#12

7 2 0
                                        


AMIR

Empat tahun lepas

"Weh kau OK tak?! Kejap! Biar aku belasah diorang balik!" kata Izzudin. Aku terus tarik tangan dia. "Tak payah. Nanti kau sekali yang kena," kata aku.

"Habis tu, nak biarkan je?!" gerutu dia. Aku faham apa yang dia rasa sekarang ni memandangkan hanya dia seorang sahaja kawan yang aku ada. Aku tak nak menyusahkan dia.

"Hmm!" Dia tak puas hati. "Kalau camtu aku report kat cikgu!"

"Tak ada gunanya pun." Aku tarik tangan dia lagi. "Cikgu pun nanti backup diorang sebab diorang budak pandai. Bukan macam aku."

Izzudin mengeluh kasar. "Mak ayah kau?"

Aku membalas dengan jelingan.

Dia perasan riak wajah aku dah berubah. "Sorry, Mir. Aku terlepas..."

Aku mengeluh, menahan geram. "Tak. Takpe. Aku faham."

"So, apa kau nak buat sekarang?"

Aku melihat baju sekolah yang sudah sedikit kotor dan terkoyak. "Perlukan masa berseorangan. Macam biasa," kata aku kemudian terus beredar meninggalkannya. Dia sudah biasa dengan sikap aku. Jadi dia faham.

Apa salah aku? Aku tak buat apa-apa pun! Tiba-tiba sahaja nak bertumbuk! Sebab aku bodoh? Sebab tu je?! ARGH!!!

Dunia ni memang tak adil!!!

****

"Kenapa dengan kamu ni?! Pergi sekolah nak belajar ke membuli?!" marah ibu sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah.

"Tapi ibu, Amir-"

"Kenapa ni, Mah?" suara ayah muncul.

Habis.

"Tengok anak kita ni, bang. Pergi sekolah bukan nak belajar, tapi pukul anak orang!"

"HAH?! KAU PUKUL ANAK ORANG LAGI?!" ayah mula naik angin.

Dia terus melibaskan rotannya kepada aku secara rambang. Aku pun tak tau sejak bila rotan tu ada pada dia. Macam dia tidur sekali dengan rotan tu.

"SAMPAI BILA KAU NAK MACAM NI?! AKU CARI DUIT UNTUK KAU BELAJAR DAN KAU BALAS KAT AKU MACAM NI?!"

Aku hanya diam dan menahan segala rasa sakit. Tak berani nak melawan walaupun semua itu fitnah.

"DAH! MASUK BILIK!" tengking ayah setelah puas membantai aku. Aku terus berjalan ke bilik.

"Kan bagus kalau kamu macam adik kamu," mengeluh ibu.

Aku rasa nak meletup. Tapi tahan sahaja.

PERBANDINGAN!!!

Aku paling benci perbandingan! Apa je yang mereka tahu?! Tahu nak fitnah aku sahaja! Tak cari punca! Lepastu terus buat conclusion!

Sial!

Mereka tak tau aku yang kena buli! Cikgu-cikgu pun lindung pembuli-pembuli acah malaikat tu! ARGHHH!!!

SEMUA MEMANG SIAL!!!

"Abang... OK?" soal adik aku dari celah pintu biliknya. Lamunan aku terhenti. "Abang luka tu. Sini, adik tolong-"

"BLAH LAH!" Aku masuk bilik dan menghempas pintu.

Menyampah tengok muka dia!

****

Bila aku bangun tidur sahaja, aku mendapati semua luka aku sudah dirawat. Mungkin kerja si Mira tu. Tanpa aku sedari, pintu bilik terkuak.

"Abang..." Muncul muka Mira di sebalik pintu.

"Apa?" balas aku, kasar. Masih tak puas hati fasal semalam.

"Ibu suruh kemas baju. Kita ikut ayah pergi outstation."

"Tak nak!" Aku tutup pintu bilik.

"Tapi nanti ayah..."

"TAK NAK!"

****

Dan sekarang aku di dalam kereta yang menuju entah ke mana. Terpaksa juga ikut sebab ibu tutup semua peralatan elektrik sepanjang kami tiada di rumah.

Keluarga aku ada empat orang termasuk aku. Aku benci mereka semua. Orang ketiga paling aku benci sekarang ni sedang duduk sebelah. Mira. Dia pandang aku.

"Apa kau nak?" soal aku, tanpa memandangnya.

"Abang janganlah marah lagi, OK?" Dia cuba mendekatkan dirinya kepada aku. Aku terus pusing menghadap dia. "Untuk pengetahuan kau, aku benci keluarga ni. Termasuk kau!" bisik aku.

"Abang..." Dia cuba menyentuh bahu aku.

"Pergi mampus!" Aku menepis tangannya dan menolak bahunya. Tangan dia tertolak ke belakang dan terlanggar pedal pembuka pintu yang tak berkunci. Pintu terbuka.

Kami terkejut.

Dia tertarik keluar.

"ABANG!" jerit Mira.

Aku cuba mencapai tangannya, tetapi tidak sempat. Ibu dan ayah terkejut dengan apa yang terjadi. Kereta terus hilang kawalan.

SKREECH!

"MIRAAAAAAA!!!"

BANG!!!

****

Bunyi bising membuatkan aku terbangun. Aku melihat sekeliling yang agak sesak.

"Ah!"

Aku terus bangun bila sudah teringat yang aku kemalangan. Aku terus serbu nurse yang berhampiran. "Nurse! Mana keluarga saya?!"

Nurse itu terkejut melihat aku yang masih dipenuhi darah.

"NURSE!"

Akhirnya dia tunjukkan satu arah. Aku terus berlari ke sana. Rasa sakit semua diabaikan. Yang penting ialah keluarga aku!

Bila dah sampai, aku nampak jasad meraka ditutupi oleh kain biru. Aku terus menyelak kain tu.

TAK...

TAK!

TAK MUNGKIN!

Aku nampak mayat Mira yang tebelah dua badannya. Bahagian mata kanannya pula dipenuhi darah. Bahagian bawah badannya hancur. Aku tutup muka dengan kedua-dua belah tangan.

"HUUAAARGHHHH!!!!"

Aku meraung dan menangis sepuas hati. Tak kisah dengan orang di sekeliling.

Lagipun semua ni salah aku!

Kalaulah aku...

Tak. Semuanya dah terlambat.

HUUUUAAARRRRGGGGHHHHH!!!

IBU! AYAH! MAAFKAN AMIR!!

MIRA! MAAFKAN ABANG!!!

Maafkan abang...

****

****

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
MAKHLUK 01Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang