BAB 15 🦋

30 6 6
                                    

(throwback)

"Mira !! Sini sini ! " Afiqah memanggil Amira untuk duduk di sebelahnya .

"Kau makan apa tu ? " soal Amira kepada Afiqah .

"Laksa aje ? Kau ? "  giliran Afiqah pula menyoal Amira .

"Malas la , ramai sangat orang . Lagipun aku nak diet laa , dah gemuk ah !" beritahu Amira sambil memuncungkan mulutnya .

"Eish kau ni !! Dah kurus cantik macam ni pun kata gemuk !! " balas Afiqah . Dia pantas mencubit pipi Amira , geram dia melihat telatah kawan nya itu .

"Auch !! Sakit la eiii " Amira merengek manja .Afiqah sudah ketawa melihat perangai Amira yang begitu manja .

Sedang mereka berdua bergelak ketawa , datang seorang pelajar lelaki ke arah mereka sambil memegang dua pinggan nasi lemak .

"Nah  Mira , aku belikan dekat kau ," beritahu pelajar lelaki itu sambil menyerahkan sepinggan nasi lemak itu kepada Amira .

"Huyoo ! Kau memang kawan terbaik ah , Adam ! Thank you !! "  ucap Amira lalu menikmati nasi lemak itu dengan berselera .

"Kawan je ?" Adam berkata perlahan , jelas terselit nada kecewa namun masih dapat didengari oleh Afiqah . Afiqah berasa cemburu dan iri terhadap Amira .

(Kelas - *throwback)

"Baik lah ,saya akan mengedarkan slip keputusan peperiksaan akhir tahun kamu semua ," beritahu Cikgu Lisa  kepada pelajar pelajar tingkatan 1 Bestari itu .

"Wei kau mesti dapat top 1 lagi kan ? " tanya salah seorang pelajar perempuan kepada Amira .

"Alhamdulillah , ha ah !" balas Amira , dia tidak lupa mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T .

"Wahh !! Dah agak dah kau memang pandai !"

"Tula !! Tak dak sapa boleh lawan Mira wei !"

"Untung la , dah la lawa lepastu pandai pulak ! Beauty with brain ! "

Kedengaran suara pelajar pelajar lain memuji muji Amira . Amira hanya tersenyum , malu dia apabila dipuji sebegitu rupa .

Afiqah memandang Amira dengan penuh kebencian . Sungguh dia iri terhadap Amira !

(esok nya -*throwback)

"Ha ada apa hal kau ajak aku jumpak dekat belakang dewan ni ? " soal Adam apabila Afiqah mengajak nya berjumpa di belakang dewan semasa waktu rehat .

"Erm... Adam sebenarnya aku...AKU SUKA KAU !" Afiqah menyatakan perasaan nya kepada sepupunya sendiri itu , Adam .

Adam yang terkejut mendengar luahan Afiqah itu terdiam seketika . Namun , setelah beberap minit , Adam ketawa .

"HAHAHHAHAA !!! KAU BUAT LAWAK LAH AFIQAH ! Kau gila ka ?! Kita ni kan sepupu ," jawab Adam .

"Tapi sepupu tak haram kan kalau berkahwin , so ? " soal Afiqah lagi .

"Heh ! Kalau kita bukan sepupu pun ! Aku still tak kan suka dekat kau !! Kau tu tak cantik , bodoh pulak tu , lain lah macam Amira ! Cantik lepastu pandai selalu ja dapat Top dalam kelas dan tingkatan . Nak dibandingkan kau dengan dia , jauh beza lah oi !! And last ! Sapa ja nak kawin dengan perempuan macam kau ?! Kau tu kena sedar diri sikit wahai ,Afiqah Shakila ," Adam meluahkan perasaan nya . Lalu , dia berjalan pergi meninggalkan Afiqah yang sedang menangis itu  . Puas hatinya apabila dapat berkata begitu kepada Afiqah .

Amira Riana... Yaa !! Semua ini salah Amira !! Aku perlu hancurkan hidup dia , macam mana dia hancurkan hati aku ni !! Kau jaga , Amira !! Afiqah sudah menyimpan dendam di dalam hatinya terhadap Amira .

Sejak daripada kejadian Afiqah di'reject' oleh Adam , dia menjauhkan dirinya daripa Amira . Malah dia membina sebuah kumpulannya sendiri , lalu membuli teruk Amira .

Mula mula , dia hanya mengejek , mengutuk dan menyebarkan fitnah terhadap Amira . Namun lama kelamaan , Afiqah sudah berani membuli dari segi fizikal pula . Pernah sekali , dia menyimbah air mop kepada Amira membuatkan badan gadis itu berbau seharian di sekolah , akibatnya Amira terus dipalau oleh satu kelas dan juga satu sekolah .

Adam yang sebelum ini menyimpan perasaan terhadap Amira , terus sahaja dia membuang perasaan tersebut . Tidak sanggup dia terkena nasib yang sama seperti Amira sekiranya perasaan nya itu diketahui semua orang .

Tidak cukup dengan itu , Afiqah juga sering mencuri buku buku latihan Amira dan membuang nya ke dalam tong sampah . Perbuatan paling teruk yang Afiqah pernah buat ialah meletakkan racun ke dalam makanan Amira sehingga Amira terpaksa ditahan di wad hospital . Sudahlah sewaktu dia ditahan itu , sewaktu itu juga mereka sedang menduduki peperiksaan yang dianggap penting juga iaitu PT3 .

Akibat semua perbuatan Afiqah itu . Amira membuat keputusan untuk berpindah sekolah . Dia ingin memulakan hidup baru .

(End of throwback)

"Dah !! Puas kau dengar cerita aku !! "Afiqah meluahkan kemarahan nya kepada Amira .

Dia sudah berjalan ingin pergi dari situ , namun Amira sempat menarik lengan nya .

"Afiqah...Aku mintak maaf ! Sumpah aku tak tahu sebabkan aku , hubungan kau dan Adam rosak , tapi sumpah aku takda perasaan dekat Adam tu ! " Amira membela dirinya .

"Lepas la , perempuan !! " Afiqah menolak tubuh Amira yang kecil itu , lantas tubuh itu terjatuh ke belakang .

Amira yang tidak sempat mengimbangkan badan nya itu , terjatuh dan kepalanya terhantuk pada pasu yang terletak di situ .

"AMIRA !!! " jerit Amir yang dari tadi hanya menjadi pemerhati tersembunyi itu. Dia segera  berlari keluar dan mendapatkan Amira yang sudah pengsan itu , kepalanya berdarah .

Akibat jeritan kuat Amir itu , semua orang yang berada di dalam rumah itu segera berlari keluar menuju ke taman bunga .

"Astaghfirullah al azim ! Amira !! " jerit Shufiyla segera mendapatkan Amira yang sudah pengsan itu .

"Z ! Kau pergi panggil Pak Mat(driver) suruh dia bawak kereta pergi hantar Amira ke hospotal sekarang !" arah Firash kepada Zulfrin .

Zulfrin segera berlari ke dalam rumah , mencari kelibat Pak Mat . Amir sudah mencempung badan Amira yang tidak sedarkan diri itu . Dia membawa Amira memasuki kereta apabila Pak Mat sudah bersiap sedia untuk bergerak .

Kini hanya tinggal Afiqah , Shufiyla , Eryna , Firash dan juga Zulfrin . Firash segera bergerak menghampiri Afiqah .

"Kalau jadi apa apa dekat Mira , memang mampos kau aku kerjakan ! " Firash memberi amaran kepada Afiqah sebelum berlalu pergi dari situ .

Zulfrin dan Shufiyla pun sudah berlalu pergi dari situ . Mereka ingin pergi ke hospital .

Afiqah mendekati Eryna . Dia memegang erat lengan Eryna . Lalu cuba memujuk gadis itu supaya mempercayai nya .

"Eryn...bukan salah aku Eryn... Percayalah , minah tu buat macam tu pun sebab dia nak attention ja tu . Eryn kau percaya aku kan ," Afiqah berharap bahawa Eryna mempercayai nya .

"PANG !! "

Sebuah tamparan kuat hinggap di pipi Afiqah .

"KAU PEREMPUAN !! KAU INGAT SELAMA NI AKU PERCAYAKAN KAU KE  HA ?! SELAMA NI AKU RAPAT DENGAN KAU PUN SEBAB NAK KOREK RAHSIA KAU JE ! KAU INGAT AKU NAK KE KAWAN DENGAN PEREMPUAN PERANGAI IBLIS MACAM KAU NI !! " luah Eryna . Lalu dia pun pergi berlalu meninggalkan Afiqah yang sudah menangis tersedu sedu itu .














BERSAMBUNG...

AMIRAWhere stories live. Discover now