BAB 13 🦋

29 5 8
                                    

Sudah seminggu , Amira dan Shufiyla tidak bertegur sapa dengan Eryna . Eryna juga masih tiada tanda mahu berbaik semula dengan mereka . Dia sekarang sudah menjadi kawan 'baik' Afiqah .

(Rehat)

"Wei , korang memang tanak berbaik semula ka ?" soal Zulfrin kepada Amira dan Shufiyla yang berada di hapannya .

Zulfrin , Firash dan Amir hanya memandang kedua gadis itu . Menunggu respone mereka .

Senyap... Tiada respone yang diberi oleh Amira mahupun Shufiyla . Apabila mereka bertiga tidak mendapat sebarang respone , mereka pun hanya mendiamkan diri .

Seketika suasana menjadi suram . Mereka berlima hanya melayan perasaan diri sendiri .

Amir memandang rakannya , Firash . Wajahnya muram . Sejak kebelakangan ini , Firash banyak mendiamkan diri . Amir tahu rakannya itu rindu akan Eryna . Amir juga tahu Firash sudah jatuh cinta kepada gadis itu .

Firash , lelaki itu sungguh rindu akan Eryna . Dia rindu mahu berperang mulut dengan gadis itu . Dia mengaku sejak Eryna sudah jauh darinya , hidupnya berasa sunyi . Sudah tidak seceria dahulu .

TIBA TIBA...

"BUSHH !!! "

Habis segelas air sirap dituang ke atas kepala Amira yang sedang menguis nguis bihun goreng nya itu . Habis basah tudung sekolah nya .

Terbuka luas mulut Shufiyla akibat terkejut akan kejadian itu . Yang lebih mengejutkan lagi apabila pelajar yang menuangkan air sirap itu ialah ERYNA !

"Eryn !! Kau kenapa ha ?! Suka hati ja kau simbah Amira dengan air sirap !! " jerit Amir memarahi Eryna .

Eryna hanya tersenyum mengejek ke arah Amir . Amir yang tidak tahan dengan senyuman mengejek Eryna itu lantas sahaja berdiri dan menolak tubuh gadis itu sehingga jatuh terduduk .

Mereka semua terkejut akan kekasaran Amir itu . Tidak pernah lagi seumur hidup Amir , dia bertindak kasar terhadap insan yang bergelar 'Wanita' .

Amira cepat cepat menghampiri Eryna yang sudah jatuh terduduk itu .

"Eryn kau okay ? KAU PAHAL , MIR ?!! KAU TAK DAK HAK NAK TOLAK KAWAN AKU MACAM TU ! " marah Amira kepada Amir .

Amir berasa hairan apabila dirinya pula dimarahi oleh Amira .

"Kau bodoh ka Mira ? Budak ni dah simbah kau dengan air sirap pun , kau masih nak bela dia ?! Kau masih nak tolong dia ? Aku cuma tolong kau ,Mira ! " Amir membela dirinya .

"Ada aku mintak tolong kau ke ?!! Ada aku suruh kau masuk campur urusan hidup aku !! Tak de kan ! So kau boleh berambus !! " kata Amira lalu segera menarik lengan Eryna untuk pergi dari situ .

Shufiyla terpinga pinga sebentar . Namun akhirnya dia pergi mengikuti jejak langkah Amira dan Shufiyla .

"Kenapa kau tolak dia ?" soal Firash dingin .

"Kau pun nampak kan apa dia buat dekat Mira , lagipun aku tak dapat kawal emosi aku lepas aku tengok Eryn tu macam senyum mengejek kat aku tadi , aku..." tidak sempat Amir menghabiskan ayatnya .

"Ya memang Eryn yang salah , tapi kita sebagai lelaki tak boleh berkasar dengan perempuan !" kata Farish lalu pergi meninggalkan Amir .

Zulfrin terpinga pinga sama seperti Shufiyla tadi . Dia tidak tahu mahu memihak kepada Amir mahupun Firash . Akhirnya dia memilih untuk pergi meninggalkan Amir juga .

Dalam diam , Afiqah tersenyum puas apabila melihat 6 orang sahabat itu berpecah belah .

Tidak sia sia dia menjatuhkan air matanya sewaktu bercerita kepada Eryna haritu . Tidak sangka gadis seorang itu sungguh mudah dimanipulasi otaknya .

(Rumah Firash)

"TOK !!! TOK !! TOK !! "

Pintu bilik Amir di ketuk , Amir yang baru sahaja menyelesaikan solat Isyak itu segera bangun untuk membuka pintu .

"Assalamualaikum ," Firash memberi salam apabila melihat Amir yang sedang berpakaian baju melayu dan kain pelekat itu .

"Waalaikumussalam , masuk ah ," Amir menjemput Firash masuk .

"Elahh , kalau kau tak jemput pun aku akan masuk jugak lagipun ni kan Rumah family aku " saja Farish berkata begitu dengan niat ingin bergurau namun di salah anggap oleh Amir .

"Aku tahu aku menumpang ja , sorry la selamani menyusahkan family kau ," balas Amir dengan nada sedih .

Ya . Amir hanya menumpang di rumah Firash kerana dirininya adalah anak yatim piatu .Ibu bapanya sudah meninggal sejak dia berumur 10 tahun , namun disebabkan sikap baik hati kedua ibu bapa Firash , mereka mengambil Amir sebagai anak angkat mereka .

"Ehh ! Kau ni ! Aku melawak jelah , sorry aku tak da niat pun nak kecilkan hati kau ! Lagipun aku memang dah anggap kau macam adik aku tau ! Kau tu dah termasuk dalam ahli keluar aku tau ! " beritau Firash panjang lebar . Dia tidak mahu Amir terasa dengan nya .

"Pahal aku adik kau pulak ? Aku lahir 3 bulan lagi awal dari kau tau tak ! So aku abang , kau adik ! " Amir cuba melawak .

Firash yang mendengar kata kara Amir itu pun ketawa . Mereka ketawa bersama melupakan kisah pergaduhan yang berlaku di antara mereka di kantin sekolah tadi .

Zulfrin yang berjalan melalui bilik Amir itu mendengar suara mereja bergelak ketawa . Lantas dia membuka pintu bilik itu secara mengejut dan menjerkah ,

"HAHHH !! AKU TAHU DAH KORANG GAY !! ASTAGHFIRULLAH !! TAK SANGKA KORANG SANGGUP BUAT KERJA TERKUTUK NI ! KORANG TAK TAHU KE YANG..." belum sempat Zulfrin menghabiskan ayat nya itu , satu bantal sudah hinggap di mukanya .

"FACE SHOOT ! " jerit Amir riang apabila balingan bantal nya kena tepat pada muka Zulfrin .

"Tagunaa !" berang Zulfrin . Dia segera melompat ke katil Amir . Lalu memukul Amir dengan bantal .

Amir membalas pukulan Zulfrin . Firash pun sudah menyertai dalam perlawanan bantal itu . Mereka sekarang tidak ubah seperti budak budak yang berumur 5 tahun bukan nya tingkatan 5 .

Setelah 15 minit mereka berperang bantal , meraka bertiga pun terbaring di atas katil Amir itu akibat kepenatan .

"By the way , korang rasa kita boleh ka tolong selesaikan problem gadis bertiga tu ? " soalan Zulfrin itu hanya dibiarkan oleh Amir dan Firash .

Mereka pun tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah itu .

"Hah !! Aku ada idea ! " beritahu Firash kepada Amir dan Zulfrin .

Amir dan Zulfrin memandang Firash , mereka menunggu Firash berkongsikan ideanya itu .

"Okay macam ni , apa kata kita slow talk dengan diorang . Amir , kau cuba cakap dengan Mira . Kau pulak cuba cakap dengan Shu ," beritahu Firash kepada mereka tentang ideanya .

"So , kau ? Kau nak cuba cakap dengan Eryna ? " soal Amir .

Firash mengangguk . Dia dapat merasakan Eryna mempunyai alasan tersendiri , mengapa gadis itu bertindak sedemikian .

"Okay !! Aku setuju ," ujar Zulfrin .

"Aku pun ! " Amir juga bersetuju .













BERSAMBUNG...

AMIRAWhere stories live. Discover now