa," tambah Bro.
"Mungkin," balas aku. "ARGH!"
Aku terkejut sebab ada kucing tiba-tiba menggesel di kaki.
"Kucing ni lagi," kata Bro sambil mengusap kucing tu dengan keluarkan tangan kanannya dari perut aku. Kepalanya pun keluar sekali. Aku mencangkung.
"Lagi?" soal aku.
"Kucing hitam haritulah."
"Bila masa dia muncul?"
"Raz, sebenarnya kucing ni..."
Aku terus tekup mulut Bro sebab tedengar bunyi tapak kaki mendekati kami. Aku toleh melihat susur gajah sekolah yang berhampiran dengan pintu pagar sekolah. Seseorang sedang memerhatikan aku dari situ. Aku terus berpaling bertentangan arah dengan orang itu.
"Kau rasa dia nampak ke, Bro?"
"Taaaakkk?"
Aku tengok lagi lelaki tadi dan dia masih merenung aku. "Aku rasa dia nampaklah!"
"Dia tu siapa?"
Aku melihatnya lagi. Dia kelihatan dalam lingkungan 40-an. Pemakaiannya macam seorang pekebun di sekolah ni dan dia pakai straw hat. Yang uniknya, mata dia bersinar.
"Just pekebun sekolah ni. Tapi dia still nampak kau!!!" gelabah aku.
"Raz, relaks. Aku ada plan."
"Apa?"Bro masuk semula ke dalam badan. Selepas itu sunyi, tak ada apa-apa berlaku.
"Apa plan kau-" Tiba-tiba badan aku terbangun dengan sendirinya. Aku terkejut. "Bro! Jangan cakap kau..."
"Plan kita ialah LARI!" jerit Bro sebelum badanku memecut ke rumah dengan sendirinya.
****
Sampai sahaja di bilik, Bro yang masih mengawal badan aku terus melompat ke atas katil. Selepas itu barulah aku boleh mengawal semula badan. Dia terus keluar dan baring di ruang suka-suki.
"Tak guna kau, Bro. Suka-suka kau je nak control badan aku."
"Sorilah," balasnya selamba. "Kau juga yang gelabah tadi. So, aku control badan kau daripada tunggu kau jadi tunggul kat situ. Lagipun aku tak buat benda bukan-bukan, kan?"
Aku tak adalah gelabah sangat pun. Cuma risau sahaja sebab pekebun tadi nampak kami. Takut naik sekolah nanti dia soal macam-macam kepada aku.
"Bro, tadi kau nak cakap fasal kucing tu tapi aku stopkan kau pulak. Kenapa dengan kucing tu?" soalku kepada Bro tapi rasa macam cakap sorang-sorang. Aku tengok dia
Dia dah terlena di ruang suka-suki. Awal. Baru pukul 10 pagi.
Ahahaha yalah, lupa. Dia kan raksasa.
"Apa kaitannya? Aku pun raksasa tak macam tu pun." Tiba-tiba muncul satu suara garau di sebelah aku. Meremang bula romaku. Aku memandangnya. "Naga?!" Aku tengok mamat sado berjambang ni atas bawah. "Bila masa kau kat sini?"
"Baru je."
"Kenapa kau kat sini?"
"Aku datang sebab nak jawab soalan kau."
"Soalan apa?"
"Kucing hitam tadi."
Aku terus duduk bersila. "Silakan."
"Kucing hitam tu macam guide untuk korang cari makhluk-makhluk yang terlepas. Setiap kali dia muncul, mesti ada raksasa kat sekitar kawasan tu."
Aku teringat pekebun tadi. Jangan cakap dia...
"Kucing tu dan aku merupakan first generation dalam Buku Raksasa. So, kalau kau nak tau apa-apa fasal kucing tu lagi, boleh check Buku Raksasa."
"So, kucing tu pun boleh bercakap?"
"Tak."
"Kenapa?"
"Sebab dia kurang seimbang kat alam ni."
"Ha?"
"Apa yang aku cakap tadi kau kena cari sendiri maksudnya sebab aku datang sini nak bagitau fasal kucing hitam tu je. Bukan fasal keseimbangan. Ambil kain merah ni sekali." Dia bagi aku sehelai kain merah. "Pakaikan kain merah kat kucing tu supaya kau senang nak detect dia. Kalau dah tak ada apa-apa lagi, aku blah dulu."
Aku ambil kain tu. "Eh, Naga. Seke-"
"Ciao!"
Dia menghilangkan diri.
Aku terkebil-kebil.
Apa maksud dia dengan 'seimbang'?
****
TAMAT JILID 1
![](https://img.wattpad.com/cover/304594632-288-k212047.jpg)
YOU ARE READING
MAKHLUK 01
AventuraBersama-sama dengan Bro, Raz memulakan misi pertamanya iaitu dengan menangkap Pontianak yang cuba menyerang mereka. Namun Pontianak tersebut melakukan perkara demikian bukan atas kehendaknya. Jadi, apa yang berlaku sebenarnya? [Jilid 1 merangkumi Be...