ISTERI TUAN GHIBRAN | 03

59K 3.4K 584
                                    

꧁DAHLIA×EMIR꧂

   "Dah puas ? Nak panjat apa lagi lepas ni ? Menara KLCC?" Dahlia dia mendengar Emir memarahinya. Dia menundukan kepalanya. Dasar tuan tua ! Kerja asyik nak marah orang jer !

Dahlia bergerak cuba menyentuh lengan Emir namun hanya tepisan yang dia dapat, semakin bertambah cebikannya. Emir hanya membiarkan wajah isteri yang kian merah akibat menahan tangisan.

"Haah nangis-nangis, macam budak-budak."Tegur Daus. Dia galak menyakat Dahlia yang seperti kanak-kanak yang tak dapat mainan itu. Dahlia menjeling, matanya sudah berkaca-kaca menandakan tangisan nya akan pecah bila-bila masa.

"Elelele, kena marah ker tu?" Tanpa aba-aba Dahlia terus naik merangkul tubuh Emir menarik kedalam pelukan.

"Hikss.. awak tengok abang gay tu !" Dahlia semakin galak menangis apabila tidak dapat respon positif daripada Emir Ghibran Iskandar itu. Emir hanya membiarkan Dahlia menyandarkan kepalanya didada Emir sambil melepaskan tangisan nya.

"Agak sikit ! Saya ni straight forward."

"Haah bagus, straight sampai neraka terus !" Marah Dahlia. Dia kembali menyambung tangisan nya didada Emir.

"Dah jangan nangis aku tak suka, lagi-lagi kau nangis sebab aku. Air mata kau tu ibarat emas bagi aku terlalu mahal untuk ditumpahkan untuk perkara yang tak berfaedah." Emir mengusap pipi Dahlia, untuk membersihkan sisa air mata yang tertinggal.

Daus membuat reaksi ingin muntah apabila Tuan mudanya dan puan senget itu tunjuk sweet dihadapan nya. Hormat sikit orang single ni !

"Awak jangan lah selalu marah saya, ingat saya ni takde perasaan ker ? Ada tau kat dalam ni."

"Ingatkan kan takde, yerlah spesies monyet macam kau ni selalunya takde perasaan." Emir ketawa kecil setelah berkata di hujung ayat nya. Dahlia menjeling, monyet ni jugak isteri dia.

"Awak. Semonyet-monyet saya tak lah sampai nak mengedik dengan suami orang." Sindir Dahlia. Sempat dia menjeling dengan gadis yang sedang santai bersarapan dengan dato Ghibrael itu.

Emir tersenyum. Ada bau-bau cemburu jer, walaupun perkhawinan mereka hanya akibat pilihan dan perjanjian keluarga sahaja daripada mereka kecil namun bohong lah jika hati Emir tidak terusik dengan kecomelan, kecantikan yang ada pada gadis creakhead itu.

Dahlia Umairah, sebaris nama yang mampu membuatkan Emir gila. Gila cinta atau lebih tepat nya.

"Dah lain kali jangan buat lagi, aku tak suka isteri aku jadi tontonan umum. Hanya aku yang boleh tengok kau." Dahlia sedaya upaya menahan senyumannya. Dasar sweetalker !

"Jangan comel sangat awak, saya gigit awak nanti. Geram !"Dahlia mengeratkan pelukannya hingga membuatkan Emir kesesakan nafas sedikit.

"D-Dahlia. Aku tau lah aku ni menggoda tapi jangan lah peluk macam aku dah mati. Sesak tau." Emir cuba melongarkan sedikit pelukan Dahlia, Dahlia tersenyum hingga menunjukan giginya yang rata. Tudung nya dibetulkan sedikit.

"Dahlia, aku tak suka kau bertudung macam ni. Leher tu aurat, dada tu aurat. Bukan kau seorang yang tanggung dosa sekarang ni, aku juga yang kena tanggung." Tersentak Dahlia menerima teguran Emir. Ya dia mengaku sekarang ini pemakaian tudung nya agak tidak sedap mata memandang. Leher dah dadanya jelas terpampang.

ISTERI TUAN GHIBRAN Where stories live. Discover now