BAB 18 🦋 [FINAL]

61 6 13
                                    

(3 tahun kemudian)

Sebuah majlis sedang berlangsung di dalam sebuah hotel 5 bintang itu .

Di dalam hotel itu dipenuhi sesak oleh ramai orang , tiba tiba seorang pengerusi majlis naik ke pentas untuk membuat pengumuman .

"Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua , saya Raziq selaku pengacara majlis pada hari ini ingin mengucapkan 'Jutaan terima kasih' kerana telah menghadiri majlis perkahwinan ini .Pada hari ini untuk maklumat Tuan dan Puan sekalian , kita akan menyambut bukan 1 pasangan pengantin sahaja tetapi sebanyak 3 pasangan ! " umum Raziq , membuatkan semua orang bertepuk tangan gembira .

"Baiklah tanpa membuang masa lagi , saya dengan ini akan mengumumkan kemasukkan ketiga tiga pasangan pengantin kita , satu demi satu !" pengumaman Raziq itu membuatka para hadirin lebih bersemangat  .

"Dijemput masuk pasangan mempelai pertama iaitu ZULFRIN ISKANDAR BIN ZAFRI dan pasangan nya NUR SHUFIYLA BINTI SHAHRUL !" serentak dengan pengumuman Raziq itu ,pintu hotel itu terbuka lalu muncul sebuah pasangan yang manis sahaja . Mereka berjalan dengan begitu anggun melambai lambai dan tidak lekang muka dari senyuman itu berjalan ke arah pelamin pertama .

Para tetamu sudah bersorak sorak , bertepuk tangan apabila melihat pasangan manis itu .

"Baiklah mari kita melanjutkan ke pasangan mempelai yang kedua pula . Dijemput masuk FIRASH AQASHA BIN DATO' QHAIRI dan pasangan nya ZAHIRA ERYNA BINTI ERMAN !"
selepas pengumuman Raziq itu , pintu hotel pun terbukak menampakkan sebuah pasangan sejoli itu . Sungguh cocok !

Mereka pun berjalan dengan elegent nya sambil melambai lambai dan muka yang tidak lepas dengan senyuman itu .
Mereka berjalan sehinggalah tiba di pelamin kedua.

"Tiba masanya untuk mempersilakan pasangan terakhir kita . Dijemput masuk , AMIR ASHRY BIN AIMAN dan pasangan nya NUR KAYLIA IRDINA BIN HAMDAN !" selepas sahaja pengumuman Raziq itu , pintu hotel pun terbuka sekali lagi .

Kelihatan pasangan yang manis dan anggun itu berjalan dengan romantis . Mereka pun melambai lambai dan tidak lekang senyuman . Mereka berjalan sehingga lah tiba di pelamin terakhir .

"TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KETIGA TIGA PASANGAN ! KAMI SEMUA DISINI AKAN SELALU MENDOAKAN KEBAHAGIAN ANDA ! SEMOGA ANDA TABAH DAN KUAT UNTUK TERUS MEMPERTAHANKAN RUMAH TANGGA ANDA , AMIIN ! dengan ini , saya mengundurkan diri . Assalamualaikum dan terima kasih ," ucap Raziq lalu turun meninggalkan pentas .

(3 hari selepas majlis)

"Assalamualaikum , wahai sahabatku AMIRA RIANA . Aku dengan Shu datang ni melawat kau ," ucap Eryna sambil mengusap lembut batu nisan milik sahabatnya itu . Air matanya sudah jatuh .

Shufiyla yang berada di samping Eryna juga sudah menangis kerana rindu akan sahabat nya itu .

Ya ! Amira gagal diselamatkan haritu . Dia disahkan meninggalkan kerana kehilangan banyak darah . Manakala Afiqah pula sudah dimasukkan ke dalam penjaran dan akan dihukum gantung akibat kesalahan membunuh .

"Kau nak tahu tak , yang kitorang dah kawin tau . Aku kawin dengan Z , HEHEHE . Tak sangka pulak kittorang memang berjodoh ," beritahu Shufiyla sambil menangis . Zulfrin yang berada di belakang Shufiyla itu menepuk nepuk lembut bahu Shufiyla bagi memujuk isterinya itu .

"Aku pulak kan , kalau kau nak tahu aku kawin dengan Fir . Tak sangka kan kami yang selalu bergaduh dulu waktu sekolah , tup tup kawin ! HAHAHHA tula orang kata jangan benci sangat nanti sayang ," giliran Eryna pula menceritakan kepada 'Amira' . Eryna mengenggam erat tangan Firash , suaminya itu untuk meminta kekuatan . Firash pula memang menggengam kemas tangan isteri tercintanya .

"Assalamualaikum , Mira . Aku pun datang jugak ," Amir memberikan salam .

"Aku pun dah kawin , Mira . Aku kawin dengan Kayla . Aku jumpa Kayla waktu dekat U . Aku harap kau tak marah dekat aku tau . Memang aku cintakan kau , Mira . Tapi , nampaknya jodoh kita tak panjang sebab Allah lebih sayangkan kau . Mungkin sekarang kau pun , dah bertemu jodoh kau dekat sana kan . Aku sentiasa sayangkan kau sebagai kawan , Mira . Kau banyak mengajar aku erti kekuatan , kesabaran dan ketabahan . Terima kasih , Amira Arina kerana sudi menjadi sahabat aku . Aku mintak diri dulu , Mira . Nanti aku datang melawat kau lagi . Assalamualaikum ," ucap Amir panjang lebar , air mata lelakinya tumpah .

Segera dia berlalu pergi menuju ke keretanya . Isterinya , Kayla sudah lama menunggunya .

Firash dah Zulfrin jugak sudah berlalu pergi meninggalkan Eryna dan Shufiya kerana ingin memberi mereka kesempatan untuk meluangkan masa bertiga bersama .

"In sha allah ,nanti kitorang jumpak kau dekat syurga , okay ? Kau janji tau kau kena tunggu kitorang dekat 'sana' ! Kalau tak aku merajuk dengan kau ," ucap Shufiya sambil mengusap lembut batu nisan milik Amira .

"Kan kita bertiga dah janji nak jadi kawan baik sampai ke jannah ! Jadi kau memang kena tunggu kitroang pun , Mira ! " tambah Eryna .

"Nampaknya kitorang dah kena pergi . Aku NUR SHIFIYLA dengan ini mengaku bahawa aku memang sayangkan kau ! Aku pergi dulu , Assalamualaikum , sahabat ," ucap Shufiyla dia sudah banggun tetapi masih berdiri menunggu Eryna .

"Aku ZAHIRA ERYNA  pun dengan ini mengaku aku sayangkan kau , Mira ! Aku pergi dulu ya , nanti kita 'bersembang' lagi . Assalamualaikum ," ucap Eryna juga , lalu memegang tangan Shufiya . Mereka berdua pun berjalan meninggalkan tanah perkuburan itu .

'AMIRA RIANA BINTI RAMLI , seorang gadis yang comel , ayu dan baik . Bukan luaran nya sahaja yang cantik namun dalaman nya juga . Dia mempunyai hati yang kuat , tabah , baik dan penuh kasih sayang . Dia banyak melalui peritnya hidup namun masih tetap tersenyum ! Sungguh aku kagum dengan nya !'

Bisik hati kecil Eryna dan Shufiyla .







TAMAT ♥

AMIRAWhere stories live. Discover now