#11

6 0 0
                                        


"Aku jerit kuat sangat ke tadi?"

"Yup. Sampai budak kat hujung sana pun dengar," balas Bro.

Aku tengok budak yang dimaksudkan Bro. Jarak aku dengan dia lebih kurang lima buah rumah dan dia sedang memandang aku dengan pelik. Mulut dia mengomel sesuatu. Aku dapat mendengarnya dengan jelas walapun jauh.

"Dah gila kot," kata dia sebelum lesap.

"Wooow. Setepek," kata Bro.

Tak guna.

Aku abaikan dia dan pandang rumah di hadapan.

"Ni ke rumahnya?" soal Mira yang tiba-tiba muncul dari belakang.

Aku hampir menjerit tapi sempat menahannya daripada tersembur keluar. "Mira! Terkejut aku. Lain kali bagilah isyarat."

"Sorry. Hehe," tersengih Mira.

Aku menekan loceng rumah. Lepas beberapa minit tunggu, keluar seorang lelaki berspek. Macam Mira cakap, dia hensem.

Dia berjalan mendekati pintu pagar. "Ya dik, cari siapa?"

"Abang Amir ada tak?" soalku walaupun dah tahu yang dia tu la Amir.

"Saya Amir. Kenapa?"

Aku memandang Mira sebelum memandang Amir semula. "Saya nak cakap fasal Mira."

****

Amir menghidangkan aku air sirap dan dua keping roti bakar yang disapu mentega dan kaya. Sedap menu ni. Ikutkan hati aku, nak sahaja membahamnya tetapi demi nak tunjukkan betapa beradabnya aku ni, aku minum sikit air sirap.

"Jadi... abang tinggal sorang je ke?" soal aku, setelah minum.

"Tak. Abang tinggal dengan kawan-kawan tapi diorang balik kampung," balas Amir dengan seyuman.

 Abang tinggal dengan kawan-kawan tapi diorang balik kampung," balas Amir dengan seyuman

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Abang tak balik sekali?"

"Tak. Abang sebatang kara je Raz."

Oh damn. Aku terus terdiam. Sedih tapi dia masih jawab dengan senyuman. Dia nak elakkan aku tak rasa bersalah sebab bertanya soalan tu tetapi taktiknya tak menjadi. "Maaf bang. Saya tak tahu..."

"Takpe, takpe. Dah biasa dah..." balasnya dengan senyuman lagi. "Tadi Raz cakap nak cakap fasal Mira. Kenapa dengan adik saya?" Dia terus menukar topik.

"Oh, ya. Saya bermimpi fasal dia," tipu aku. "Dia cakap dia nak jumpa abang. So saya datang sini nak tunaikan permintaan dia."

Riak wajah Amir bertukar terkejut dan kemudiannya gembira.

"Tapi sebelum tu, boleh saya nak tahu apa dah jadi pada Mira sebenarnya?" Bila aku tanya soalan tu, senyuman dia terus pudar. Rasa bersalah datang lagi. "Kalau abang tak nak bagitau takpe... saya..."

"Tak, abang bagitau," pintas Amir. "Semuanya berlaku empat tahun lepas..."

****

MAKHLUK 01Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang