ISTERI TUAN GHIBRAN | 40

13.4K 1.1K 60
                                    

His beautiful Wife

Emir memandang jam yang setia melekat di dinding kamarnya. Jarum jam itu sudah menunjukan pukul 7 pagi namun isteri cantiknya belum bangun dari lena nya.

Emir mengusap perlahan kepala isterinya yang masih dibaluti oleh telekung. Isterinya terlena selepas sahaja menunaikan solat subuh tadi beralaskan paha nya.

"Bangun sayang.." Kejut Emir sambil mengusap kepala isterinya. Perlahan-lahan mata Dahlia terbuka dan permandangan pagi nya seperti selalu tidak pernah mengecewakan. Wajah Emir yang tersenyum memandangnya menghiasi paginya.

"Bubu." Kata pertama yang keluar daripada mulutnya sejurus sahaja melihat wajah tampan suaminya.

"Bubu bubu. Ingat aku budak kecil ker?" Mata Emir naik ke atas menunjukan dia tidak suka. Namun jauh di sudut hati nya dia suka. Itu merupakan panggilan manja isterinya.

Somel tak?

"Tak suka tapi telinga merah. Asal telinga merah-merah ni? nak syendol?" Usik Dahlia sambil memainkan dagu suaminya. Emir memejam kan matanya sesaat.

Damn it!

"Malu malu tapi mahu." Semakin giat Dahlia mengusik suaminya. Harinya bagai tidak terisi kalau dalam sehari dia tidak mengusik suaminya, bagaikan ada yang kosong.

"Dah lah sayang." Nada Emir sedikit kedengaran merengek. Sudah! ana tak sanggup lagi!

"Kenapa bawah mata tuan ni gelap?" Kening Dahlia berkerut. Dia bangun daripada baringnya lalau duduk berhadapan suaminya lalu merapatkan wajahnya ke arah wajah suaminya.

Emir hanya diam semasa isterinya mencheck bawah matanya. Matanya tidak lari daripada merenung wajah cantik milik isterinya.

"Tuan tidur tak selama ni ?" Tanya Dahlia sambil merenung dalam anak mata suaminya ingin memastikan segalanya. Emir hanya diam dan tidak merespon pertanyaan isterinya.

Jujur salah nak menipu pun salah.

"Kurang tidur." Jawab Emir setelah beberapa minit mendiamkan diri. Tidak tahan di renung tajam oleh isterinya, Kenapa lah isterinya tak main renung-renung kalau malam, dia nak main renung bila siang pulak.

Susah nak buat kerja.

"Tuan tau tak kurang tidur ni bah–"

"Aku tau. Tapi aku takut kalau aku tidur benda bahaya jadi dekat orang yang aku sayang. Dalam sesaat aku pejam mata banyak benda boleh jadi Dahlia. " Cantasnya cepat. Dahlia diam.

"Boleh tak tuan fikir diri tuan dulu baru fikir diri orang lain. Saya boleh jaga diri saya sendiri." Balas Dahlia tidak puas hati. Emir menganggukan kepalanya.

Oh boleh jaga sendiri.

"Bangun." Arah Emir. Walaupun arahan Emir sedikit pelik namun Dahlia tetap mengikuti. Telekung berwarna putih yang masih setia terlekat di tubuh Dahlia perlahan-lahan dibuka oleh Emir.

"Tuan marah ker?" Tanya Dahlia. Kenapa suaminya mendiamkan diri?

Emir tidak menjawab malah menyimpan telekung milik isterinya di tempat asalnya. Emir tunduk mengambil sejadah yang digunakan mereka lalu di lipat dan jugak di letakan kembali ke tempat asalnya.

ISTERI TUAN GHIBRAN Where stories live. Discover now