(Hospital)
"Amir ! Amira macam mana ? Dia okay tak ?" soal mereka semua yang baru sahaja tiba di situ .
"Alhamdulillah , Amira selamat . Doktor kata luka dekat kepala dia tak teruk sangat , cuma dia perlu berehat selama 2 minggu . Jom lah , masuk melawat Amira , " beritahu Amir sambil membawa mereka menuju ke wad Amira .
"Mira !! " jerit Eryna dan Shufiyla serentak apabila melihat Amira yang sedang baring itu . Amira melemparkan senyuman buat mereka berdua .
Segera mereka memeluk Amira . Shufiyla sudah menangis tanda bersyukur kerana kawanya itu selamat , begitu juga dengan Eryna .
"Mira , aku mintak maaf . Aku tahu aku dah sakitkan hati kau . Aku mintak maaf , Mira . Haritu aku tuang air dekat kau pun sebab aku nak dapatkan kepercayaan Afiqah supaya Afiqah cerita dekat aku perkara sebenar . Aku mintak maaf , Mira ! Aku salah ! Aku sayang kau , Mira ! " luah Eryna . Sungguh sewaktu dia mengambil keputusan untuk menuangkan air sirap ke kepala Mira , dia berasa sungguh bersalah . Tambahan pula , gadis itu masih menyebelahinya apabila dia ditolak kasar oleh Amir . Sungguh dia terharu dan bersyukur mempunyai sahabat seperti Amira .
"Hei , Eryna sayang... Sudah lah , aku tak pernah dendam dengan kau lah . Lagipun aku tahu kau mesti ada sebab kan buat macam tu . It's okay , dear ! " jawab Amira lembut sambil mengelap air mata Eryna menggunakan jari jemarinya .
Jawapan dan perbuatan Amira itu membuatkan nya bertambah terharu !! Lantas dia memeluk Amira . Shufiyla pun menyertai kedua kawan nya itu .
Para lelaki yang hanya melihat adengan itu haya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana telah mengembalikan sebuah persahabatan .
(4 bulan kemudian )
"Alhamdulillah ! Yeayyy !! Habis jugak exam paper SPM !! " Shufiyla berkata riang . Dia berasa lega kerana sudah menamatkan peperiksaan penting itu .
Amira dan Eryna hanya ketawa melihat gelagat kawan mereka yang sudah melompat lompat seperti kanak kanak ribena sahaja .
"Ladies !! Come here ! " jerit Zulfrin memanggil mereka bertiga .
Mereka bertiga pun segera menujuk ke arah ketiga tiga lelaki tersebut .
"Cana last paper ? Okay tak ? " soal Amir .
"Alhamdulillah , okay ! " balas mereka serentak .
"So korang dah cadang nak buat apa lepas ni ? " giliran Firash pula bertanya kepada mereka .
Lama mereka bertiga diam memikirkan jawapan , akhirnya Amira bersuara ,
"Aku ingat nak sambung cita cita jadi penulis novel la . In sha allah , kalau umur aku masih panjang ," Amira meluahkan hasrat hatinya yang memang ingin menjadi penulis itu .
"Eish , apa kau ni cakap macamtu ! Kita ni baru je tau habis SPM , muda lagi ," balas Amir . Dia tidak suka apabila Amira berkata begitu seperti tidak mahu hidup saja .
"Ajal tak kira tua atau muda tau , Mir ! Jadi kita kenalah bersiap sedia ," jawapan Amira itu membuatka mereka semua senyap .
Memang betul ajal tidak mengenal usia . Bila bila masa sahaja kita dapat dijemput Illahi . Tetapi persoalan nya , bersiap sedia kah kita ? Adakah nanti kita akan dimatikan dalam keadaan beriman ataupun dalam keadaan yang masih penuh dengan dosa ?
Firash yang perasan akan keadaan yang sedikit suram itu segera mengajak mereka datang ke rumah nya .
"Wei , jom lepak rumah aku hujung minggu ni ! Kita sambut hari 'kemerdekaan' ! "
"JOM !! " balas mereka berlima serentak .
(Hujung minggu)
"HHAHAHAHHA"
Rumah Firash itu dipenuhi oleh suara gelak ketawa mereka ber enam .
"Lepastu korang tahu tak yang si Shu ni pernah plan nak ngorat Firash !! Alasan dia sebab dia nak kikis harta Firash !! " beritahu Eryna , sungguh dia masih teringat akan peristiwa di mana Shufiyla memberitahu nya yang dia ingin mengambil hati Firash , selepas itu dia mahu mengikis harta Firash .
Mereka yang medengar cerita Eryna itu terkejut lalu ketawa . Terutama sekali Zulfrin !
"Oi bongok !! Melebih lebih pulak kau gelak ! " marah Shufiyla apabila melihat Zulfrin yang saja membuat gelak yang terlebih 'over' itu .
"Tak laa ! Lawak dho !! Ada ke kau nak tackle si Firash yang tak seberapa hensem ni ! Kalau kau nak try tackle aku tak pe lah jugak !! Aduhh dasar takde taste la kau !! " ujar Zulfrin saja mahu mengusik gadis itu .
Segera Shufiyla melemparkan bantal kusyen yang dipegangnya itu tepat ke muka Zulfrin .
"Oi !! Main kasar kau !! " berang Zulfrin .
Shufiyla hanya menjelirkan lidah kepadanya .
Zulfrin sudah bersiap sedia menarget kepala Shufiyla . Namun belum sempat dia mahu membaling bantal kusyen itu semula , kedengaran seperti orang memberi salam di luar rumah Firash .
"Assalamualaikum !!"
"Eh sapa tu ? Parents kau ke Firash ? " soal Eryna .
"Eh taklah , parents aku balik next week . Erm... Kejap aku pergi bukak pintu ," lalu Firash pun bangun untuk menyambut tetamu tidak diundang itu .
"Waalaikumussalam... Eh ?!! "
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
AMIRA
Teen FictionAmira Riana seorang gadis berusia 17 tahun . Dia sesorang gadis yang comel dan pelajar yang cemerlang . Disebabkan itu ramai pelajar yang iri dan dengki terhadapnya . Sehinggakan ada seorang pelajar yang membuli nya secara fizikal dan juga mental . ...