BAB 11 🦋

25 6 4
                                    

Pada hujung minggu ini , mereka semua sudah berpakat untuk menyambung kerja sains di rumah Firash .

(Rumah Firash)

"Assalamualaikum !!!" laung Amira dari luar rumah Firash .

"Walaikumussalam , masuklah ," pelawa Afiqah .

YA ! AFIQAH !!!

Apa dia buat dekat sini ? Kenapa dia ada sekali di rumah Firash ? Siapa yang menjemput dia ? Seribu satu soalan bermain di fikiran Amira .

Dia berdiri kaku di hadapan pagar rumah Firash yang sudah terbuka luas itu . Sungguh Amira tidak percaya yang dia akan berjumpa dengan Afiqah di sini .

"Amira , marila masuk ," pelawa Afiqah dengan lembut .

"Oh okay ," hanya itu sahaja yg keluar dari mulut Amira . Dia hairan kenapa Afiqah bersikap lemah lembut kepadanya ? Adakah Afiqah sudah berubah ?

"Hai , Mira !! Kau orang terakhir yang sampai ," beritahu Zulfrin kepada Amira .

"Sorry , tadi ada hal sikit ," Amira meminta maaf kerana dia sememang nya lewat . Dia mengambil tempat duduk di tengah antara Eryna dan Shufiyla.

"Kenapa Afiqah ada dekat sini ?" Amira menyoal kepada Eryna dan Shufiyla dalam keadaan berbisik .

"Tak tahu wei ! Tapi kalau dia buat hal memang aku janji , aku karate dia sampai patah setiap tulang dia !" balas Shufiyla berbisik sambil merenung tajam Afiqah .

Eryna hanya diam .

"Okay guys ! So macam yang Madam Azna inform sebelum ni , kita kena gabung kelas dengan 5 Mutiara and one group must have 7 members ,  so dengan rasminya ini ! Diucapkan 'WELCOME' kepada Amir Ashyry dan Afiqah Shakila !! " ucap Firash dengan nada gembira .

Namun hanya Zulfrin sahaja yang bertepuk tangan bersungguh sungguh tanda gembira dan menyambut dua ahli baru itu . Shufiyla hanya tepuk tangan ala kadar sahaja sambil merenung Afiqah tajam manakala Amira dan Eryna hanya mendiamkan diri .

"Erm...korang okay ?" Amir bertanya kepada tiga gadis itu selepas melihat reaksi mereka yang tidak berapa senang itu .

"Tak ! Kenapa kena minah langsuir ?! Korang tak tahu ke yang dia pernah..." belum sempat Shufiyla menghabiskan ayat nya , Amira terlebih dahulu menarik lengan Shufiyla tanda supaya tidak memberitahu perkara sebenar . Shufiyla akur dengan keputusan Amira , dia kembali senyap .

"Kenapa dengan Afiqah ? Dia buat apa dekat korang ?" tanya Zulfrin , pelik dengan tindakan Shufiyla yang tiba tiba sahaja senyap tidak menghabiskan ayatnya .

"Erm... Nothing just , kami bertiga sekarang tengah 'bendera jepun' jadi tak de mood" bohong Amira .

Amir , Firash dan Zulfrin hanya mengangguk tanda faham .

"Korang kalau nak rest pergi la bilik tetamu tu , dekat dalam tu korang boleh tidur . Kerja ni jangan risau , biar kitorang yang settlekan ," beritahu Firash . Dia risau melihat keadaan mereka bertiga yang senyap sahaja tidak seperti selalu .

Yang membuatkan Firash lebih risau ialah Eryna . Ya , perempuan itu hanya senyap sehaja dari tadi , tidak ada pun tanda tanda mahu berperang mulut dengan nya , tambahan pula muka Eryna nampak pucat tak bermaya .

"Boleh ke kami pergi berehat sekejap ?" Eryna akhirnya membuka mulut bertanya .

"Yes , sure ! Ikut aku ," arah Firash , risau sungguh dia akan kesihatan Eryna .

Eryna mengajak Amira dan Shafiyla tetapi mereka berdua menolak ajakan nya dengan alasan mahu menolong para lelaki di sini , sambil itu mereka ingin mencari tahu muslihat Afiqah .

AMIRAWhere stories live. Discover now