BAB 10 🦋

26 5 0
                                    

"Ya allah , apa yang sudah aku buat tadi ? Kenapa aku melepaskan kemarahan aku kepada Eryna dan Shufiyla yang tidak bersalah itu...Akibat trauma aku yang dulu , kini aku seperti sudah merosakkan hubungan persahabatan kami pula," Amira berkata sendirian di dalam bilik nya . Dia menangis semahu mahunya mengenangkan peristiwa yang berlaku di kantin pada pagi tadi .

Memang sepatutnya dia tidan melepaskan kemarahan nya kepada Eryna dan Shufiyla yang sentiasa ada sewaktu dia susah mahupun senang . Tetapi memang sudah menjadi lumrah manusia , sewaktu kita sedang kusut memikirkan sesuatu ,maka syaitan dengan itu mengambil kesempatan untuk menghasut kita melakukan perkara yang tidak elok seperti melepaskan marah kepada seseorang yang tidak bersalah .

Jadi seeloknya  kita haruslahberistighfar ketika sedang dikawal dengan perasaan marah supaya dapat mengelakkan apa apa kejadian buruk berlaku . Sekiranya tidak , sememangnya kita akan menyesal kelak .

(Sekolah)

Amira hanya memandang Eryna dan Shufiyla yang hanya senyap di tempat duduk masing masing . Sungguh dia berasa besalah dan menyesal sekarang .

Amira tekad , dia perlu meminta maaf . Tapi takkan la mintak maaf dengan tangan kosong kan , ermm nampak nya dia perlulah menunggu waktu rehat untuk membeli coklat buat Eryna dan Shufiyla .

(Rehat)

Amira terus berjalan menuju ke koperasi untuk melaksanakan misinya . Ya ! Misinya untuk memujuk semula Eryna dan Shufiyla sekali gus meminta maaf .

Setelah beberapa minit Amira beratur menunggu dengan sabar , akhirnya dia mendapatkan juga coklat buat Eryna dan Shufiyla . Amira pantas berjalan menuju ke kelas semula , dia perlu meminta maaf secepat mungkin ! Sesunguhnya dia tidak sanggup lagi kehilangan sahabat , cukuplah sekali saja dia melalui peritnya kehilangan seorang insan bernama sahabat ini .

(kelas)

Amira mendekati Eryna dan Shufiyla yang sedang rancak berbual .

"Erm... Korang... Aku...aku...." tergagap gagap Amira akibat perasaan gemuruhnya .

"Kau apa ?" tanya Eryna kasar .

Amira terasa mahu sahaja menangis disitu apabila Eryna mula menggunakan intonasi kasar .
Tapi sedaya upaya dia menahan tangisan itu . Dia perlu kuat hadapinya . Dia perlu meminta maaf .

Amira menarik nafas dalam , dan...

"Aku nak mintak maaf ! Please maafkan aku ! Aku tahu memang salah aku ! Aku memang tak patut marahkan korang haritu ! Tapi waktu tu aku tengah serabut fikirkan something ! Tapi aku tahu aku memang tak patut lepaskan aku punya serabut tu dekat korang ! Aku salah aku tahu ! Sorry Eryn !  Sorry Shu ! Sumpah aku mintak maaf ! Aku taknak hilang korang ! Aku sayang sangat dekat korang ! Aku tak kuat ! Sumpah aku tak kuat kalau hilang korang ! Korang bestie eh bukan ! Korang kakak dan adik aku ! Aku sayang korang ! " dengan sekali nafas sahaja Amira memohon maaf , dia menunduk .

Akhirnya air matanya jatuh juga . Ini kerana dia ikhlas , apa yang diluahkan tadi sememangnya datang dari hati nya sendiri .

Senyap... tiada respon daripada Eryna mahupun Shufiyla . Amira memberanikan dirinya untuk mengangkat mukanya dan melihat Eryna dan Shufiyla .

Tekedunya apabila mendapati Eryna dan Shufiyla sedang menangis , Amira pun segera mendekati mereka dan memeluk mereka berdua . Eryna dan shufiyla membalas pelukan Amira .

"Aku sayang korang !" luah Shufiyla
"Aku pun !" balas Eryna
"Aku pun babe !'  balas Amira juga

Mereka bertiga pun membuat drama murahan di dalam kelas 5 Berlian . Apa nak kesah , pelajar pelajar lain pun sudah masak dengan pelbagai ragam ketiga tiga sahabat tersebut .

"By the way , nah coklat untuk korang," Amira menghulukan coklat yang dibelinya tadi .

"THANKS , MIRA !!!" serentak Eryna dan Shufiyla mengucaplan terima kasih .

"Heh ! Menyampah nya aku !!! " Afiqah berkata dengan nada geram . Dari tadi dia mengintai dari luar tingkap kelas 5 Berlian itu . Baru dia mahu happy apabila melihat persahabatan Amira itu musnah , tup tup tiba tiba sahaja berbaik ! Sungguh Afiqah berasa tidak berpuas hati !! Dia perlu melakukan sesuatu secepat mungkin !

"Haa !! Aku ada idea , HEHEHEHE ! Jaga kau Amira !" ucap Afiqah lalu berlalu pergi dari situ dengan idea jahatnya .











BERSAMBUNG...

AMIRAWhere stories live. Discover now