Setelah sehari suntuk menghabiskan masa membuat semula Buku Raksasa, akhirnya aku dapat berehat. Itu pun sebenarnya tak semua data raksasa aku boleh salin. Apabila aku salin maklumat fasal raksasa-raksasa yang terlepas, page mereka akan menjadi kosong semula. Jadi, aku hanya transfer page mereka dari telefon Naga ke telefonku.
"Mungkin sebab raksasa-raksasa tu takde dalam buku tu. Jadi information fasal diorang dianggap tak sah," kata Bro.
Boleh pula macam tu.
Tapi logik juga cakap Bro, raksasa-raksasa tu tak ada dalam buku ini. Jadi mereka tak ada hubungan dengan buku ni. Maka, maklumat mereka ditolak mentah-mentah.
Aku menguap. "Bro, kau dah tidur ke?"
Bro tak balas. Dah tidur la tu.
Sekarang kami berkongsi badan tapi dia tak boleh kawal badan aku tanpa kebenaran aku. Perkara ni berlaku sebab peristiwa masa dalam tandas semalam. Aku tidak faham apa kaitannya tetapi malas mahu memikirkannya.
Aku menguap lagi. Kali ni aku tertoleh ke arah pintu.
"OHHHPPPP!!!" jerit aku sambil tengah menguap.
Aku hampir jatuh dari kerusi. Tiba-tiba ada seekor kucing hitam di hadapan pintu. Dia sedang memandang aku.
"Meow."
Aku merenung kucing tu. Macam biasa nampak tapi tak ingat pernah jumpa di mana. Aku malas nak fikir sebab dah mengantuk gila. Sebelum menuju ke katil, aku mengusap kepala kucing itu dulu.
Apabila aku hendak terlelap, aku perasan kucing itu baring di sebelah aku. Aku biarkan sahaja sebab kucing je kot, bukan hantu.
****
Pagi ini aku bangun dengan muka mencium lantai sebab raksasa hitam tak guna tu tarik aku sampai aku jatuh katil.
"Hoi! Kejut elok-elok tak boleh ke?! Sakitlah!"
"Kau tulah tak reti nak bangun awal! Dasar parasit!" lawan Bro.
"Parasit?! Kau tu ya-"
"AAAHHHH!!!"
Kami berhenti bertekak.
Itu jeritan ibu! Aku segera ke jeritan itu. Bro pula terus masuk ke dalam badan.
"Ibu! Kenapa?!" jeritku sebaik sahaja tiba di dapur.
Ibu menoleh ke arahku. Tiba-tiba ibu tersenyum lebar. Dah kenapa ni?
"Ha!" sergah ibu. Aku terkejut. "Pancingan ibu menjadi! Raz tolong ibu boleh?"
Dah agak dah.
Aku sangkakan ada benda buruk terjadi tetapi rupa-rupanya ibu sengaja nak pancing aku dengan Haz. Dan akulah mangsanya. Seperti selalu. "Hmm... tolong apa?"
Ibu bagi senarai barang dan duit not merah lima keping. "Macam biasa. Kalau lambat breakfast pun lambat."
Aku ambil senarai dan duit itu. "Hmm, OK." Kemudian aku keluar ikut pintu belakang.
****
Belakang rumah aku ini hutan. Aku dah biasa dengan selok-belok dalam hutan ini. Maka, aku jadikan ia sebagai shortcut kalau nak pergi mana-mana, termasuk sekolah. Selepas lima minit, aku dah sampai kedai.
"Haaa, Raz. Awal kau harini?" sapa Pak Usop, sang pemilik kedai.
"Hai Pak Usop. Hmmm. Awal pun sebab tak cukup barang nak buat breakfast. Ni dah alang-alang terus beli untuk tengah hari sekali." Selalunya aku datang tengah hari.
YOU ARE READING
MAKHLUK 01
مغامرةBersama-sama dengan Bro, Raz memulakan misi pertamanya iaitu dengan menangkap Pontianak yang cuba menyerang mereka. Namun Pontianak tersebut melakukan perkara demikian bukan atas kehendaknya. Jadi, apa yang berlaku sebenarnya? [Jilid 1 merangkumi Be...