BAB 2 🦋

80 10 0
                                    

(throwback)

"KRINGGGGGG !!!!"

Kedengaran bunyi loceng menandakan waktu rehat bagi pelajar pelajar menengah rendah , semua pelajar berpusu pusu berlari pergi ke kantin , yalah mana tak larinya , mereka takut kalau ikan keli goreng mak cik kantin yang sedap lagi ranggup itu habis .

Namun ,

Terdapat seorang pelajar perempuan yang berumur 13 tahun itu , keluar berjalan dari kelas dengan lemah longlai nya , lain daripada murid murid yang sebok berlari itu .

Sedang dia berjalan tiba tiba , bahunya dilanggar kuat oleh sekumpulan pelajar perempuan .

"BUK !!!"

Kedengan bunyi yang agak kuat apabila lututnya bertemu dengan lantai simen itu , dia segera bangun lalu mengusap lututnya yang berasa pedih itu .

"UPS !! AWW SORRY !! Memang sengaja langgar , awak okay ? " tanya salah seorang pelajar dari kumpulan itu sambil menanyakan acuh tak acuh sahaja . Ahli kumpulan yang lain hanya ketawa mengilai apabila melihat ketua mereka berbuat begitu , puas hati mereka melihat budak perempuan itu terjatuh tadi .

Pelajar yang malang itu mendongakkan sedikit kepala bagi melihat gerangan pelajar perempuan itu , "AFIQAH" tag nama itu dibaca . Lantas dia segera bangun dan berlari anak menujuk ke tandas .Tidak membalas pun pertanyaan pelajar bernama Afiqah itu . Di telinga nya dapat menangkap hilaian ketawa dan kutukan dari Afiqah dan kawan kawan nya yang memang dikhaskan untuk nya .

Setibanya di tandas pelajar itu memeriksa tandas satu persatu , apabila sudah diperiksa dan yakin bahawa hanya dia seorang sahaja yang berada di situ . Dia segera bergerak ke tandas yang terletak paling hujung sekali lalu mengunci pintu tandas .

"YA Allah ! Kenapa nasib ku tiba tiba berubah seperti ini ? Ya allah ! Kenapa aku tiba tiba sahaja dilayan seperti ini oleh mereka ?! Kenapa aku dipandang hina oleh mereka ?! Ya allah , kenapa Fiqah yang dulu merupakan sahabat karib ku yang sudah ku anggap seperti kakak aku sendiri , sanggup membuli ku
sebegini ?!?!"

Tersedu sedu pelajar perempuan itu menangis mempersoalankan takdir yang menimpanya . Sungguh dia buntu apakah kesalahan diri nya sehingga dilayan sebegitu.

Tiba tiba , dia terdengar derapan tapak kaki beberapa pelajar masuk ke tandas , segera pelajar perempuan yang menangis itu menekup mulutnya sendiri bagi memastikan bahwa tangisan nya tidak didengari oleh pelajar pelajar itu .

Sesak nafas dibuatnya apabila terpaksa menahan tangisan nya itu . Memang lumrah jikalau kita sudah menangis tetapi tidak mahu orang lain mendengar tangisan kita itu , tangisan itu akan lebih susah untuk ditahan , perit dan sakit tu terpaksa ditahan .

Beberapa minit kemudian , selepas pelajar perempuan itu berasa sedikit lega dan memastikan bahawa diri nya sudah kuat semula . Dia pun keluar dari tandas itu dan menuju ke sinki untuk membasuh mukanya . Dia melihat muka nya di cermin , habis mata dan hidung nya merah akibat menangis tadi , segera dia membersihkan muka nya itu .

(End of throwback)

"PANG !!! "

Buat kali kedua , Amira menghadiahkan kiss buat mejanya . Haih untung meja tu asyik dapat kiss ja dari tuan nya , mesti naik malu meja tu kan .

"WOI SAKITTTT TAU AKK !! NI DAH MASUK 2 KALI TAU SHU , KAU LEMPANG KEPALA AKU !" berang Amira .

"HEHEEHE , sorry not sorry , kau pun satu dari tadi aku dengan Eryn duk panggil nama kau, tapi kau tak nyaut(sahut) . So aku risau la manatau kawan aku sorang ni kena sampok dengan hantu sains kan ," balas Shufiyla sambil tersengih .

"Banyak la kau punya hantu sains , nih nanti aku rasa kau yang kena sampok ngan hantu sains tau ! " kata Amira sambil menunjukkan nota Shufiyla yang hanya separuh saja isi nya .

"HAHAHHAHHAHAH , wei tak baik la kau pergi samakan hantu sains dengan Madam ! Sebab aku rasa hantu sains pun takut wei dengan Madam !" tambah Eryna .

"HAHAHAHHAHAHA" Shufiyla dan Amira sudah bantai ketawa apabila mendengar sahabat mereka yang "paling baik" itu mengutuk cikgu sains mereka .

Setelah puas bergelak ketawa , Shufiyla memandang Amira yang sedang leka menyambung nota sains itu . Bukan dia tidak perasan akan mata Amira yang sedang bertakung air itu .

"Mira , tadi kau mengelamun teringat peristiwa sekolah lama kau tu ka ?" tanya Shufiyla

Tersentak Amira apabila ditanya sebegitu . Shufiyla memang orang yang paling sesuka hati menampar dan suka membulinya tapi Shufiyla jugaklah akan menjadi orang pertama yang akan sedar jika terdapat perubahan pada sikapnya . Memang Shufiyla seorang kawan yang paling prihatin dia pernah bertemu begitu juga dengan Eryna .

"Hmmm..." Hanya itu sahaja yang keluar dari mulutnya , Amira menunduk seketika lalu memandang muka dua sahabat nya yang memang menanti akan jawapan nya dari tadi .

Belum sempat dia memberikan jawapan , Eryna yang tahu akan keadaan Amira terlebih dahulu menarik tubuh Amira ke dalam pelukannya , Shufiyla jugak sudah memeluk nya . Amira tidak dapat menahan air matanya lagi . Dia segera menangis semahu mahu nya dia bahu kedua sahabatnya itu . Mereka berdua menepuk manja belakang Amira tanda mahu gadis itu menangis sepuas puas nya dan melepaskan semua kesakitan dari trauma nya dahulu .

Sungguh Amira bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti Eryna dan Shufiyla . Dia bersumpah dia tidak mahu peristiwa yang berlaku 3 tahun lepas terjadi semula . Dia tidak kuat sekirannya kehilangan mereka berdua .

Setelah beberapa minit menangis , Amira berasa sedikit lega , dia beristighfar sebentar bagi menghilangkan rasa sakit di hatinya . Setelah dirinya tenang , dia menghadiahkan senyuman ikhlas kepada kedua sahabatnya itu sebagai tanda terima kasih . Eryna senyum membalas senyuman Amira manakala Shufiyla membuat 'thumbs up'.

"Eh ! by the way , lupa la nak bagitau dekat korang berdua yang Madam Azna tak datang tau ," pernyataan yang baru dinyatakan oleh Eryna membuatkan Shufiyla dan Amira memandang Eryna dengan pandangan meminta penjelasan.

Eryna yang faham akan pandangan itu pun menjelaskannya .

"Actually sayang sayang sekalian , pagi tadi Raziq(ketua kelas) dah beritahu kat kelas pasal ni , tapi aku kan jenis yang tak suka membazirkan masa , jadi aku pun gunakan lah masa tu untuk siapkan nota sains aku , bak kata orang 'Masa itu emas' jadi janganlah mensia siakan nya," panjang lebar Eryna menjelaskan siap bubuh peribahasa lagi . Dia sudah bersiap sedia bangun untuk menyelamatkan diri nya kerana dia tahu apa yang akan menimpa dirinya sebentar lagi .

Membulat mata Amira dan Shufiyla apabila mendengar penjelasan Eryna , pantas segera mereka bangun dan mengejar Eryna yang memang merancang menggenakan mereka berdua .

Ketiga - tiga sahabat itu pun berkejaran di dalam bilik darjah tanpa menghiraukan mata mata dan mulut yang mengata mereka . Apa mereka nk heran ? Yang penting mereka happy !

NAMUN , tanpa disedari ada sepasang mata yang memerhati telatah mereka bertiga dengan penuh kebencian...






BERSAMBUNG...

AMIRAWhere stories live. Discover now