"BUKK !!! "
Badan kecil Amira jetuh terduduk apabila melanggar sesuatu yang besar dan tinggi itu .
"OI !! KAU BUAT APA KAT DALAM BILIK AKU NI ?!!" tanya seorang lelaki . Sungguh dia terkejut apabila melihat seorang gadis pendek berada di dalam biliknya .
"Ohh sory sorry !! Saya ingatkan ni bilik bacaan sebab banyak sangat buku dekat sini , rupanya ni bilik awak , saya mintak maaf encik..."
Amira tidak menghabiskan ayatnya apabila dia mendongak memandang gerangan yang dilanggar nya sebentar tadi .
"KAU ?!!!" mereka berdua berkata serentak .
"Apa kau buat dalam bilik aku ?! Ha kau haritu tak puas hati lagi ka tuang maggi goreng atas kepala aku ! Sekarang kau nak mencuri barang dalam bilik aku pulak !! Ha lepastu kau nak buat apa lagi lepas ni ? Curi hati aku pulak ?" kata Amir panjang lebar .
Amira terkedu seketika apabila mendengar ayat terakhir Amir itu .
"Ha ah aku nak curi hati kau ! Bak sini kasi aku ! Biar aku derma kan dekat orang lagi memerlukan daripada kau tu ! Eh tapi kan hati kau tu macam dah busuk je , mesti takde orang nak !!" balas Amira .
Membuntang mata Amir mendengar Amira melawan balik kata katanya . Ewahh dah pandai melawan si ketot ni ! ujar Amir di dalam hati .
"KAU !! " Amir berkata sambil menundingkan jarinya kepada Amira .
Amira yang begitu pendek itu , mendongak dongak kepalanya sebagai tanda dia tidak takut kepada Amir .
"HMPH !!" Amir menurukan jari nya dengan perasaan geram . Geram kerana gadis di hadapannya ini langsung tidak gentar akan dirinya .
"Okay okay , aku mintak maaf ! Memang salah aku , haritu aku terjatuh atas kau sampaikan maggi aku tu elok 'landing' atas kepala kau , and harini pulak aku termasuk bilik kau . Okay memang salah aku . I'm sorry ," ujar Amira dengan lembut . Dia tidak mahu ada orang berdendam dengannya dan kalau kita mahu meminta maaf sebaik nya kita perlulah mengucapkan nya dengan seikhlas mungkin .
Amir yang mendengar suara lembut dan ikhlas Amira itu terus cair . Dia segera mengganguk tanda menerima maaf Amira .
"Ha okay good ! So kosong kosong ! Aku keluar dulu ," Amira sudah bergerak ingin keluar dari bilik itu tetapi belum sempat dia keluar Amir bersuara .
"Nanti kejap , nama kau apa ? Aku Amir" tanya Amir dan memperkenalkan diri . Dia ingin mendekati gadis tersebut .
"Huyoo ! Kau amir ? Aku pulak Amira ! Nama kita nak sama ah , dah macam siblings pulak en ! HAHAHAH " ujar Amira lalu berjalan meninggalkan Amir yang sedang tersenyum gembira itu bersendirian di dalam biliknya .
(Di ruang tamu)
"Ha tu pun Mira ! Mira kau pergi mana ? Lama tau kitorang tunggu kau ," tanya Shufiyla yang sudah lama berada di situ .
"Aku cari kau dengan Z la , aku lupa nak tanya mana bilik bacaan dekat Firash , lepastu aku termasuk bilik Amir , " jawab Amira .
"Kau ada terserempak dengan Amir tak ?" soal Firash .
Amira hanya mengangguk . Shufiyla dan Eryna hairan siapakah gerangan Amir ni ? Rasanya mereka berdua tidak pernah lagi mempunyai kawan atau kenalan bernama Amir .
"Oi , Mir !" panggil Zulfrin yang nampak kelibat Amir yang sedang menuruni tangga itu .
"Hai ! Aku Amir , kawan kepada dua malaun ni . Aku pun sekolah sama dengan korang tapi aku duduk kelas lain , kelas 5 Mutiara ," beritau Amir kepada dua orang gadis yang semestinya kawan kepada Amira .
"Oh , Aku Shufiyla panggil ja Shu , ni pulak Eryna , kami semua sekelas ," Shufiyla memperkenalkan dirinya dan juga Eryna kepada Amir . Mereka membalas senyuman .
"Okay jom mulakan kerja cepat ! " ajak Zulfrin yang sudah excited ingin menyiapkan kerja sains itu .
"JOM !!" jawab mereka semua serentak .
Amir berlalu pergi meninggalkan kumpulan itu . Yelah kalau dia duduk situ pun kerja apa ja yang dia boleh buat . Lagi pula hanya dia seorang saja yang berlainan kelas .
(sekolah)
"Baik murid murid , mulai harini kita akan bergabung kelas dengan 5 Mutiara ," umum Madam Azna . Pengumuman nya itu mengejutkan ramai pelajar 5 Berlian terutama sekali Amira .
Kelas 5 Mutiara... Ya itu kelas Afiqah , sungguh dia tidak mahu berjumpa dengan Afiqah.
"Kenapa tiba tiba kita kena belajar sekali diorang cikgu ?" tanya salah sorang pelajar 5 Berlian .
"Guru sains mereka cuti bersalin," pendek sahaja jawapan Madam Azna itu .
"Eh bukan cikgu tu baru saja cuti bersalin haritu , fuh dasyatt !! " kata kata dari salah seorang pelajar lelaki itu mengundang ketawa dari semua orang begitu juga dengan Madam Azna , tapi hanya Amira seorang sahaja yang gelisah memikirkan Afiqah .
"Ha sudah sudah !! Jadi tentang kerja sains tu , saya nak kamu bergabung juga dengan pelajar 5 Mutiara , saya mahu sekarang satu group mempunyai 7 ahli kumpulan ," pesan Madam Azna sebelum berlalu keluar dari kelas .
(Rehat)
"Assalmualaikum korang ," Zulfrin memberi salam kepada trio yang sedang duduk di meja kantin itu .
"Waalaikumussalam ," jawab mereka bertiga serentak .
"Tak pernah lagi rasanya aku tengok korang bertiga makan dekat kantin , selalu korang pergi koperasi je kan " Firash menegur ramah .
"Alah biar ah , kitorang nak makan dekat kantin ke , dekat longkang ke , dekat rumah ke , yang kau sebok pahal ?" balas Eryna , saja dia ingin bertikam lidah dengan Firash .
"Eh kau kan !! Kau memang mulut puaka kan ! Sekali mulut kau tu terbukak terus menyakitkan hati aku tau ! " balas Firash .
Eryna yang mendengar kata kata Farish itu terus sahaja membalas ,
"Ha kalau dengan bukak mulut ni boleh sakitkan kau , memang aku takkan tutup mulut aku ni !! " ujar Eryna sambil mengangakan luas mulutnya itu .
Farish mengambil kesempatan ini untuk menyumbat sebuah epal ke dalam mulut Eryna yang sudah terbuka luas itu .
"Ha ambek kau ! Biar aku yang tutupkan mulut kau kalau kau tak pandai tutup !" Firash ketawa puas dapat mengena kan Eryna .
"KAU !!! KAU MEMANG..." belum sempat Eryna membalas , tiba tiba Amira menjerit .
"KORANG NI SEMAK AH ! TOLONG LA PERANGAI TU JANGAN MACAM BUDAK BUDAN ! STRESS AKU BISING TAU TAK BISING !" Amira melepaskan kemarahan nya lalu bergerak meninggalkan kantin .
Kini mereka sudah menjadi perhatian ramai akibat terkejut dengan suara Amira yang sememang nya kuat itu . Eryna dan Shufiyla juga terkejut dengan sikap Amira . Tidak pernah lagi mereka melihat Amira marah sebegitu rupa .
(kelas)
Di dalam kelas , Amira , Eryna dan Shufiyla langsung tidak bersembang selepas kejadian di kantin sebentar tadi . Mereka hanya mendiam kan diri sehingga tiba waktu balik .
•
•
•
•
•
•
•
•
•
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
AMIRA
Teen FictionAmira Riana seorang gadis berusia 17 tahun . Dia sesorang gadis yang comel dan pelajar yang cemerlang . Disebabkan itu ramai pelajar yang iri dan dengki terhadapnya . Sehinggakan ada seorang pelajar yang membuli nya secara fizikal dan juga mental . ...