ISTERI TUAN GHIBRAN | 07

44.4K 3.3K 244
                                    

꧁DAHLIA×EMIR꧂

Emir mengambil telefon yang berada dikocek seluarnya yang berbunyi sesaat menandakan mesej masuk. Dia tersenyum mendapat notify mesej daripada isterinya.

Namun hanya seketika apabila dia membaca setiap pesan yang masuk. Damn binatang tu serang bini dia balik ! Emir bergegas meninggalkan bilik mesyuarat itu tanpa banyak kata.

Semua terdiam sambil memerhati segala gerak geri tuan muda mereka.

"Mesyuarat tunda. Semua boleh balik ke tempat masing-masing aku ada hal."Emir terus berlari kecil meninggalkan bilik itu setelah berkata sedemikian.

"Wait sayang."Emir mendengus kasar apabila lift itu lambat berfungsi. Dia berlari ke arah tangga dan menggunakan tangga itu untuk ketingkat bawah kerana dia tidak mempunyai kesabaran untuk menunggu lift itu berbuka.

"Fuh, boleh mampus aku hari-hari macam ni."Dengan lafaz bismillah Emir memulakan pemanduannya. Dia sempat singgah dikedai yang berdekatan dengan jalan raya untuk membelikan makanan yang manis-manis untuk isterinya.

Daus telah memberi tahunya serba sedikit. Jadi boleh lah dia acah-acah hero nanti, tapi dia memang hero pun haha.

Hampir 36 minit baru lah dia sampai dikediamannya. dia bergegas turun untuk berjumpa dengan isterinya. Alangkah terkejutnya dia melihat isterinya sedang santai makan di hadapan televisyen.

Semua cuak melihat tuan mudanya. Mereka terpaksa bersubahat dengan puan mudanya untuk menjayakan misi gadis itu.

Gadis itu rindu dengan Emir. Sampai membuat-buat cerita tentang sakit yang kononnya dia alami. Period pain.

Emir melepaskan bungkusan plastik berisikan beratus jenis coklat itu diatas lantai. Dahlia terkejut mendengar bunyi itu, hampir tercekik dia melihat suaminya. Habis lah kantoi !

"Oh dekat personal message bukan main sakit macam nak mati. Ini kerja kau ya."Emir mengetap bibirnya. Geram. Kalau bukan isteri ni suda lama dia terajang sampai pluto.

"Erh- eh awak hehe. Kenapa ni balik awal ni?"Dahlia bertanya polos, membuatkan Emir bertambah sakit hati.

"Takde saja nak jenguk setan." Dahlia terus menjeling, dia setan kan aku.

"Ala senang jer, awak pergi cermin pastu tengok cermin dah nampak setan." Emir terus terdiam. Ya Allah bila agaknya dia akan menang mulut dengan isterinya ni. Dahlia bergegas mengambil bungkusan plastik itu lalu berlari kembali ke tempat asal nya.

Hadapan televisyen.

Emir melangkah mendekati isterinya dengan langkah perlahan. Dia menghempas tubuh lesunya. Penat-penat dia berlari kesana-kesini. Last-last kena prank.

"Aku penat lah." Adu Emir. Dia menjeling sekilas ke arah isterinya. Dahlia menoleh ke arah suaminya, dia menghabiskan kunyahan terakhirnya dia mengesot mendekati suaminya.

"Penat sangat ker?" Tanya Dahlia lembut. Dia mengusap lembut rambut hitam pekat milik Emir, Emir merebahkan perlahan tubuhnya diatas pangkuan Dahlia.

"Nak mati aku fikirkan kau, kau kat rumah sedap melantak eh." Dahlia mengangkatkan bahunya tanpa rasa bersalah. Dah rindu buat macam mana.

"Ala sorrylah orang rindu lah. Nak bakar oven awak dah pernah, panjat pokok dah pernah nak--"

"Taknak panjat aku ker?Aku sudi kalau pemanjatnya kau."Emir merenung lama wajah putih bersih milik Dahlia. Dahlia menjeling, gatal !

"Tak best. Bosan."Komen Dahlia, mata Emir membulat, what ? Bosan!

"F**k ! Kau ada niat nak panjat orang lain ker bod--" Dahlia lantas menutup mulut lancang milik Emir. Tak habis-habis mencarut orang tua ni.

"Aip, awak diam boleh tak tuan tua. Bising jer orang tengah makan kan ni." Emir mendengus kasar. Dia bangun dari baringnya.

"Makan jer lah kerja kau. Aku bakar kang semua stock tu."

"Berani awak bakar, saya bakar kereta awak yang bersusun tu. Cer awak bagi cadangan yang mana nak awak let it go ? Saya boleh tolong let it go kan."Emir tanpas banyak kata naik ke tingkat atas. Malas nak melayan isterinya, merajuk !

"Bik buang semua coklat yang saya beli tu. Jangan bagi sikit pun untuk gorila tu."What ? Dahlia lantas berdiri memeluk semua coklatnya. Dia mengelengkan kepalanya apabila pembantu rumah suaminya mulai mengutip semua coklat mengikut arahan suaminya.

"Taknak, Ni saya punya, mana boleh bik !"Dahlia cuba merampas kembali coklat itu namun hampa. Dia tidak dapat !

"Bik, amalan sedekah tu baik bik. Anggap lah saya peminta sedekah bik. Bik tak kesiankan saya ker? Cuba pandang mata saya bik, renung tak kesian ker?"Dahlia sengaja membuat muka meminta kesian, pekerja Emir mengarukan belakang kepala mereka.

"Puan pergi lah pujuk tuan tu, dia tengah merajuk tu." Dahlia terkejut. Merajuk? Seriuslah suami nya merajuk ?

Kenapa tak cakap awal-awal ! Dahlia mengangguk faham lalu cepat-cepat bergegas naik ke tingkat atas untuk mencari kelibat suaminya.

Klik ! Dahlia perlahan-lahan masuk diruangan kamar mereka, suram. Suaminya memang suka bergelap-gelap ker ? Dahlia perlahan-lahan melangkah untuk mencari suis untuk menghidupkan lampu.

Namun dia tidak menjumpai. Eh ? Takkan bilik ni takde suis?

Dahlia dikejutkan dengan tepukan tangan sebanyak dua kali. Bilik yang gelap tadi tiba-tiba menjadi cerah.

"Kau nak apa?" Tanya Emir. Dahlia yang masih terpegun dengan kecangihan bilik mereka terkejut dengan pertanyaan Emir.

"Err--kenapa awak marah-marah ni saya ada buat silap ker? Kan perempuan tak pernah buat salah." Dahlia mengaru kepalanya yang dibaluti tudung itu dengan perlahan. Emir menjeling.

Tak pernah salah konon ! Jadi lelaki ditakdirkan untuk menjadi pesalah ker apa?

"Tanya lah kat dinding tu. Mungkin dia boleh jawab pertanyaan bodoh kau tu." Dahlia tanpa banyak kata mendengar arahan suaminya.

"Dinding kenapa si tuan tua ni merajuk ? Kau tak tak? Ker dia ni period jugak? Mengada-ngada? Oh patutlah hormon orang tua kan tak stabil biasalah nak masuk tan-- aduh ! awak !"Dahlia memegang kepalanya yang baru sahaja disapa oleh bantal akibat daripada perbuatan Emir sendiri.

Headshot.

"Siapa yang nak masuk tanah? Siapa yang tua?"Marah Emir. Sensitif. Dahlia tersenyum, akibat kegeraman dengan kecomelan suaminya dia berlari lalu memeluk erat suaminya.

Geram ! Comel.

"Jangan lah comel sangat." Dahlia tanpa sedar mengigit kuat bahu Emir.

"Auu-- kau ni vampire ker haah? Sakit bahu aku !"Emir mengusap perlahan bahunya. Manakala sebelah tangan nya memegang erat pinggang Dahlia. Dah orang offer.

"Wat lek wat peace, tak putus lagi bahu awak tu kan?"Dahlia menyandarkan kepalanya didada Emir. Rindu.

"Perut kau masih sakit?" Tanya Emir lembut sambil mengusap lembut perut Dahlia. Dahlia mencebik ingin menangis, sensitif dia sejak period ni emosi tak stabil. Orang cakap lembut-lembut pun boleh buat dia nangis. Macam sekarang ni.

"Hey hey sayang why? Sakit?"Tanya Emir sambil mengurut perlahan perut Dahlia.

"Jangan lah cakap lembut-lembut. Nangis saya. Hiks.."Dahlia menyandarkan kepalanya didada Emir. Emir terkejut, cakap lembut-lembut pun salah?

"Hey aku tak marah kau pun lah jangan lah nangis. Tambah comel dah isteri aku ni. Mengandung kang esok baru tau."

"Hikss.. nak mengandung esok tapi period macam mana ni."

Haah sudah.

Emir mengaru kening nya.

**
see you

keep vote <3

ISTERI TUAN GHIBRAN Where stories live. Discover now