#7

4 1 0
                                    


Ibu terus sahaja arahkan aku untuk menyiang ikan selepas aku masuk ke dapur. Aku pandang sekeliling. "Haz mana?"

"Mandi." Ibu tunjuk pintu tandas di sebelah kanan.

"Harini dia ada kelas ke?"

"Tak ada sebab cikgunya sakit."

"Oh." Aku ambil pisau tapi belum sempat aku sentuh pisau tu, tiba-tiba ia bergerak sendiri. Aku kaku sekejap. Pagi-pagi pun ada hantu ke?

Pisau itu tiba-tiba mengacu dan terbang ke muka aku. Aku sempat elak tapi tercalar sikit di pipi. "Bro, apa tadi tu?" telepatiku.

"Hati-hati. Maybe seekor daripada makhluk Buku Raksasa yang buat," pesan Bro.

"Siapa?" Aku ambil semula pisau yang jatuh. Apabila aku nak ambil pisau tu, ada satu tangan putih pucat sudah menyentuhnya dahulu. Aku tengok pemilik tangan tu.

Pemiliknya cantik. Sumpah cantik gila. Dengan rambut hitam panjangnya mengerbang ke kanan seolah-olah ada angin yang meniup serta matanya yang bulat membuatkan dia kelihatan jelita. Perempuan itu senyum kepadaku.

"Raz! Hati-hati!" jerit Bro secara telepati.

Aku tersedar daripada lamunan. Perempuan tadi mula senyum buruk dan mencampak pisau ke muka. Aku tak sempat mengelak.

TSUK!

Tangan Bro keluar dari badan dan mencapai pisau tu. Jantungku berdegup kencang. Mata pisau itu berada tepat di hadapan mata aku. Kalau Bro terlambat sesaat, mungkin aku dah buta sebelah atau tembus ke dalam otak. Perempuan tadi terkejut dan terus menghilang.

"Thanks, Bro

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Thanks, Bro."

"Alert. Dia masih lagi ada kat sini. Kau pun dapat detect kan?"

Angguk. "Siapa perempuan tu?"

"Pontianak."

"Tu pontianak? Comel gila! Aku selalu ingat pontianak buruk."

Bro terkejut. "Hoi! Shh! Cakap slow sikit! Nanti dia de-"

"APA?! AWAK CAKAP SAYA BURUK?!"

Tiba-tiba pontianak tadi muncul di belakangku. Aku terus melihatnya yang tengah marah tu. Marah tapi comel.

"Eh, mana ada! Kau comel!"

Pontianak tadi sudah bersedia nak baling pisau tetapi dia berhenti apabila aku memujinya. "Betul ke saya comel?"

"Betul," kataku dengan suara yang perlahan sebab nak elak ibu dengar yang aku tengah cakap dengan hantu.

Pontianak tadi senyum girang. "Thanks!"

Lega aku tengok reaksi dia tapi tiba-tiba dia angkat pisau tadi. "Tapi saya masih tak puas hati dengan awak!" Dia baling lagi pisau tu ke mukaku.

Apa masalah dia ni?! Aku puji kot!

MAKHLUK 01Where stories live. Discover now