BAB 1 🦋

214 13 7
                                    

   Sebuah majlis sedang berlangsung di dalam istana yang megah dan indah itu .

Tiba-tiba seorang puteri yang comel lagi molek masuk dengan pakaiannya yang cantik berkilau membuatkan semua orang memandangnya , tambahan pula puteri itu memakai tudung di kepalanya membuatkannya lagi bertambah istemewa kerana lain dari puteri puteri yang berada di situ .

Sang puteri berjalan "cat walk" di karpet merah itu sambil melambai lambai diva , dia tahu dia sedang menjadi pusat perhatian semua orang di situ , sedang berjalan dengan elegent nya , tiba tiba ...

"KEDEBUK"

"Aduhhh !!! Sakitnya ! Halah baru ja nk berangan jadi puteri kayangan tadi ! " rungut Amira , sambil mengusap - ngusap belakang nya yang sakit akibat jatuh tergolek dari katil .

"ACHIKK !! BUNYI APA TAU ?!" tanya Puan Rafidah . Tadi semasa dia sedang mengaji di biliknya , terkejutnya dibuat apabila tiba tiba sahaja dia terdengar bunyi dari bilik anak perempuan nya itu .

"HEHEHEH , tak de apa la ibu , tu ha kucing kat luar tu la duk bergaduh ," bohong Amira , yelah takkan la nak cerita kat ibu yang aku ni mimpi jadi puteri raja sampaikan bergolek jatuh katil .

"Ish , kamu ni , sudah pergi mandi cepat lepastu siap siap pergi sekolah ." pesan Puan Rafidah .

Sedangkan dia tahu yang anaknya itu jatuh dari katil , haih biasalah anak perempuan nya yang seorang ni sejenis yang kasar , namun masih berpakaian menutup aurat , "Alhamdulillah," Puan Rafidah mengucap syukur kerana anak nya masih dijalan yang benar .

(Di sekolah)

"HOI !!! "

"MAKCIK KAU SENAH ! " teperajat Eryna apabila desergah sebegitu rupa oleh Amira .

"Kau memang tak reti bagi salam eh , budaya mana la yang kau ambik ni Mira oiii ," perli Eryna

"HEHHEHE sorry , Assalamualaikum wahai sahabat ku yang cantik lagi cun melecun ni . Kau buat apa tu ? " tanya Amira apabila melihat buku yang bersepah di atas meja Eryna itu .

"Waalaikumussalam , ni ha kau mesti lupa kan kerja sains la mak cik !"

"HAAA ?!! SEJAK BILA KEJADIAN WEI ADA KERJA SAINS NII ?!! KAU JANGAN LA BUAT MAIN WEI DENGAN SUBJEK SAINS ! DAH LA MADAM AZNA TU GARANG !!"

Tanya Amira gelabah , terpapar riak wajah risaunya  . Di dalam kepalanya memang sudah terbayangkan muka Madam Azna yang garang itu . Perh ! Memang naik meremang bulu roma beb !

Eryna sudah menutup telinga nya apabila mendengar suara Amira yang kuat tu , minah ni memang suara tu tak boleh nak slowkan , waktu kecik mesti mak dia menghidam nak makan microphone ni , rungut Eryna di dalam hati .

"Ni ha nota ni , baik kau pergi buat cepat !" arah Eryna sambil menyerahkan nota nya yang sudah siap itu kepada Amira  . Huluran itu disambut oleh Amira , segera dia memeriksa nota tersebut.

"Oh , sikit ja wei , waduh wat suspen jelah kau ni , by the way thanks caiyang ," ucap Amira sambil membuat gaya flying kiss kepada Eryna.

"Aku straight oi ! Kalau nk berpelangi pergi buat dengan Shu ."

"Ha wei , Shu mana ? Tak datang lagi ka minah tu ?" tanya Amira sambil mencari kelibat Shufiyla . Saja ja buat buat cari sedangkan sah lagi bersuluh menggunakan sportlight , meja Shufiyla yang terletak hanya di belakang tempat duduknya itu kosong.

Tiba tiba , seorang gadis yang sedikit tembam tetapi masih comel berjalan mendekati  belakang Amira , dia sudah bersiap sedia dan ...

"PANG ! "

Habis meja itu dihadiahkan free kiss oleh Amira apabila belakang kepala nya ditampar kuat oleh gadis tembam itu .

"HAHHAHAHAHA , AMBEK KO ! NAK KISS SANGAT KAN , HA KISS LA MEJA TU !" Eryna berkata sambil gelak ketawa puas melihat Amira sebegitu rupa.

"MALAUN ! OI BONGGOK ! Kau ingat kepala aku ni takdak insuran ke ?!! " Amira melepaskan kemarahannya kepada gadis tembam itu .

"Ha ah memang tak de pun , sapa ja buat syarikat jual beli insuran kepala , kalau ada pun takda nya syarikat yang nak tanggung insuran kepala kau yang lembab ni , " balas Shufiyla , terkekek dia ketawa apabila melihat muka marah Amira . Eleh apa nk takut , dia tahu Amira sekadar marah manja gitu .

"Ngek ko ! Eh astaghfirullah , eish habis dah berkurang pahala aku pagi ni sebab marah kat kau tau tak ," segera Amira istighfar bagi meredakan perasaan marah nya , sedangkan dia tidak marah pun pada Shufiyla sebab dah memang perangai kawan nya yang sorang ni begini , suka main redah je .

"Sudah la korang berdua , dari gaduh ja ni , baik pergi buat kerja sains , nanti tak pasal pasal , buku korang belajar cara fly dengan Madam," tegur Eryna yang dari tadi melihat karenah dua kawan baiknya itu .

"What homeworks ? Since when , huh ?" tanya Shufiyla , minah ni kalau dah start speaking ni mesti mode serius , kata Amira di dalam hati .

"Ni ha , alah lek ah , sikit ja ni lagipun sains kan lepas rehat so nanti waktu rehat memang sempat siap punya ," Amira menujukkan nota itu kepada Shufiyla .

"Ha ah , sikit ja ni sempat punya ni ." balas Shufiyla bersetuju dengan Amira .

Dasar Amira memang jenis bad influncer punya kawan , kata Eryna di dalam hati.

"Ikut suka hati korang lah , tapi nanti kalau kena marah , jangan kata aq backstaber korang pulak !" marah Eryna apabila melihat perangai kawan kawan nya itu . Dah masak dengan perangai mereka yang suka ambik endah tak endah sahaja dengan pelajaran , sedangkan tahun ni mereka ada ujian penting iaitu SPM.

Amira dan Shufiyla hanya mengangguk .

(Rehat)

"Jom koperasi ," ajak Eryna tetapi ajakkan nya langsung tidak direspon oleh Amira dan Shufiyla . Mana taknya , mereka berdua sedang 'rushing' menyiapkan nota sains itu .

"HOI ! Aku ajak pergi makan ni !" Eryna menaikkan suara nya sedikit tinggi apabila dipalau begitu oleh Amira dan Shufiyla .

"Ha wei , sorry ah , ni nota ni banyak lagi wei , Kau kata sikit ja Eryn ! " rungut Amira apabila nota yang dikatakan "sikit" oleh Amira itu ternyata banyak !!

"Ha ah , memang la sikit  sebab banyak yang aku dah buat kat rumah ,"  balas Eryna selamba . HEHHEHE dia memang saja nak kenakan sahabat nya dua orang tu biar padan muka sikit , tu la suka sangat kan buat kerja last minute .

"ERYNAAA !!!! " jerit Amira dan Shufiyla serentak . Terasa benggang apabila dipermainkan oleh Eryna , eh tapi bukan salah Eryna jugak sebab pagi tadi pun Eryna sudah pesan suruh buat .

Eryna hanya berjalan keluar dari kelas menujuk ke koperasi untuk mengisi perutnya . Malas mahu melayan meraka , dari melayan mereka baik dia pergi melayan perutnya itu .

"Wei , dahla aku give up ! Aku lapar ni , jom ah pergi makan , Mira " ajak Shufiyla , perutnya yang kosong tidak boleh dibiarkan begitu saja .

"Tak pa la , kau pergi dulu , aku nak siap dah ni ," Amira menolak ajakkan Shufiyla , baginya menahan lapar begini hanya perkara kecil ,dia sudah terbiasa menahan lapar sewaktu dia di sekolah lamanya dahulu seblum dia berpindah ke sini sewaktu tingkatan 4 .

"Ha okey ah , aku pergi dulu tau ," Shufiyla pergi meninggalkan Amira , dia tahu tiada gunanya dia memujuk Amira , Amira tu kalau dah A jawapan nya maka A lah , tiada B tiada C .

Apabila ditinggalkan beseorangan begini ,Amira terimbas kembali kenangan pahitnya sewaktu di sekolah menengah lamanya dahulu .








BERSAMBUNG...

AMIRAWhere stories live. Discover now