Amira sedang berseronok melayan tiktok di telefon nya sehingga kan...
"TING !"
Bunyi notifikasi menandakan ada mesej masuk , Amira terus membuka mesej tersebut .
________________________________________
+6010 xxxx xxxx- Hai
________________________________________
Amira hairan apabila menerima mesej dari nombor yang tidak dikenali itu , jadi dia hanya membaca tanpa membalas mesej tersebut . Selepas itu dia mula menyambung melayan tiktok ."TING !"
Sekali lagi notifikasi menandakan ada mesej masuk , Amira terus membukanya .
________________________________________
+6010 xxxx xxxx- Hai
- Ni Firash ^_^
Oh , hai -
Ya , kenapa ? -
- Oh tak , saja nak ajak
korang bertiga datang
rumah aku , so boleh ?
Datang rumah kau?-For?-
- Buat kerja sains , kan
tempoh cikgu bagi 1 month ja
but keja tu banyak so lebih
baik buat awal , nanti x de la
kelam kabut , so you guys dtg ?
Yups , sure -
Nanti send location -
-Okay ^_^
________________________________________Datang rumah Firash ek ? Erm... Okay la tu , lagipun bukan berduaan , ada 6 orang lepastu Firash ada bertahu yang dia ada maid , so why not kan ? Amira berkata sendirian
Segera dia membuka group chat trio mereka untuk memberitahu tentang perkara ini
________________________________________
βestot ♥
Firash ajk dtg rmh dia esk-<Eryn
-WHATT ?! FOR ?!<Shu
-Ofkos la sbb keja sc , cik eryn !
aku on babe !
Yups , for keja sains -
So , Eryn ? -
<Eryn
-Yelah yelah
Ok , nnti aku send location-
________________________________________(rumah Firash)
"Assalamualaikumu !!" laung Amira , Eryna dan Shufiyla serentak . Gayanya sudah seperti ingin datang beraya saja .
Firash yang berada di taman bunga rumah nya itu mendengar akan salam tersebut , lalu pergi memeriksanya .
"Waalaikumussalam ! Ohh korang dah sampai , masuklah " jemput Firash ramah.
Hampir terlopong mulut mereka bertiga apabila melihat rumah milik Firash itu . Di halaman rumahnya mempunyai taman bunga yang cantik , kolam ikan , dan di belakang sekali ada kolam renang !!!
"Oi ! Apa yang tercegat tu ? Jom la masuk dalam ! " laungan Firash itu terus menyedarkan mereka bertiga yang dari tadi khusyuk melihat halaman rumah Firash itu .
"Ha okay okay !!! " jawab mereka serentak lalu berjalan masuk ke dalam rumah Firash .
Masuk sahaja mereka ke dalam rumah Firash , sekali lagi mulut mereka terlopong luas !
"HUYOOO !! Ni kalau dapat kat aku ni memang aku tak keluar rumah," Shufiyla berkata sambil berjalan ke sofa yang berada di tengah ruang tamu itu .
"Cantik rumah kau ," puji Eryna sambil memberikan senyuman ikhlas buat Firash .
YOU ARE READING
AMIRA
Teen FictionAmira Riana seorang gadis berusia 17 tahun . Dia sesorang gadis yang comel dan pelajar yang cemerlang . Disebabkan itu ramai pelajar yang iri dan dengki terhadapnya . Sehinggakan ada seorang pelajar yang membuli nya secara fizikal dan juga mental . ...