Aih , tadi aku tak sempat pulak tanya nama budak perempuan . Agak agak dia form berapa eh ? Takkan la form 1 kot , kalau lower form mesti la rehat dulu kan . Ermm form 4 maybe , tengok pendek aje budak tu . Tapi kalau dia form 5 lagi senang aku nak dekat , HEHEHEH , monolong Amir sendirian .
Amir tersenyum sendirian apabila teringat semula peristiwa pagi tadi . Iya budak perempuan itu memang comel , bertambah comel lagi bila dia memakai tudung yang labuh dan siap memakai handsock bagi menutup auratnya . Sesunguhnya Amir respect akan gadis itu .
"Oi Mir ! Kau ni dah angau ke dengan budak maggi tu ?" tegur Firash yang dari tadi hanya memerhati gelagat Amir .
"Huyoo , Mr. Ego kita dah tangkap cinta la weiii ! Aku konfirm budak maggi tu mesti lawa kan," usik Zulfrin .
"Excuse me ?! Mr.Ego ? Pahal aku lak yang ego ?" tanya Amir.
"Srsly ? Kau tanya kenapa ! Aish kau tak ingat ke dulu waktu kau bercinta dengan sorang minah ni , lepastu waktu tu , asyik minah tu jelah yang mintak maaf sedangkan yang banyak buat salah tu engkau ! Haih last last sekali minah tu pun dah tawar hati . Padan muka kau !!" Zulfrin mengungkit balik kisah cinta lama Amir .
"Aku buat macam tu sebab aku memang tak suka minah tu . Yelah gedik je semacam , pakai tudung waktu sekolah , tapi bila keluar ja dari sekolah auto tudung hilang , eish tak berkenan ah aku," Amir membela dirinya , sememangnya dirinya tidak lah alim sangat tetapi jikalau bab perempuan ini , dia lebih suka memilih perempuan yang pandai menutup aurat .
"Betul betul betul ! Aku pun setuju," Firash bersetuju dengan Amir , sememangnya dia pun tidak berkenan dengan perempuan perempuan yang berperangai seperti itu .
"Hmm...betul jugak kan , aku pun setuju lah" Zulfrin pun akhirnya bersetuju .
Sememangnya mereka bertiga ini tidak seperti budak budak kaya yang lain . Mereka tidak sesuka hati memainkan perasaan perempuan , tetapi hanya perempuan saja yang terkejar kejarkan mereka , disebabkan itu juga mereka membuat keputusan untuk berpindah ke sekolah lain .
"Mir , kelas kau okay tak ?" Firash bertanya ingin mengetahui keadaan kawan nya itu .
"Okay ja , tapi mungkin sebab aku tak dapat masuk kelas yang bagus macam korang ni , so ada la jugak minah minah gedik yang asyik nak try aku . Rimas kau tahu tak !" ujar Amir apabila dia teringat balik bagaimana keadaannya meja nya yang dipenuhi oleh surat surat cinta . Haih baru first day pun dah dapat surat cinta sampai penuh meja beb !!
"Korang pulak ? Ada kena kacau dengan mana mana minah ?" giliran Amir pulak yang bertanya kepada Zulfrin dan Firash.
"Tak de pun , mungkin sebab kelas kami ni kelas depan jadi semua budak perempuan just fokus study , cuma sekali sekala ja tu ada la tanya tu tanya ni lepastu sambung study balik . Tapi ada sorang minah ni tau tak dia tu keja nak mengamok ja aku tengok . Dah berapa kali aku tengok dia macam marah kawan kawan dia tu, apa nama dia ah , ermm...Su...Suhaila ?" Zulfrin bercerita mengenai seorang perempuan yang sedikit menarik perhatiannya sambil cuba mengingat nama perempuan tersebut .
"Shufiyla la , ha lepastu kalau korang nak tahu , sorang kawan kepada Shufiyla tu , ada ke patut dia cakap aku ni 'anak manja' !! Panas hati aku ni bro !!" Firash akhirnya bercerita mengenai pelajar perempuan yang mengelarkan nya anak manja itu .
"Yang mana satu ni ? Yang pendek tu ke yang paling tinggi tu ?" tanya Zulfrin , dia keliru sama ada yang dimaksudkan oleh Firash itu , Amira ataupun Eryna .
"Yang tinggi . Tapi yang rendah sikit tu kan sumpah cute !! Eish aku nak try dia la ," Firash menyatakan hasratnya .
"Banyak la kau ! Lepastu nanti kau nak pindah sekolah lagi ka kalau budak tu tiba tiba jadi gila kat kau ?!" tanya Amir yag dari tadi hanya mendengar perbualan dua kawannya itu .
"Ha ah kan ye tak ye jugak . Takpela aku fokus SPM dulu , lepastu nanti aku terus masuk minang dia HEHEHE !! " Firash sudah memasang angan angan ingin meminang perempuan tersebut .
"Lantak kau la ! Sekarang sudah korang berambus dari bilik aku ! Aku nak tidur , esok aku tanak terlepas subuh pulak ," Amir segera menghalau Firash dan Zulfrin yang mask melepak di dalam bilik nya .
Firash dan Zulfrin hanya akur , mereka pun keluar dan menuju ke bilik masing masing .
(sekolah)
"Baiklah murid-murid , Madam nak kamu pilih ahli kumpulan kamu , pastikan satu group mempunyai 5 orang !" arahan dari Madam Azna yang garang itu terus membuatkan para pelajar mencari ahli kumpulan masing masing .
"Okay cun , kita dah tiga , sekarang perlu lagi 2 orang ja," Eryna berkata sambil mencari pelajar lain untuk mencukupkan ahli kumpulannya .
"Ehem... Kami berdua nak join group korang boleh ?" Firash bertanya sopan kepada Amira . Namun belum sempat Amira membuka mulutnya , Eryna lebih pantas dahulu menjawab .
"Tak boleh ! Kitorang tak terima anak manja kat sini ! Kalau tak nanti mesti korang kerja goyang kaki je kan !" tegas Eryna menolak kehadiran Firash .
"Kau diam !! Aku tak tanya kau ! Aku tanya Amira ! Kau Amira ka ?!" balas Firash . Sekarang tumpuan nya hanya kepada Amira .
Amira tidak tahu apa yang perlu dilakukan , lantas dia menarik kedua kawan nya itu dari situ untuk berbincang sebentar .
"Kejap eh , aku nak bincang dulu dengan diorang ," beritahu Amira kepada Firash . Firash hanya mengangguk tanda faham.
"Oi ! Kau ni dah pahal cari gadoh dengan Firash ?" tanya Amira kehairanan dengan sikap Eryna . Setahunya Eryna seorang yang lemah lembut dan baik , dia jenis yang tidak suka bergaduh atau berperang mulut .
"Haih... Aku cuma tak suka anak manja la wei , nanti semua kerja kita kena buat lepastu dia goyang kaki je !" luah Eryna .
"Oi ! Aku pun anak manja jugak cik kak Eryn !" Shufiyla memberitahu fakta mengenai nya .
"Eish kau tu lain la Shu , kau memang la anak manja tapi kau boleh diharap . Bukan macam Firash tu !" Eryna masih dengan pendirian nya.
"Sudah sudah !!! Eish korang ni gaduh pulak ! Ni kalau kita tak accept diorang dua , dahtu korang nak tarik siapa masuk dalam group kita ?" soalan Amira dibiarkan sepi . Eryna hanya mendiamkan diri .
"Okay sekarang , Shu kau setuju accept diorang?" soal Amira kepada Shufiyla .
"Aku okay ja , lagipun diorang tu kan kaya so mestilah ada laptop , bila ada laptop senang kita nk buat kerja , lepastu mesti diorang ada printer sekali kan , haa lagi lah senang kerja kita ! Kita pun tak payah susah susah nak pergi pusat internet dah untuk buat kerja ni" jelas Shufiyla . Sedikit sebanyak penjelasan Shufiyla itu memngerakkan hati Eryna untuk menerima Firash dan Zulfrin .
"Yups betul jugak kan , so Eryn ? What do you think ?" kini Amira meminta pendapat Eryna .
Eryna berfikir sebentar dan akhirnya hanya menunjukkan 'thumbs up' sebagai tanda setuju .
"Alhamdulillah !!" Amira dan Shufiyla mengucap syukur selepas dapat melembutkan hati Eryna itu.
"So korang accept kitorang tak ?" soal Firash kepada mereka bertiga .
"Welcome to the group !" Amira dan Shufiyla serentak menyambut dua anggota baru itu , manakal Eryna hanya membuat muka menyampah kepada Firash .
"Wohoo !! Thanks !" Firash mengucapakan terima kasih kepada mereka , begitu juga dengan Zulfrin.
"So can I get your number, Amira ?" Firash dengan berhati hati meminta nombor telefon Amira .
"Erm...for what ?" Amira menyoal semula Firash.
"Kita kan one group , so nanti kalau ada apa apa soalan senang la aku nak tanya kau ," Firash memberi alasan yang munasabah , sedangkan dia hanya ingin nombor Amira kerana ingin mendekati gadis itu .
"Oh sure , 011 xxxx xxxx ."
"Thanks !"
"No problem ." Amira pun berlalu pergi meninggalkan Firash .
Cun !! Senang la lepas ni kalau aku nak dekat dengan dia , kata Farish di dalam hati nya . Kini dia sudah senyum gembira kerana sudah berjaya mendapatkan nombor Amira .
•
•
•
•
•
•
•
•
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
AMIRA
Teen FictionAmira Riana seorang gadis berusia 17 tahun . Dia sesorang gadis yang comel dan pelajar yang cemerlang . Disebabkan itu ramai pelajar yang iri dan dengki terhadapnya . Sehinggakan ada seorang pelajar yang membuli nya secara fizikal dan juga mental . ...