#13

9 1 0
                                        


RAZ

Aku melihat Amir yang sedang menangis. Ceritanya membuatkan aku rasa macam situasi itu terjadi kepada aku. Aku baru sahaja nak menjamah sikit roti bakar, tapi tengok keadaan dia macam ni... aku batalkan niat.

Aku bangun dan mengusap belakang badannya. Acah support gitu.

"Aku... bunuh keluarga aku..." kata Amir, tersedu-sedan. "Adakah aku... dimaafkan...? Kalaulah aku tak ego..." keluhnya dalam tangisan.

Aku tengok Mira. Dia hanya menunduk. Kemudian dia memandang aku dan mengangguk kecil dengan senyuman nipis. Aku tengok Amir semula.

"Abang Amir, cuba tengok depan."

Dia memakai speknya dan tengok hadapan. Riak wajahnya berubah. Dengan tergesa-gesa dia bangun dan terus memeluk Mira tanpa sedar yang sekarang dia bukan lagi berada di ruang tamu, tapi di sebuah padang rumput yang luas.

Pada masa yang sama, aku dapat rasakan Bro menyandarkan lengannya pada bahu aku. Mentang-mentanglah aku pendek.

"Nampak bahagia, kan?"

Bro tak balas. Seketika kemudian aku terdengar bunyi hembusan hingus. Aku melihat dia. "Kau menangis?!"

"Yelah..." Dia sedut hingus. "Gila tak nangis. Tragis kot..." Dia sedut hingus lagi. "Kau tak sedih ke?"

Aku ketawa melihat gelagatnya. "Aku ni kan jenis tak kisah. Lupa ke?"

"Kau memang. Dasar manusia ta-"

Bro ada kata sesuatu tetapi aku tak dengar sebab aku tengah fokus pada perbualan antara Amir dan Mira. Sejujurnya, aku tak nak dengar Bro memaki aku. Itu sahaja.

****

"Mira... abang mintak maaf..." kata Amir dengan penuh kesal.

Mira pula hanya membelai lembut rambut abangnya. "Mira dah lama maafkan abang."

Pada masa yang sama, angin tiba-tiba bertiup kuat dan meniup rambut serta jubah putih Mira. Bro terus berhenti menangis sebab terkejut. Aku pun sama. Kami berdua sama-sama ternganga.

Soket mata kanan dia kosong dan bahagian bawah badannya... tiada.

"Mira! Mata Mira!" terkejut Amir.

Mira terus menutup mata kanannya. "Abang jangan risaulah," katanya sambil senyum.

"Tapi Mira..."

"Abang, Mira OK je. Parut lama."

"Abang minta maaf. Kalau bukan sebab abang..."

"Abang, kita lupakan fasal tu OK? Mira ke sini bukan nak bersedih-sedih."

Amir mula senyum.

Tiba-tiba Bro menepuk belakang aku. "Hoi. Dah-dah la tu dengar perbualan orang. Tak elok."

"Kenapa? Jeles?"

"Apa hal aku nak jeles ?"

"Ke kau merajuk sebab aku tak layan kau?"

Bro menyilang tangan di dada. "Buat apa aku nak merajuk dengan orang macam kau.."

Aku ketawa. "Tau pun."

"By the way, bila nak balik? Aku nak makan roti bakar tadi," merungut dia.

"Kau ni sabarlah kejap. Aku pun sama macam kau." Aku memandang Amir dan Mira. "Kita tunggu diorang selesai..."

Kemudian, aku nampak Mira semakin hilang dan mereka berdua sedang berpelukan.

"OK. Aku bagi chance pelukan terakhir," kata Bro.

Aku perasan Mira memandang aku. Mulutnya megucap sesuatu.

"Terima kasih."

Kemudian dia menghilang.

****

Setelah kami kembali ke ruang tamu, Amir datang mendekati aku. "Mira cakap terima kasih."

"Yup. Sama-sama," balas aku walaupun aku dah tau.

"Abang jugak nak cakap terima kasih sebab tanpa Raz, abang mungkin tak dapat jumpa Mira. Rasa beban bersalah abang dah berkurang sekarang ni. Terima kasih!" .

"No prob."

Aku nak tanya 'Dengan mak ayah tak rasa bersalah ke?', tapi tu cari fasal namanya. Mungkin lain kali aku tanya.

Sekarang aku baru perasan yang pandangan Amir sudah teralih. Mata dia lebih fokus memandang belakang aku. "Err... abang tak pastilah Raz. Ni imaginasi abang je ke atau...?"

"Hmm?" Aku toleh ke belakang.

Damn.

"BRO!" Aku ketuk kepala dia. Dia sedang makan roti bakar di belakang aku!

"Whoa! Relaks Raz. Aku ada save satu lagi untuk kau!" Dia hulurkan lagi sekeping roti bakar. "Bukan fasal nilah!" Aku ambil roti bakar tu dan memakannya. "Apapun thanks... Mmghmghmmm... Sedaplah! Eh! Tapi ni bukan masalahnya!"

"Habis tuuuuuuuuooooooooohhhhhhh...." Dia baru sedar dirinya diperhatikan oleh Amir. "Haiii," sapa Bro sambil melambaikan tangannya. Amir yang tadi terkejut terus ketawa. Aku dan Bro saling berpandangan.

"Korang ni macam adik beradiklah! Walaupun sorang tuan dan sorang lagi saka," kata Amir dan ketawa lagi.

Dia dah salah faham. "Eh, kejap bang! Dia bukan-"

Amir terus menepuk bahu aku. "Takpe Raz, abang faham. Housemate abang pun ada bela juga tapi takdelah semesra ni. Abang suka dia ni. Apa nama dia?"

Bro hanya tersengih sebab dipuji. Aku pula hanya layankan sahaja Amir ni. "Nama dia Bro."

"Wow. Style!" puji Amir. "Bro! Tepuk Brothers!" Amir mula mengangkat tangan kanannya.

Tepuk apa...?

Aku tak tahu tepuk jenis apa ni tapi diorang dapat melakukannya dengan sempurna sekali.

"Perfect, Bro!" kata Amir.

"Hahaha perfect!" kata Bro.

"Mesti best ada saka macam dia ni kan, Raz?" Amir tanya aku.

Aku memusingkan mata, memandang Bro, "Bolehla..."

Bro hanya bagi pandangan 'apa maksud kau' kepada aku.

Aku terus memandang Amir semula. "By the way abang Amir, tolong rahsiakan fasal Bro ni, boleh?"

"Boleh jeee," balasnya.

"Thanks!"

****

MAKHLUK 01Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang