#10

7 1 0
                                        


Dengan adanya teknologi, aku dapat mengenalpasti identiti abang dia dengan mudah. Itu pun Bro tolong. Kalau tak, sampai bila-bila tidak akan jumpa.

Nama abang dia ialah Amir. Pelajar universiti, bujang, no crush atau ex dan pandai. Pandai gila. Tahun ni tahun terakhir dia belajar. GPA tahun sebelum-sebelumnya pun gempak gila.

4 flat sahaja sejak semester pertama dalam bidang... tu aku lupa.

"Mechanical engineering," kata Bro.

Yup, tu bidang dia. Terima kasih, Bro.

Selepas sahaja ibu pergi kerja, kami bertiga terus bergerak ke rumah Amir. Rumah dia tak adalah jauh sangat pun. Di dalam kawasan perumahan aku juga. Jadi, cara paling pantas untuk ke sana adalah melalui hutan belakang rumah.

"Mana Mira?"

"Tu." Bro menjuih bibir ke atas.

Aku mendongak. Whoa! Mira terbang!

"Mira!" aku jerit memanggil dia. "Follow aku, OK?"

Dia balas dengan isyarat good.
Kalau tak nak follow aku pun, sekurang-kurangnya followlah IG atau Twitter aku. Tiibeeehh.

"Pfftt!!" Bro tiba-tiba tersembur. Lawak hambar aku menjadi ke? Nak gelak, gelak jelah!

"Bro, kau tak boleh terbang ke?"

Selama ni aku cuma nampak dia melekat pada badan aku sahaja. Jadi, aku tak pernah nampak bahagian pinggang dan ke bawah badan dia. Cuma nampak bahagian atas sahaja.

"Aku boleh terbang." Tiba-tiba dia memeluk aku. "Tapi kau kena ikut sekali lah."

"Eh, eh, eh! K-kejap Bro! Aku ga-"

Dia mula terbang.

"-yat." Kepala aku mula rasa pening. Tangan aku merayap-rayap ke muka Bro kerana gelabah. Aku juga mula menjerit-jerit macam budak kecil. "Woi! Woi! Relaks!" kata Bro seraya mencapai tangan aku sebelum memasuki mulutnya. Tangan aku dialihkan ke bawah. "Raz, relakssss."

Bro cuba menenagkan aku namun tak berjaya. Tapi perasaan gelabah mula hilang sedikit demi sedikit apabila aku semakin naik ke atas. Rasa gelabah pun dah bertukar menjadi... syok.

"Aku tahu kau gayat. So, ni je cara nak atasi masalah kau tu. Best, kan?"

Aku pandang bawah. "Best."

Bro terbang di sisi Mira. Kami bertiga tak terbang tinggi sangat, hanya betul-betul di bawah dedaun pokok hutan ni.

"Hai Mira," aku sapa dia. "Kenapa semalam kau nak bunuh aku?"

Mira pandang aku pelik. "Sebab awak cakap saya-"

"Bukan, sebelum aku cakap tu."

Mira terdiam. "Sebenarnya, sejak beberapa hari ni... saya rasa macam saya dikawal."

"Dikawal?" kata Bro.

"Ya. Tapi saya tak tahu siapa yang kawal. Benda ni berlaku selepas saya terkeluar dari buku hitam awak." Aku dan Bro saling berpandangan. "Semasa saya dikawal, saya terdengar satu suara membisik untuk bunuh awak. Tapi lepas awak cakap saya buruk semalam, saya kembali sedar."

"Sekarang kau masih rasa kena kawal lagi ke?" soal Bro.

"Tak. Sekarang ni saya OK. Tapi mungkin selepas ni ya." Riak mukanya berubah risau. "Jadi Raz." Dia memandang aku. "Kalau saya dikawal lagi, awak bunuhlah saya."

Aku terkedu. "B-Bunuh?!"

Tiba-tiba Bro berhenti. Aku tengok hadapan. Kami sudah sampai ke penghujung hutan yang akan masuk ke kawasan pembinaan.

****

"Bro, apa maksud Mira tadi? Bunuh?" aku telepati Bro yang berada dalam badan.

Bro hanya diam.

"Jawablah!"

"Aku nak bagitau kau fasal benda ni dulu, tapi aku takut kau tak boleh terima sebab kau terlalu baik."

"Apa? Membunuh?"

"Ya. Kita kena bunuh mereka yang terlepas. Tu je cara nak masukkan diorang balik ke Alam Makhluk."

"Alam Makhluk?"

"Alam tempat diorang tinggal."

"Tak ada cara lain ke?" Aku masuk balik ke topik asal.

"Ada. Macam Mira buat, offer diri nak masuk ke dalam Buku Raksasa. Tapi aku tak rasa diorang nak senang-senang je offer diri bila dah dapat kebebasan."

Aku terdiam. Bro betul. Sekarang ni aku dah mula rasa gementar. Bunuh? Gila! Aku tengok tangan aku yang sudah menggigil.

Jadi, ini ke perasaan selama ini yang atuk rasa? Tapi macam mana atuk boleh nampak tenang? Selepas dah...membunuh?

Tiba-tiba Bro keluar dan menepuk kedua-dua belakang tapak tangan aku dengan kedua-dua tangannya. Aku berhenti mengelamun. Aku teru memandang dia. Kami bertentang mata agak lama sebelum dia masuk semula ke dalam badan. "Raz, bertenang. Aku dapat rasa tekanan dari dalam badan kau," katanya.

"Sorry, Bro... Aku terkejut. Macam mana atuk boleh hadap semua ni?"

"Kalau kau nak tau, Im akan menangis lepas dia bunuh satu makhluk."

"Menangis?"

"Dia macam kau, tak nak bunuh sesiapa. Jadi dia lepaskan perasaan tu dengan menangis. Dia tahu, dia kena buat benda ni juga untuk elakkan berlakunya gangguan ekosistem antara dua alam yang berbeza. Kalau dia tak buat, kemungkinan besar boleh berlaku konflik antara alam kita."

Aku terkedu. Sampai macam tu sekali kesannya?

"So, apa keputsan kau?" sambung Bro. "By the way saja nak ingatkan, kau dah berjanji dengan Im."

Janji tu! Argh! Kenapalah aku berjanji?!

"OK. Aku akan bunuh diorang, jika perlu." Tiada pilihan lain dah sebab aku dah berjanji dengan atuk. "So, macam mana nak bunuh diorang?"

"Macam atuk kau, dia guna pistol yang ada puluru khas. Atuk kau buat sendiri peluru-pelurunya."

Aku tersembur. "Pistol?!" Aku terbayangkan atuk dengan pistolnya. "Style!"

"Orang sebelumnya guna sabit," sambung Bro lagi. Aku terbayang Grim Reaper. "Senang cerita, semua tuan-tuan aku ada senjata tersendiri. So, kau nak guna senjata apa?"

"Aku? Jap. Hmm... tapi aku bawah umur."

"Lastik boleh."

"Hmm... boleh tahan. Nantilah aku fikir."

Tanpa kami sedar, kami dah nak sampai. Hanya beberapa langkah sahaja lagi...

...Sikit lagi...

...OOOOOOOKKKKKKKKKK...

"Sampai!" jerit aku.

****

MAKHLUK 01Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang