BAB 12 🦋

26 5 14
                                    

Pelahan - lahan Afiqah mendekati tubuh Eryna yang sedang enak diulit mimpi itu .

"Eryn...Eryn...bangun , ni aku ada bawak makanan ," gerak Afiqah lembut sambil menggoncangkan pelahan badan Eryna itu .

Eryna banggun terpinga pinga apabila ada seseorang mengerakkan nya . Eryna terkejut apbila melihat gerangan yang mengejutkan nya itu ialah Aqilah ! Yang lebih pelik lagi apabila Aqilah yang menghantarkan makanan kepadanya .

"Eh , kenapa kau yang hantar makanan dekat aku ?" soal Eryna kehairanan .

"Kalau tidak Firash yang hantarkan makanan ni dekat kau , tapi aku risau kalau kot kot la kau bukak tudung kan , so aku pun volunter la nak hantarkan makan dekat kau ," jelas Afiqah .

"Nah la makan , sup mushroom . Meh aku tolong supkan kau , kau bersandar ja dekat katil tu ,"  sekali lagi Afiqah mempelawa diriniya untuk menyuap Eryna .

Eryna yang masih tidak dapat memproses apa yang sedang berlaku itu hanya membiarkan dirinya disuap oleh Afiqah .

Setelah menghabiskan semangkuk sup mushroom itu , Eryna memberanikan diri nya untuk bertanya kepada Afiqah .

"Erm...Kau kenapa tiba tiba baik dengan aku ? Kau ada muslihat lain ke nak hancurkan hidup aku pulak ?!" tuduh Eryna . Mengingat kembali apa yang diceritakan oleh oleh Amira kepadanya , Afiqah lah yang membuli Amira sehingga Amira menukar sekolah .

"Astaghfirullah , kau ni Eryn sanggup kau tuduh aku macamtu . Kenapa korang benci sangat dekat aku ? Aku pun baru sahaja pindah ke sekolah korang . Aku rasa ni pun baru first time kita jumpa dan sembang kan ," beritahu Afiqah . Ya , memang betul ini kali pertama mereka berjumpa dan bersembang begini , sebelum ini Eryna dan Shufiya hanya mendengarkan cerita Amira sahaja tentang Afiqah ini .

"Mira ada cerita buruk pasal aku ke kat korang ? " soal Afiqah .

"Kau buli dia dulu kan , kalau tak korang berdua bestfriend tapi kau yang tiba tiba berubah , lepastu kau buli dia sampai kan dia tak tahan dah , sebabtu dia pindah sekolah waktu form 4 !!" luah Eryna , geram apabila Afiqah seperti pura pura tidak tahu tentang cerita ini .

"Astaghfirulah al azim..." Afiqah beristighfar , kemudian dia menggeleng kan kepalanya . Eryna yang melihat respone Afiqah itu hanya memandang pelik .

"Aku tak pernah buat macam tu ,Eryn . Memang dulu aku dengan Amira bestfriend , tapi bukan aku yang berubah . Amira yang berubah ," penjelasan Afiqah itu membuatkan Eryna terkejut . Dia masih tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh Afiqah .

Afiqah yang faham akan riak muka Eryna itu sambung menjelaskan nya .

" Amira pernah suka dekat sorang classmate kami , Adam . Tapi Adam tu suka aku . Lepas Amira tahu yang Adam takde pun sedikit perasaan dekat dia , terus dia berubah . Dia jauhkan diri dia dari aku . Aku pernah tanya dia kenapa tiba tiba berubah macam tu , Amira just cakap 'Semua sebab kau ! Aku benci kau ! Sebab kau Adam tak suka aku ! Sampai hati kau backstab aku ! ' waktu tu aku spechlees , aku tak tahu nak balas apa . Selepas kejadian tu , terus aku dengan Amira tak bertegur . Lepastu tahu tahu je dia dah tukar sekolah . Waktu aku dapat tahu dia tukar sekolah , sumpah aku sedih ," cerita Afiqah tersedu sedu menangis apabila mengingat kembali cerita itu .

Eryna terdiam , dia seperti ingin mempercayai cerita Afiqah kerana lihat dari tangisan Afiqah itu , memang benar perempuan itu sedang dalam kesedihan . Tetapi dia segera mengingatkan kembali  Amira , Amira merupakan sahabatnya . Jadi tidak mungkin Amira menipu .

Eryna di dalam dilema ingin mempercayai cerita Amira ataupun Afiqah . Akhir sekali , dia hanya menyuruh Afiqah keluar dari bilik itu . Dia mahu berehat sebentar . Dia perlukan masa untuk berfikir .

Afiqah hanya akur apabila Eryna menyuruhnya keluar . Dalam diam , Afiqah tersenyum puas . Dia tahu , dia sudah berjaya membuat Eryna berasa ragu dengan Amira .

Sikit je lagi ! HHAHAHAH  !! Kau tunggu , Amira ! Afiqah berkata di dalam hatinya .

(Sekolah)

"Assalamualaikum , wahai sahabatku Zahira Eryna !! " tegur Amira mesra kepada Eryna .

Namun teguran nya hanya dibiarkan sepi oleh Eryna . Amira berjalan ke meja Eryna .

"Oi ! Aku bagi salam tadi cik Eryna oi !! " Amira cuba menegur Eryna sekali lagi . Kali ini dia meletakkan lengan nya di bahu Eryna.

"Eish !! Rimas la !! " ucap Eryna kasar sekali gus menepis lengan Amira . Lalu dia bangun  dan meninggalkan Amira yang masih terpinga pinga itu .

Amira terkejut dengan balasan Eryna tadi . Dia hanya memerhatikan Eryna yang sudah berjalan keluar dari kelas itu .

"Oi , Mira ! Kenapa dengan Eryn tu ? " soal Shufiyla yang baru sahaja tiba itu . Shufiyla sempat melihat tindakan Eryna yang menepis kasar tangan Amira tadi .

"Erm...tak tahu la , maybe dia tengah kusut la tu," jawab Amira . Sejujurnya dia sendiri tidak tahu mengapa Eryna bersikap sebegitu .

(Rehat)

Eryna terus bangkit dan keluar dari kelas . Amira yang baru sahaja ingin mengajak Eryna keluar rehat bersama itu terpinga pinga buat kali ke dua .

"Kenapa dengan Eryn tu , Mira ? " soal Shufiyla . Sungguh hari ini Eryna bersikap pelik . Eryna seperti mengelak daripada mereka berdua .

"Entah la , erm... Tak pe lah . Jom pergi kantin  ," ajak Amira .

Firash dan Zulfrin yang sekelas dengan mereka hanya melihat apa yang terjadi pada mereka itu . Mereka hanya mampu menggeleng kepala . Mereka tidak mahu masuk campur dalam urusan persahabtan para gadis itu .

"Ehh !! Tu bukan ka Eryn , tapi kenapa dia duduk sebelah Afiqah ?! " kata Shufiyla sambil menunjuk kepada dua sosok yang sedang makan di salah satu meja kantin itu .

Amira melihat ke arah yang ditunjuk Shufiyla . Ya ! Memang itu Eryna dan Afiqah !! Tapi kenapa mereka seperti rapat saja , siap bertepuk tampar lagi . Sedangkan pagi tadi , Amira baru sahaja meletakkan lengannya di bahu Eryna tetapi sudah di tepis kasar oleh Eryna .

"Tak boleh jadi ni ! Aku kena tanya jugak diorang !" Shufiyla sudah bersiap sedia ingin menyerang mereka berdua . Panas hatinya melihat Eryna da Afiqah mesra sebegitu rupa .

Namun , Amira lebih cepat menahan Shufiyla . Dia menggenglengkan kepalanya . Dia mahu melihat apa rancangan Afiqah . Dia tahu ini semua sebahagian dari rancangan Afiqah .

Shufiyla beristighfar bagi meredakan perasaan marah nya itu . Setelah itu dia menarik Amira supaya pergi dari situ . Tidak sanggup dia melihat kemesraan antara Eryna sahabat baik mereka dan Afiqah yang pernah membuli Amira itu .

(Rumah Firash)

"Wei , korang... Apa jadi dengan trio kelas korang tu ? " soal Amir .

Bukan dia tidak melihat apa yang terjadi di kantin pagi tadi . Dia pun berasa hairan apabila melihat Eryna makan bersama Afiqah dan bukan bersama Amira mahupun Shufiyla .

"Entah ah , kalau kau nak tahu pagi tadi dalam kelas Eryn tepis kasar tau tangan Mira bila Mira letak dekat bahu dia , Sedangkan dekat kantin tu elok ja tepuk tampar dengan Afiqah . Aku pun pelik dengan diorang ," cerita Zulfrin pasal kejadian itu kepada Amir .

Firash hanya senyap . Dia bimbang sekirannya Eryna di hasut oleh Afiqah . Dia dapat rasakan Afiqah bukan lah perempuan yang baik , haritu dia juga dapat melihat bahawa Amira seperti takut dengan Afiqah , manakala Shufiyla pula membenci Afiqah .

"Aku rasa ada benda yang kita tak tahu la , bro ! " akhirnya Firash bersuara .

"Betul , aku rasa ada yang diorang sembunyikan dari kita . Aku rasa kita kena korek rahsia diorang ni . Lagipun aku risau dekat Amira . Sampai sekarang aku still fikir apa yang Shufiyla hendak beritahu kita haritu ," tambah Amir .

Dia tahu Shufiyla tidak menyambung ayatnya haritu kerana dilarang oleh Amira , dia perasan Amira memegang lengan Shufiyla sebagai tanda berhenti .

Zulfrin hanya mengangguk bersetuju dengan dua kawan nya itu .












BERSAMBUNG...

AMIRAWhere stories live. Discover now